Ahad, 11 Mei 2014

MAT REMPIT, MAT KENANGAN DAN MAT BERANGAN PUNYA DIARI

Antara komentar  menarik mengenai buku Motorcycle Diaries ialah ;
'A Latin James Dean or Jack Kerouac'  oleh akhbar Washington Post.

Pada tahun 1950, Che mengembara sejauh 4000 batu, satu pengembaraan merentas Argentina Utara berseorangan.

Dan pada tahun 1951, bersama Alberto Granado, seorang rakan seniornya, juga merangkap seorang doktor radikal yang belajar dalam bidang 'leopology', depa berdua mengembara selama lebih kurang 6 bulan untuk mengelilingi benua Amerika Latin.

Negara negara yang mereka telah menjelajah selama 6 bulan itu ialah, Argentina, Peru,Colombia dan berakhir di Venuezuela.

Dalam pengembaraan ini, Che telah merakamkan seluruh pengalamannya dengan menulis dan dari catatan-catatannya terlahirlah sebuah buku yang aku sebutkan tadi, Motorcycle Diaries yang diterbitkan dalam tahun 1952 kalau aku tak silap.

Che bukannya banyak duit pun untuk pergi mengembara. Ada diceritakannya bagaimana dia terpaksa bekerja di Chile untuk menampung permusafirannya dan dia juga ada  bercerita tentang seekor puma yang ditembaknya kerana disangkakannya seekor anjing.

Seperti yang ditulis sendiri oleh Che dalam bukunya, ketika dia sudah membuat keputusan untuk merantau bersama motor nortonnya di benua amerika selatan, ayah Che sempat bertanya,

"Habis tu awek hang macam mana?"
Manusia yang berjiwa besar macam Che dengan selamber menjawab soalan begitu dengan konfiden,
"Kalau dia sayangkan saya, dia mesti tunggu saya bapak"

Ada 2 perkara yang membuatkan Che konfiden.
Satu-disebabkan Che ni ada rupa, senang cerita, muka dia ada high price market.
Dua-seperti biasa, dia berjiwa besar, berani dan sanggup menanggung risiko.


Jadinya, kita ni jauh beza macam Che. Sudah lah muka tak up, kalau teruskan juga nanti, dalam hati mesti ada kata, menyesal nanti mati dalam perjalanan tak sempat kahwin. 

Haru!

Tak kisahlah apa impian hang sekalipun, benda-benda remeh macam tu selalunya tidak gagal membunuh impian hang perlahan-lahan. Sehinggakan perkataan impian itu seolah tidak wujud, sudah mati dengan alasan-alasan atau kemalasan yang datang dari diri sendiri. Jadi, teruskanlah hidup hang dengan sistem yang telah didesain oleh pihak tertentu supaya hang berkembang sebagia seorang manusia normal - manusia yang lahir, pergi sekolah/universti, pergi bekerja, kahwin, beli rumah, beli kereta, pasang astro, melabur dalam ASB dan mati.

Sama  la macam yang menulis ni, masa nak pergi kerja, mulut asyik dok kata nak berhenti kerja dan off untuk backpack ke Skandinavia. 

Boleh sembang kemaih saja la, nak sedapkan hati yang kusut. Pagi esok, orang lain sibuk packing barang nak travel, dia sibuk perbetul necktie dalam restroom.
Lagi la haru!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak