Selalunya, pasangan yang tengah bercinta, tambah tambah si pompuan akan melentokkan kepalanya di atas bahu si laki laki bila sedang ralit duduk di bangku, tak kisahlah bangku di taman bunga atau tempat duduk di hentian bas/teksi.
Ya lah, di samping melepaskan lelah, inilah masanya nak bermajaan sambil merancang masa depan bersama, nak ada berapa orang anak, nak letak nama anak-anak, nak balik kampung sapa dulu masa raya dan paling tidak pun tengah nego duit hantaran memandangkan bakal mak mertua punya permintaan dah macam nak jual beli saham di bursa saham kuala lumpur.
Malam ni di perhentian putra gombak pelik sikit.
Mamat sebelah aku ni pula yang melentokkan kepalanya di bahu awek dia.
Tak tahu nak menangis kesyahduan melihatkan romantisnya mereka berdua atau nak buat buat tak nampak sebab dah rasa macam nak pengsan.
Aku tahu, kalau dah kawin si pompuan tadi mesti komplen sebab kepala laki tu berat. Lenguh la, rimas la, penat la, itu ini, semua ada. Sudah la dari tadi tak berhenti basuh baju dari pagi membawa ke petang, kemas rumah yang dah macam kena bom zaman penjajahan Jepun dulu, masak sampai terbalik semua benda di dapur , tak cukup dengan tu basuh pinggan mangkuk lagi siap dengan lipat kain baju 3 bakul besar, tidurkan anak laki laki yang tengah dok membuas tapi si laki yang dari tadi tak bertukar baju lepas balik kerja, dok terkangkang baca harian metro di depan tv.
Alih alih ,masa si pompuan nak berehat atas sofa nak layan cerekarama, si laki laki tadi nak buat buat manja gittew. Mula la nak melentok masa masa cenggini.
Penat tau. Haish.cuba la bertimbang rasa sikit cik abang oiii. Pegi la mandi!
***
Tapi, cerita ni selepas 5 tahun setelah pasangan tadi kawin.
Sekarang waktu masih syahdu lagi. Mana ada komplen komplen ni semua.
Kahkahkah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak