Khamis, 31 Julai 2014

SOLAT ITU MENCEGAH KEMUNGKARAN, BUKANNYA MENJADIKAN KAMU IMMORTAL DARI DITEGUR BOS DISEBABKAN KAMU MENGAMBIL MASA YANG LAMA DI SURAU

Cerita yang aku nak sampaikan ni aku tak pasti benar 100%.
Oleh sebab itu aku mintak dijauhi dari memfitnah apatah lagi nak mengumpat bergosip macam makcik-makcik pejabat kerajaan yang kariernya sudah hampir sampai ke penghujung.

Jikalau cerita ini tidak sohih, mohon datang untuk mentarbiah aku.

Satu hari, kawan aku datang tanya aku, "kalau bos kita yang non muslim tu tanya, berapa lama masa yang kita ambil untuk bersolat, kita nak jawab macam mana?"

Aku yang tengah sibuk menyiapkan kerja pejabat, berpaling ke arah muka dia dan terdiam. Tengah berfikir jawapan yang sesuai, sebab boleh jadi soalan begini akan ditanya oleh bos aku jugak.

Aku kata, lelaki ambil masa paling lambat pun 20minit lah. Itupun aku rasa lama sangat tu. 20 minit tu merangkumi dari berjalan tunggu naik lif ke surau di tingkat 21, nak ambil wudhuk, bersolat dan ambil lif untuk turun semula ke pejabat di tingkat 8. 

Aku tegaskan lagi yang 20minit tu memang dah cukup lama, tetapi bagi pandangan aku, ia jawapan yang baik untuk pertanyaan bos non muslim tadi.

Jawapan untuk soalan sebegini sangat penting sebenarnya kerana ia juga satu medium dakwah pada non muslim. Nak kata apa, solat ni bukanlah satu benda yang enteng. Macam mana sekalipun, bagi umat islam solat adalah prioriti utama. Perkara-perkara lain jatuh pada nombor dua bila berkaitan solat. Aku sendiri gusar kalau jawapan yang diberi mencerminkan bahawa solat itu dilihat sebagai perkara yang merencatkan produktiviti. Itu sebab aku kata, nak menjawab solan begini kena pandai sikit. Barulah non muslim faham dan kita pun dalam masa yang sama meneruskan kewajipan kita untuk bersolat dan dapat memberi komitmen yang sihat  pada kerja-kerja pejabat.

Habis tu kalau solat sampai 45minit ni apa cerita pulak? tanya kawan aku selepas aku menyusun jawapan kepada soalan pertama tadi.

Aku tanya balik, lelaki ka perempuan yang solat sampai 45minit tu?

Kawan aku jawab balik "perempuan". Dia sambung, perempuan yang solat 45minit tu ditegur supervisor non muslim yang tanya dia kenapa lambat sangat masuk. Jadi perempuan tadi kata, supervisor dia takdak hak nak bertanya hal solat sebab itu urusan peribadi seorang muslim.

Aku serta merta jawab balik, 
45minit solat? Solat apakebenda? beritahu saja yang kita tu sibuk pakai tudung dan ber'make up'. Kita tu sibuk bersembang, berbaring dan lipat kain semayang lama-lama. Takdak kena mengena pun dengan 'urusan peribadi seorang muslim'.

Aku tambah lagi, kalau perempuan sibuk bermake up, yang lelaki di surau solat lebih kurang 5 minit saja, lagi berpuluh minit tu bersembang bergelak dalam surau. Release tension kata mereka.

Untuk perempuan tadi, nasihat aku lebih baik bagitahu cerita yang betul pada supervisor dia. 
Usah jadi paranoid nak jawab soalan dari seorang non muslim pasal solat kamu. Jangankan nak mencegah kemungkaran, nak beri jawapan ikhlas pun kamu dah menggelabah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak