Khamis, 31 Julai 2014

PEAK HOUR

Sekarang dah masuk 10 malam terakhir. Jadi aku teringatkan satu cerita ustaz muda yang baru sangat grad dari salah sebuah universiti di madinah.

Ustaz muda tu dijemput AJK surau di pejabat aku untuk memberi tazkirah ringkas sebelum solat zohor. Maka penuhlah surau pejabat tu dari kebiasaan. Eloklah, tahan sikit perut yang berpuasa tu, elok dengar apa yang patut.

Kerana sekarang sudah pun di 10 malam yang terakhir, ustaz muda bercerita tentang pengalamannya di sana. Menurut beliau, di 10 hari terakhir, kebanyakkan negara arab sudah memberi cuti pada yang bekerja. Motifnya adalah untuk menggalakkan umat islam untuk berlumba lumba mencari keberkatan pada 10 malam terakhir ramadhan. Moga moga, janji Allah untuk menghadiahkan malam lailatul qadar kepada hamba-hambanya akan diperolehi. 

Maka dengan itu, kebanyakkan yang tinggal berhampiran Mekah akan datang mengkerumun masjidil haram di malam-malam terakhir. Yang tinggal di Yemen, Madinah, Mesir akan berpesta berikhtikaf di masjidil haram. Semuanya mempunyai harapan yang sama yakni untuk bertemu dengan janji Allah.

Tidak semena dengan itu, kata ustaz muda tadi, manusia manusia yang datang membanjiri mekah akan menyewa bilik atau hotel hotel berhampiran. Dan mereka sanggup membayar ribuan ringgit hanya untuk menyewa sebuah katil.

Dengar sekali lagi ya. Ribuan ringgit hanya untuk sebuah katil!

Oleh kerana permintaan begitu banyak, business perhotelan menjadi lubuk mengaut keuntungan yang melampau-lampau. Pegusaha hotel hotel mengenakan caj-caj yang tinggi kepada mereka yang datang ke mekah untuk beribadah di masjidil haram. Secara tidak langsung pelanggan yang datang untuk menyewa bilik hotel atau katil terpaksa berbelanja dengan kadar yang luar biasa mahalnya.

Bukankah ini menyusahkan? 

Setahu aku, malam lailatul Qadar ini hadiah dari tuhan. Dan tuhan berikannya secara percuma pada hamba-hambanya.
Jadi apa kebenda ada pulak kaum  berniaga yang kononnya  berniaga nak buat untung atas angin?

Hang faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni?

Tuhan janjikan malam yang lebih baik dari seribu bulan secara percuma,namanya lailatul qadar dan disebabkan keberkahannya masjidil haram membuatkan banyak umat mahu beribadah di sana pada malam-malam terakhir dan tiba tiba mereka datang ke masjidil haram mahu tak mahu terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang tinggi untuk sebuah bilik yang sebelum ini kadar sewanya biasa-biasa saja.

Dari sisi yang lain, senario begini sudah meng'ekslusifkan' malam malam terakhir bulan suci. Hanya meraka yang poketnya tebal dapat datang menginap dan beribadah di masjidil haram. Yang tidak berkemampuan harus menelan air liur dan melupakan keinginan untuk beribadah di masjidil haram. Seolah olah, beribadah di masjidil haram ini diperuntukkan pada golongan tertentu sahaja.


Lupa pulak si pengusaha-pengusaha hotel tu yang malam lailatul qadar ni bukan untuk yang berkunjung ke masjidil haram saja. Yang duduk di kuala lipis pun boleh dapat anugerah dari tuhan ni. Apatah lagi yang duduk di ceruk kampung pedalam di zimbabwe.

Apa yang khianat sangat sampai menaikkan rate hotel secara menggila? Jangan sebut waktu waktu begini adalah peak hour. Bila masa pulak waktu beribadah dah menjadi modal berniaga?

Ke apa yang aku fikir ni melalut sangat?
Tak apa, bagi sesiapa yang mempunyai pegalaman beribadah di sepuluh malam terakhir di mekah boleh berkongsi pandangan berdasarkan apa yang mereka saksikan sendiri.

Aku cakap begini sebab apa yang aku dengar dari ustaz muda tadi cakap. Kalau keadaan sebenar tak semacam apa yang aku tulis, sila beritahu.

 Sekarang aku nak sambung perabih makanan sahur aku ni. Subuh dah nak masuk, nanti tak pasal-pasal pulak batal puasa aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak