Sabtu, 19 Julai 2014

AKU MASIH MENCARI TAJUK YANG SESUAI UNTUK DRAMA PENDEK INI, JIKALAU HANG ADA TAJUK HANG MENARIK SILA BERITAHU, OKIE?

Azman ialah seorang pemuda yang bekerja sebagai Pengurus restoran Mekdi di Jalan Ampang. Dia bermula dari bawah, pernah bekerja sebagai tukang ambil order, tukang goreng ayam, tukang mop lantai, tukang basuh pinggan dan juga pernah menjadi tukang buat berger prosperity Mekdi yang awesome tu. Azman sudah bertahun bekerja dan berkat kesabaran dan dedikasinya terhadap kariernya, Azman kini boleh berbangga dengan status jawatan yang dipegangnya sekarang.

Namun, menjadi seorang pengurus bukanlah alasan untuk Azman menjadi seorang yang angkuh dan sombong pada pekerja bawahan. Azman selalu percaya - mana mana pengurusan perniagaan akan menemui kegagalan andai gagal untuk menjaga kebajikan pekerja. Kadang kala, selain 'benefit', apa yang pekerja perlukan ialah perhatian dari majikannya.

Dan itulah apa yang akan Azman sedang lakukan di ketika ini.

Hei Henry Sanchez! Termenung jauh nampak.Teringat kat Sofia kew?
tegur Azman pada pekerjanya, Henry Sanchez, pemuda berusia pertengahan 20an yang sedang duduk di satu sudut meja makan menghadap ke luar restoran.

Henry Sanchez ialah pekerja yang baik. Azman selalu nampak dirinya yang muda dulu dalam diri Henry Sanchez. Henry tekun bekerja, tidak suka merungut dan pandai melayan pelanggan. Dan Henry Sanchez sering memberi pendapat dan idea idea dalam meeting bulanan demi memperkemaskan perjalanan bisnes restoran Mekdi cawangan Jalan Ampang.

Oh ya, Henry Sanchez bukanlah seorang pemuda Sepanyol. Darah yang mengalir dalam dirinya adalah seratus peratus darah melayu tulen. Cuma, namanya sahaja berbunyi nama orang Sepanyol. Hanya bapak si Henry Sanchez saja mempunyai jawapan kenapa dia menamakan anak lelakinya itu dengan nama orang Sepanyol.

Sofia pula seorang pelanggan tetap restoran mereka. Ada segelintir pekerja di sini bergosip mengatakan si Sofia tu memang sukakan budak Henry ni. Baik, cerita Sofea kita sembang lain kali.

Oh, cik Azman. Tak ada apa. Saya cuma sedang berfikir. Balas Henry Sanchez sambil mukanya berpaling pada Azman.

Apa yang difikirkan sangat tu Henry? Boleh saya tahu?

Henry Sanchez mengambil nafas yang agak panjang sebelum membuka mulut. Sementara itu, Azman menarik kerusi keluar sedikit sebelum melabuhkan punggungnya. Nampak gayanya, ada perkara yang mereka berdua bakal berdiskusi panjang.

Cik Man, income restoran kita semakin merosot dari hari ke hari. Ini disebabkan pelanggan sekarang mula memboikot kita sejak Gaza di serang 12 hari lepas. Dan berdasarkan pemerhatian saya, pelanggan akan mula memboikotkita secara   bermusim. Setiap kali Gaza dibom setiap kali itulah mereka akan memboikot restoran kita. 

Saya risaukan keuntungan kita cik Man. Keuntungan kita tidak konsisten lewat kini dan kian merudum sejak 12 hari lepas. 

Kalau perkara begini berterusan, habis kita cik Man, habis lingkup kita nanti!
Ada emosi yang jelas dipaparkan Henry dalam pertuturannya.

Riak risau yang ketara terlukis di muka pekerja prolifik ini. Jarang kita dengar akan keprihatinan pekerja terhadap apa yang terjadi pada majikannya. Lebih lagi pada pekerja muda seperti Henry Sanchez. Kebanyakkannya tahu nak berjoli di hujung bulan saja.

Bagus Henry. Tak sangka Henry begitu prihatin pada perjalan bisnes restoran kita. 
Biar saya beritahu Henry satu rahsia.

Jangan risau. Kita bertuah kerana bekerja dengan satu rangkaian restoran francais gergasi yang sudah mendominasi setiap pelusuk dunia. Pernah dengar sistem ekonomi Kaptialis? Ya, restoran kita sudah lama menjalankan perniagaan berkitblatkan kapitalisma. Menjadi gergasi kapitalis, keuntungan adalah segala-galanya, biarpun secara menindas konsumer atau pekerjanya sendiri. Kita mencipta budaya konsumerisme yang melampau di kalangan masyarakat. Dan yang penting, bisnes kapitalisma wajib bertopengkan kemanusiaan agar ia kelihatan mulia di mata masyarakat. Itu sebab saban tahun kita akan mendermakan sejumlah dana untuk melakukan kebajikan seperti mana kita dermakan duit pada rumah-rumah anak-anak yatim pada tahun lepas. Semua itu wayang saja Henry!

Berkenaan isu boikot itu, biar saya jelaskan. Boikot mereka pada kita kerana mereka sedar yang keuntungan kita ini ada taliannya dengan Zionis. Tapi usah terlalu resah, Henry. Kita sekali lagi bertuah keranadi sini isunya bermusim. Macam Henry cakap tadi, bila Gaza diserang, kita terima impaknya. Namun, tak lama boikotnya, bukan. Malah masyarakat di sini masih lagi bertelagah isu-isu nak memboikot ni. Ada yang setuju, ada pulak yang tidak. Bergaduh benda macam ni pun sudah beri kebaikkan pada kita. Mereka mungkin tak faham, Marx, dalam buku 'capital'nya menerangkan kapitalisma bukannya mudah untuk dikalahkan. Andai kesedaran masih tak berlangsung dan tiada tindakan radikal diambil, kaum seperti kita akan sentiasa mengaut untung Henry. Pesan nabi mereka, business yang mendominasi dan menzalimi dalam urusan perniagaan dilarang sekeras-kerasnya pun tak diambil peduli, apa lagi nak membaca dan menganalisis tulisan-tulisan Marx. Rangkaian kita hanya akan tergugat andai kerja boikot memboikot ini diteruskan secara konsisten dan adanya satu larangan keras dari pihak pemerintah untuk menghalau kita keluar seperti mana yang terjadi di Bolivia tu.

Tapi itu pun belum cukup. Belum cukup. Berapa ratusan ribu cawangan kita di seluruh dunia?
Dan berapa sangat yang nak boikot ni?

Azman sedikit ketawa dan menyambung,

Selain dari itu, tiada apa yang perlu dirisaukan  Henry Sanchez. Esok-esok, business kita akan berjalan seperti biasa. Percayalah cakap saya! tegas Azman.

Henry Sanchez yang mendengar tekun khutbah pengurusnya itu akhirnya memancarkan senyuman kelegaan. 

Baik cik Man, kata Henry. Kini saya berasa lega. Ada benar kata cik Man tu. Saya sudah berasa sedikit konfiden.

Azman pun membalas, 'baiklah Henry, hari dah jauh malam. Pagi nanti nak bangkit tahajjud. Maklumlah dah masuk 10 malam terakhir ni. Kang kalau tidur lambat, bukan saja tahajjud terlepas, silap haribulan tak sempat makan sahur!'

Mendengar kata Azman, Henry dan pengurusnya pun tertawa berdekah dekah.
Mereka kemudian berkemas dan terus mengambil tren di stesen Ampang Park untuk pulang ke rumah masing-masing.

nota kaki;
Setakat hari ini, seramai 240 rakyat palestin terbunuh dan beribu yang cedera.
Boikot produk bukan bermusim. Palestin tidak dizalimi fasis Zionis secara bermusim. Ia berlaku hari-hari.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak