Menurut riwayat, ketika pertama kali Umar Abd Aziz menaiki takhta sebagai khalifah, dia menolak untuk menunggani seekor kuda yang disediakan untuk dirinya sebagai pemimpin tertinggi negara.
Pada waktu itu, Umar baru sahaja selesai menyelesaikan urusan jenazah Khalifah terdahulu yakni Khalifah Sulaiman yang baru saja meninggal dunia. Setelah urusan pengebumian siap, Umar dihampiri pegawai besar kerajaan dan dia dipelawa untuk menunggani kuda untuk pulang ke rumahnya.
Dengan selamber Umar bertanya kepada pegawai pegawai besar kerajaan itu. Untuk siapa kuda mewah ini wahai pegawai?
Lalu, pegawai-pegawai besar kerajaan memaklumkan kepada Umar. "Untuk siapa lagi wahai amirul mukminin kalau bukan untuk kegunaan khalifah. Hanya saja pemimpin tertinggi negara yang layak untuk menunggani kuda yang gagah ini. Jemput tuan untuk pulang ke rumah bersama kenderaan baru tuan."
Umar, seperti yang kita semua kenali merupakan seorang yang sangat tawadduk dan merendah diri. Jawatan yang baru saja dipegang tidak menjadi tiket buatnya untuk bermewah mewahan. Apatah lagi untuk "act cool" dengan jawatan yang digalas sebagai pemimipin tertinggi negara yang dipandang mulia.
"Tak usah bersusah payah. Pergi saja kamu menyimpan kuda yang gagah ini untuk tujuan perang. Biar aku pulang bersama keldaiku ini" - Ini jawapan padu seorang lelaki bernama Umar,pemimipin yang walau sebelah matanya tidak memandang akan kemewahan.
Itu cerita Umar Abd Aziz.
Pemimpin tertinggi negara yang prolifik, merendah diri dan bertanggungjawab. Pemimpin yang selalu diceritakan dalam ceramah-ceramah parti politik, terutama sekali parti politik yang berlandaskan islam di malaysia. Pemimpin yang dilihat hebat dalam mentadbir kerajaan di zamannya. Umar juga dijadikan 'role model' para pemimpin politik khususnya parti politik yang mahu mentadbir malaysia berlandaskan al-quran dan sunnah.
Tapi,
semalam aku tengok dalam fesbuk kecoh, seorang ustaz, YB bagi parlimen Temerloh dan bekas ketua pemuda, bergaya sakan dengan vallefirenya. Nampak benar zuhudnya. Bersama lilitan serban di kepala, jubah di badan serta memandu sebuah vallefire,kharismanya sebagai pemimpin anak muda dan pejuang islam terserlah!
Mungkinkah ini petanda kebangkitan ustaz ustaz di malaysia?
Aku dengar bising jugak la sesetengah budak budak dalam fesbuk tu. Ada yang maki. Ada pula yang troll. Golongan sejenis ni memang sudah tempah tiket awal awal lagi masuk neraka. Sebab tak taat pada pemimpin. Lagi-lagi pemimpin parti politik islam. Perlu diingat, parti politik islam di malaysia suci dari kritikan. Jadi kalau ada seorang dua yang dok kritik ni, penyokong parti politik islam akan menuduh anda sebagai macai umno.
Tak kurang juga yang back up sakan pemimpin dia tu. Wala la katakan. Golongan sejenis ni pula memang bagus, perasan ahli syurga. Siap sedia membela pemimpin demi kemenangan islam di tanah malaya. Kalau tak bela nanti, susah dapat syafaat pemimpin.
Lagipun,hujah dia, takkanlah ustaz nak pakai kancil saja kot.
Bila masa dakwah nak berkembang? Bila pula nanti Islam nak menang kalau asyik pakai kancil? Takkanlah ustaz tak boleh keta mewah kalau dah mampu dan pelbagai lagi hujah hujah yang memelihara imej ustaz,pemimpin parti mereka dari tercalar balar.
Golongan ahli syurga perasan ni aku biarkan saja.
Tak guna nak menyanggah geng geng wala ni. Depa anak muda yang bakal ke Putrajaya.
Tak tahulah kalau nak ke Putrajaya nanti depa akan tumpang Vallefire pemimpin atau merempit saja dengan EX5 ke sana.
Aku nak ucapkan selamat berjaya pada enta-enta semua.
Baik,
aku sambung lagi cerita Umar Abd Aziz ni. Kita teruskan membaca perenggan yang berikut.
Juga dalam riwayat banyak mengkisahkan sifat Umar yang sangat beramanah dan jujur tambah lagi dalam bab mengurus tadbir negaranya. Dan kerana takutnya pada laknat Allah pada pemimpin zalim, Umar sedaya mampu memberikan kemaslahatan pada setiap rakyatnya. Umar juga bersungguh sungguh dalam memastikan keadilan, kesamarataan, keamanan dan kebebasan tertegak di bumi pemerintahannya. Dia tidak langsung bertoleransi dengan rasuah mahupun politik kotor dan kejujuran yang dipamerkannya menjadikan rakyatnya hidup dalam kesejahteraan.
Aku beri contoh kejujuran yang dipamerkan Umar dalam situasi yang senang untuk difahami.
Ada satu ketika, Umar terpaksa bekerja lebih masa di pejabatnya. Umar memadam lampu minyak tanah di atas meja kerjanya ketika kerja lebih masanya dan dia memasang lampu minyak tanah miliknya sendiri.
Jika difikirkan secara logik, Umar tidak perlu ke tahap untuk memasang lampu minyak tanah sendiri memandangkan dia menyambung kerja untuk rakyatnya dan bukan untuk tujuan peribadi pun?
Kerana lampu minyak tanah di pejabatnya bukan milik peribadinya. Tambah pula ia bersumberkan dari duit rakyat. Jadinya, Umar menolak untuk menggunakan lampu minyak tanah tadi kerana waktu bekerja sudah tamat. Bila sudah tamat, Umar menganggap segala harta benda di pejabat tidak boleh digunakan lagi memandangkan harta benda tersebut hanya boleh digunakan pada waktu bekerja sahaja.
Okie, cuba cerita hal kita pula.
Berapa lama kita dah guna telefon pejabat untuk aktiviti-aktiviti bergayut? Bagi kaum wanita, alasan bergayut menggunakan telefon pejabat adalah kerana menelefon anak kecil di rumah yang demam atau menelefon suami untuk bertanya pukul berapa nak balik dan sekali sekala menelefon mak ayah di kampung bertanya khabar. Kaum lelaki pula menggunakan telefon pejabat untuk urusan urusan booking court futsal ataupun telefon pihak bank mintak diskaun untuk bayaran penuh kad kredit.
Yang tengah bercinta lagi keji.
Aku tak mahu teruskan apa yang pekerja sejenis ni buat dengan telefon pejabat tu. Dok bercinta sakan sampai lupa waktu 9 pagi sampai 6 petang waktu bekerja, bukan waktu nak tanya awek atau boifren awak tu dah makan ke belum?
Mari kita masuk bab menggunakan mesin photostat, mesin fax dan memprint dokumen.
Seperti yang kita semua sedia maklum, fasiliti fasiliti ni semua milik mutlak pejabat.
Bila milik pejabat, kita hanya diamanahkan untuk menggunakan setiap satu darinya untuk urusan pejabat sahaja. Tidak lebih dari itu.
Tapi apa yang mendukacitakan, kita gunakan mesin photostat untuk membuat salinan kad pengenalan diri sendiri, kad pengenalan isteri/suami dan juga membuat salinan dokumen dokumen penting untuk urusan nak memohon pinjaman peribadi.
Ada sekali aku perati saja seorang mamat di pejabat aku ni. Dia guna mesin photostat untuk buat salinan resume. Resume resume tu kemudiannya diserahkan kepada pelbagai tempat bekerja yang mempunyai kekosongan. Sudah la ada niat nak berhijrah, sempat lagi dia 'membalas dendam' pada harta pejabat.
Mesin fax pulak kita guna untuk menghantar dokumen dokumen peribadi, hantar dokumen dokumen urusan jual beli rumah , hantar itu ini yang semuanya tak ada kena mengena dengan urusan pejabat.
Ada juga kaum wanita yang gila memasak yang menggunakan mesin printer milik pejabat untuk mencetak resipi resipi kek, nasik beriyani dan bermacam makanan lain yang kononnya boleh digunakan untuk memasak masakan yang sedap sedap untuk suami di rumah. Siap boleh buat buku resipi tebal-tebal lagi dengan cetakan penuh berwarna.
Ini semua sebab otak kita kuat berfikir dan kritis dalam hal berjimat cermat , menjimatkan masa dan yang paling steady, kita dapat menyiapkan segala urusan dengan cepat, murah dan mudah.
Balik rumah nanti sudah tak ada masa nak print-print semua ni.
Ink printer boleh jimat. Duit untuk upah apek cyber cafe hantar fax pun boleh dielakkan.
Siapa kata sikap realistik, kreatif dan innovatif ni tak perlu?
Elok aku berhenti setakat ini saja. Cuma aku nak khabarkan, cerita Umar Abd Aziz ni sebenarnya sudah lama kita simpan dalam poket. Buat modal bersembang, tunjuk knowledge sapa paling power waktu lunch break.
Untung-untung bila bercerita nanti, orang pandang kita tinggi, paling alim di kalangan staf-staf yang ada di pejabat.
Sembang kencang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak