Isnin, 4 Ogos 2014

AKU DAH TAU SOLUSI YANG HANG AKAN BAGI PADA AKU UNTUK MENUTUP RASA BERSALAH INI!

Tengah kecoh satu dunia Gaza dilanyak lagi. Masuk hari ni saja angka kematian berganjak ke 1000+ lebih dan dilaporkan 8000++ yang cedera.

Dari kota London melarat ke Scotland seterusnya menyerap di kota Los Angeles sehinggalah masuk ke Malaysia, ramai umat dari pelbagai bangsa dan agama mengecam rejim Fasis Zionis yang tak sudah sudah membantai rakyat palestin yang entah apa dosa mereka.Dosa sang fasis terlalu berat untuk dunia ampunkan. Negara negara besar seperti Amerika dan United Kingdom seperti tidak malu bersekongkol dengan negara yang suka membunuh etnik palestin. Negara negara arab pula tak boleh diharap. Sibuk dengan jubah mewah masing masing. Manakala si setiausaha UN yang bernama Jeneral Ban Ki Moon memang khianat. Nampak benar tindakan beliau dalam urusan menangani isu Israel-Palestin  sangat mendukacitakan. Bias dan tak bermaruah.

Oleh itu,salah satu cara bagi umat umat yang prihatin dalam melawan tindakan Israel adalah dengan cara melumpuhkan ekonominya. Seruan memboikot produk produk Israel sedang galak dilancarkan. Semakin ramai yang cerah dengan isu kemanusian Palestin bersemangat untuk memboikot segala bentuk produk buatan Israel.

Demonstrasi jangan cerita lah. Hari hari aku tengok di laman sosial orang ramai sudah upload gambar gambar protest yang berlaku di seluruh dunia. Rabbai rabbai yahudi juga lantang bersuara akan keganasan rejim fasis zionis. Russell Brand si pak lawak brits tu pun kemain menyatakan kemarahan beliau pada negaranya yang bersekongkol dengan Zionis Israel. Angelina Jolie tidak ketinggalan dalam membela muslim dan Islam dengan mengatakan mereka bukan pengganas malah pengganas sebenar adalah mereka-mereka yang sedang mengalirkan darah darah di tanah palestin.

Senang cakap, dunia sekarang semuanya menggunakan tool masing masing untuk melaknat Zionis Israel. Yang berfesbuk 24jam akan share maklumat terkini, yang hijabster dan abang abang Kolej Islam bersolidariti di Dataran, yang berjawatan cikgu menceritakan kekejaman Zionis Israel pada anak-anak murid, yang suka bershopping mula memboikot barang-barang buatan Israel, yang berdating di Mcdonald bertukar tempat dating ke restoran pelita, para ustaz membahas isu Palestin di kuliah masing-masing tak kurang juga hipster mengenakan T-Shirt Free Palestine tanda bersatunya pada bumi Al-Quds.

Aku baru bukak Fesbuk tadi. 
Ada mamat share satu informasi mengenai satu kompeni yang expert dalam sistem rakaman suara telefon (telephone voice recording), data sekuriti dan pengawasan maklumat. Nama kompeni dan nama sistemnya ialah NICE (neptune intelligence computer engineering).

Untuk makluman hang, kebanyakkan (baca : kebanyakkan) organisasi besar terutama sekali organisasi perbankan menggunakan sistem NICE untuk tujuan merekod data data penting syarikat , merekod setiap perbualan telefon dan cara cara untuk meyimpan maklumat atau data-data organisasi dalam keadaan yang baik.

Kompeni tempat aku bekerja pun menggunakan NICE. Selama aku bekerja, hari hari aku guna NICE untuk membuat analisa perbualan telefon antara pegawai kredit dan pelanggan. Bukannya apa, tujuannya ialah untuk menilai kualiti panggilan pegawai kredit dalam urusan 'mintak hutang kad kredit' dari pelanggan.

Setiap perbualan akan dirakamkan secara automatik. NICE berfungsi untuk merakam dan menyimpan butir butir perbualan 100%. Jadi hang tak boleh lari mana. Kalau hang silap cakap dan hang tak mengaku akan kesalahan hang, mari kita dengar semula perbualan telefon hang. NICE tak pernah menipu!

Katakan ada pegawai kredit kurang ajar atau cakap lebih kurang dengan pelanggan ketika bercakap menggunakan telefon (yang sudah dimonitor sistem NICE) dan pelanggan tadi pulak banyak mulut bawak masuk komplen, NICE akan membuktikan kekurang ajaran pegawai melalui rekod yang disimpan dan tak mustahil dia punya insentif hujung bulan konfirm kena potong. 

Tujuan utama sistem NICE ialah untuk memantau kualiti servis para pegawai agar setiap panggilan yang dibuat kepada pelanggan mahupun panggilan yang diterima dari pelanggan mempamerkan imej profesional organisasi. Mana mana panggilan yang tak mencapai standard SOP, supervisor yang bertanggungjawab wajib mentarbiah dan membetulkan kesalahan pegawai-pegawai kredit dengan harapan kesalahan lalu tak berlaku lagi.

Dan sudah semestinya cara mentarbiah yang betul adalah dengan mencantas insentif pegawai yang bersalah. Ajar muka sikit. Namun, itu cerita lain. Aku tak mahu cerita lebih lebih meskipun bukan semua kesalahan berakhir dengan kehilangan insentif.

Di sebalik kebagusan sistem NICE, sebenarnya syarikat NICE ini adalah syarikat milik Israel yang beroperasi di Ra'anana, Israel. NICE ditubuhkan pada tahun 1986 oleh 7 orang bekas tentera Zionis Israel. Sekarang CEO syarikat diterajui oleh seorang pemuda bernama Barak Eilam, seorang bekas graduan universiti Tel Aviv yang baru berusia 38 tahun. NICE, kini boleh berbangga dengan prestasinya kerana sudah berbillion keuntungan yang diperoleh sejak mereka bergerak cergas 28 tahun lepas.

Sekarang, cuba bayangkan hang di tempat aku . Apa perasaan hang sebagai seorang lelaki yang punya nilai kemanusiaan bangun dari pagi, pergi ke pejabat, guna sistem milik Israel, bekerja dengan CEO yang mesra berurusan berkenaan hal hal masa depan organisasi di negara haram Benjamin Netanyahu dan bila balik ke rumah baca pula tentang pembantaian Zionis pada saudara Palestin yang kini sudah menghampiri sebulan?

Tak tahulah sejauh mana keuntungan NICE ada atau tidak disalurkan pada Zionis, tapi aku punya perasaan bersalah ni nak campak ke mana?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak