Kalau nak diikutkan, sudah masuk 7 tahun aku bekerja di sini. Sejak aku menganggur selama 3 bulan di satu zaman setelah aku menghabiskan degree, ini adalah pekerjaan kedua aku selepas tertamatnya kontrak menjadi seorang 'English Tutor' selama 4 bulan.
Eloklah tamat pun, kalau tidak makin rosaklah anak-anak bangsa yang datang belajar bahasa inggeris dengan aku. Lebih banyak bergelak dalam kelas dari berkongsi ilmu. Lebih banyak main bola dari menelaah ilmu ilmu tatabahasa inggeris.
Namun begitu, di dalam 'offer letter' menyatakan aku baru bekerja selama 5 tahun. Ini kerana, di 2 tahun yang pertama, aku hanyalah pekerja kontrak di sini. Masa tu aku berumur 22 tahun. Segak bergaya, andrealin mengalir deras, tenaga dan semangat membuak membuak, itu sebab boleh kerja dari 9 pagi sampai 9 malam. Itu tak termasuk lagi OT di hujung minggu.
Manusia lain rileks terkangkang di depan TV, aku dengan dressing di hari minggu sibuk mencapai target bulanan.
Takpa, biarkan cerita kerja bagai nak gila itu menjadi sejarah.
Sekarang tidak lagi. Aku sudah insaf, mujur sedar awal dari terlambat.
Cukup saja tempoh servis selama 5 tahun, kompeni kasi voucher sebanyak RM300 sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan. Matematik mudahnya ialah, kompeni aku hanya mengeluarkan modal sebanyak RM60 setahun untuk di beri kepada pekerja-pekerjanya di 5 tahun akan akan datang.
Begitu jugak dengan tempoh 5 tahun yang seterusnya, adalah hadiah hadiah penghargaan yang akan di berikan.
Boleh tak jangan tanya sebab apa sikit sangat voucher yang kompeni aku kasi? Kakak kakak hijabers marah kalau hang tak reti bersyukur. Aku dah kena, baru nak bandingkan dengan keuntungan yang kompeni peroleh pada setiap suku tahun, kakak kakak hijabers kata itu rezeki kita. Tak baik merungut, nanti tuhan tarik balik rezeki.
Muka aku jadi kelat kena ayat sebegitu. tak cakap banyak, tangan terus bertukang menyiapkan report bulanan.
Baiklah, aku nak kongsikan voucher apa yang aku dapat.Aku sebenarnya boleh pilih item item yang aku boleh beli dengan voucher RM300.
Pertamanya, aku pilih voucher buku dari book store sebanyak RM50. Nak beli buku lah. Nanti tak payah beli pakai duit sendiri. Jimat.
Keduanya, aku amik voucher Coffee Bean RM10. Saja nak try sedap ke tak kopi mahal ni. Wallet aku ada pantang larang. Kalau nak beli kopi yang harga lebih dari RM3, makanya dia akan secara automatik melesapkan duit duit yang tersimpan di dalamnya. Jadi, bila aku terima voucher ni, wallet aku tak akan buat perangai macam tu lagi sebab tak kacau not not yang tersimpan.
Ketiga, aku amik voucher Jusco bernilai RM240. Boleh la belanja si pari pari polka dot dan si Quds beli apparels dan berpeleseran berjam jam di Jusco One Utama.
Voucher voucher semua tu akan di pos ke rumah. Seminggu selepas tu aku pun terima.
Tergedik gediklah aku bila dapat voucher. Perkara pertama yang aku buat, terus ke Kinokuniya nak beli buku.
Tak payah lah aku nak cerita aku beli buku apa. Aku sambar 2 buku yang harganya cukup cukup untuk aku redeem pakai voucher. Lepas dapat buku yang aku nak, aku bergegas nak balik. Malas lepak lama-lama, hari jumaat ni orang ramai kemain lagi, elok balik awal dari bersesak sesak dalam LRT.
Aku langsung ke kaunter pembayaran. Aku bagi buku tadi dan aku hulurkan sama voucher. Muka aku tenang dan lega. Lega kerana kali ini, buat pertama kali dalam hidup, aku tak perlu keluarkan duit sendiri. Berbaloi kerja selama 5 tahun untuk 2 buku yang boleh dikira sebagai percuma.
Muka cashier pun tenang. Dia ambil buku buku aku dan masukkan ke dalam plastik beg Kinokuniya. Dia pegang voucher dan terus dia tengok muka aku. 3 saat yang pertama, dia senyum kat aku. Aku tahu dia mahu menjadi mesra kepada pelanggan. Masuk 7 saat kedua, dia buka mulut dan panggil aku 'abang'. Sejurus setelah panggilan mesra 'abang', cashier kecil molek pun menyambung kata katanya,
'abang, sini Kinokuniya, voucher buku ni abang boleh pakai di MPH ya'
Dia sambung senyum dan beri aku balik voucher tadi.
Muka jadi biru. Badan rasa seram seram sejuk. Ada 3,4 bintang berlegar di atas kepala. Sah, aku dah nak pengsan.
p/s Sejak dari hari itu, aku ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Kinokuniya. Jangan tanya pasal kedai buku Kinokuniya, aku tak pernah kenal!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak