Manusia memang diciptakan untuk evolve. Evolve bermaksud berkembang. Dari ketulan darah, ditiup roh, bertumbuh kulit, keluar dari rahim ibu dan seterusnya berkembang dari satu fasa ke fasa hidup yang lain sehingga bertemu ajal.
Sama juga dengan kita yang bekerja ni. Sebelum dapat kerja, kita adalah pelajar universiti. Belajar pulun kemain, assignment sana sini,berpeluh peluh menjawab paper exam yang berjaya membuat kita tak tidur berhari hari kerana menghafal jawapan sampai ke masa kita berbangga menerima segulung ijazah yang bakal menjadi modal untuk dijaja ke sana ke mari demi untuk mendapat satu pekerjaan.
Bila rezeki untuk menjawat jawatan dalam pekerjaan sudah kita kecapi, apakah kita masih evolve? Apakah kita masih berkembang menjadi entiti yang berdaya saing, maju dalam pemikiran dan cukup matang dalam membuat keputusan keputusan besar? Atau mungkin hidup pada ketika itu sudah mencapai klimaks, menjadi pak turut pada arahan majikan?
Perkembangan diri di sini tidak bermaksud hang dah bekerja,kemudian tergedik gedik kumpul duit,buat loan peribadi untuk beli kereta, rumah atau ke rumah awek untuk meminang. Di sini jugak bukan nak berdiskusi berkembangnya diri kita hanyalah semata mata berapa banyak simpanan KWSP,simpanan peribadi mahupun CIMB Wealth Investment kita.
Pernah kita terfikir, selama kita bekerja, adakah kita,yakni pekerja diberi ruang yang luas untuk memberi idea idea dalam memandu hala tuju organisasi? Atau kita diberi peluang dari majikan untuk bersama sama berdiskusi tentang implementasi implementasi polisi baru yang membabitkan masa depan pekerja?
Bersetujukah kita kalau aku katakan yang kita ini hanyalah datang bekerja semata mata untuk memenuhi kehendak kehendak majikan yang barbarik. Kita tak dibenar untuk bersuara. Kita hanya dibenar untuk menggunakan seluruh pancaindera untuk bertukang dan mencapai apa yang majikan mahukan. Keuntungan adalah matlamat utama majikan walau meski memerah kederat pekerja secara zalim. Samada bersetuju atau tidak, pekerja terpaksa memenuhi matlamat majikan. Samada bersetuju atau tidak kita hanya berkembang dari sudut fisikal, dari perut kempis ke buncit, dari takdak bini sampai berbini empat, dari takdak anak sampailah beranak enam atau paling tidak pun, dari berhutang PTPTN sampailah berhutang keliling pinggang
Bagi aku peluang untuk terangkan secara jelas apa yang cuba aku sampaikan.
Michael A. Lebowitz selalu menyebut tentang perkembangan diri pekerja, 'self development' sebagai perkara penting dalam bukunya, Sosialisme Now! Dia memetik idea idea Marxis yang mengatakan, pekerja hanyalah alat untuk memenuhi matlamat kapitalis. Secara langsung, kapitalis memerah tenaga pekerja dari sudut jam kerja, upah gaji, dan memandulkan perkembangan diri pekerja. Pekerja-pekerja wajib menjadi hamba pada kepentingan kepentingan kapitalis. Perkerja dilarang berfikir dan diberi platform untuk bersama sama berperanan dalam setiap keputusan majikan.
Apa sahaja yang disuruh, nah, pekerja ,buruh wajib lakukan tanpa disoal. Tenaga dan kederat dilapah semahu mahunya. Tetapi untuk berkembang, membentuk kemajuan diri dilarang sama sekali.
Perkembangan diri atau self develoment di sini merujuk kepada sejauh mana pekerja di beri masa untuk mematangkan diri,idea dan pemikiran mereka untuk memacu hala tuju dan matlamat organisasi. Ia menjelaskan seorang individu diberi hak untuk memberi pandangan berkenaan perkara perkara yang melibatkan pekerjaannya. Perkerja juga diberi hak untuk membuat keputusan keputusan terutama sekali bila melibatkan implementasi polisi polis baru dalam organisasi.
Hak hak demokratik ini jelas diperlukan dalam ruang bekerja kerana adalah untuk tidak mewujudkan suasana kuku besi ataupun totalitarian. Maksudnya, andai kata segala perancangan,perlaksanaan dan perubahan yang mahu diaplikasikan tidak disertakan dengan dengan perbincangan dengan para pekerja, pekerja bukan lagi aset majikan, tetapi pekerja hanyalah keldai-hamba pada majikan.
Aku beri satu contoh mudah.
Shima merupakan seorang pegawai bank. Dia sudah bekerja hampir 5 tahun. Dan pada hari ini, bank menghantar emel kepada seluruh pekerjanya menjelaskan bahawa mana mana pekerja yang mahu berhenti mestilah memenuhi notis selama dari 2 bulan ke 3 bulan. Hanya emel dihantar, Tiada OIC, atau Ketua HR atau ketua dari department masing masing memanggil para pekerja untuk berdiskusi dan menerangkan polisi baru ini.
Shima hanya mampu menuruti. Dahulu, semasa dia menandatangani surat tawaran bekerja, jelas dalam frasa tertentu mengatakan, pekerja mesti memberi notis 2 bulan sebelum berhenti. Tetapi kali ini sudah berubah. Shima hanya diberitahu melalui emel. Dia tak diberi peluang untuk mendengar penjelasan dari pengurusan bank. Kerana apa? Kerana gajinya melebihi RM2 ribu sebulan dan menikut akta buruh, pekerja/buruh yang menerima upah melebihi 2 ribu sebulan mesti taat pada apa apa perubahan polisi organisasi.
Masalahnya di sini bukan kerana mengikut undang undang atau tidak. Masalah di sini adalah betapa totalitariannya pengurusan bank dalam mengaplikasikan polisi yang berhubung kait dengan masa depan pekerja. Tidak ada seorang pun dari pihak atasan turun bertemu dan berbincang dengan pekerja seperti Shima. Tidak ada seorang pun dari mereka turun untuk menjelaskan kenapa polisi baru ini harus dilaksanakan.
Kenapa perubahan polisi ini penting? Pengurusan bank boleh memberi alasan faktor semasa di mana bank bank lain juga mempunyai polisi yang sama. Tetapi, benarkan aku bertanya, Shima bekerja di sini, bukan di bank lain. Kenapa sesuatu polisi yang tidak jelas maksudnya mesti diaplikasikan di bank dimana Shima bekerja? 3 bulan merupakan tempoh yang agak lama. Jika Shima mahu bekerja di tempat lain, kemungkinan besar majikan barunya tidak mampu untuk menunggu sehingga 3 bulan. Kalau majikan barunya bermurah hati, mungkin majikannya akan membayar pampasan pada bank, jika tidak apa mungkin Shima mahu mengeluarkan simpannanya sendiri untuk dijadikan pampasan?
Persetujuan dari pekerja adalah perkara lain. Perkara utamanya adalah ruang demokratik dalam organisasi mesti diwujudkan. Perkembangan diri akan lahir dari ruang demokratik. Realitinya, ruang itu mesti mati. Pekerja hanya datang dan melunaskan kerja kerja yang diberi tanpa perlu bercakap banyak. Pekerja tidak layak untuk mengutarakan pendapat masing masing dan tidak berhak untuk 'get involve' dalam keputusan keputusan majikan.
Mungkin sesetengah dari kita akan menyoal, 'jika segalanya diberi kebebasan untuk pekerja melibatkan diri dalam keputusan keptusan organisasi, maka payahlah untuk mendapat kata putus'. Boleh jadi ruang untuk yang bersuara boleh merencatkan perjalanan sesuatu sistem dan ia besar kemungkinan melumpuhkan momentum oraganisasi.
Harus diingat. Kebebasan bersuara, berkembang diri dalam bersuara dan beri pandangan ada 'batasnya'. Manusia tidak boleh hidup tanpa perbatasan. Mesti ada panduannya. Tetapi menghalang manusia untuk bebas dan berdiri dengan pemikiran sendiri adalah perkara jenayah.
Justeru, ayuh kita teliti semula, selama kita bekerja, selama masa 8 jam bekerja, adakah kita berkembang menjadi pekerja yang bermaruah atau kita hanya berkembang dari seorang manusia berubah menjadi seekor keldai semata mata?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak