Isnin, 1 Disember 2014

PENCETUS UMMAH, IMAM MUDA : REVOLUSI USTAZ USTAZAH DI ALAM KEGLAMERAN

Selalu jugak member-member tanya aku, "eh, hang tengok tak Imam Muda semalam?" atau "sapa PU(pencetus ummah) yang keluar minggu lepas hah?".

Dan jawapan aku pada kebiasaannya adalah "tak, aku tak tengok pun".

Aku tak tengok program-program begini sebab aku kurang gemar. Bukan kesukaan aku. Kalau nak cakap bab ilmiah, aku lebih suka tengok program-program berbentuk forum ataupun debat mahupun kuliah kuliah yang bebas dari inti-inti glamer.

Entah macam mana aku tertekan channel Oasis hari tu. Kebetulan program Imam Muda sedang berlangsung. Jadi aku layankan saja. Nak tengok apa yang menariknya program begini sebab program realiti 'islamik' dah jadi satu fenomena. Mulut orang asyik bercerita imam muda itu, imam muda ini. Lagipun, esok pagi pergi kerja, kurang-kurang aku boleh la masuk 'line' dengan budak budak pejabat yang hot bersembang pasal episod Imam Muda minggu ni.

Sebenarnya, aku dapat rasakan menonton cerita-cerita, filem, atau mendengar lagu-lagu atau apa saja yang berkaitan dengan apa yang kita suka, boleh mendefinasikan karakter kita. Lebih kurang macam ianya menjadi benchmark buat kita mengenal perangai orang tu. Macam ni, kalau hang suka dengar lagu-lagu Hujan sebagai contoh, aku boleh agak-agak hang ni jenis mat indie, atau kalau hang suka pakai spek hitan ray ban ala Andy Warhol walau di tengah malam buta, aku boleh kategorikan hang sebagai mamat hipster. Makanya, kalau hang asyik dok bersembang hal-hal Pencetus Ummah, Daei ka dan sebagainya, aku boleh cakap hang ni dalam kategori brader-brader alim gittew.

Alang-alang dah tengok, aku teruskan saja. Harap-harap tak tukar channel lain di pertengahan.

Masa aku tengak tengok Imam Muda, peserta-peserta sedang bercerita tentang topik keperibadian Rasullullah. Masing-masing bersungguh sungguh, berlumba lumba memberikan persembahan yang terbaik. Ada yang bercerita dengan penuh emosi, ada yang terduduk sambil berdoa dan macam macam lagilah. 

Corak persembahan begini ditentukan pihak penganjur bermatlamatkan menyentuh emosi juri dan penonton. Ia bukan bertujuan untuk membumikan ilmu. Dan bukan bertujuan untuk merayakan ilmu sekalipun. Takkanlah nak bercerita pasal Nabi kena ada asap berkepul kepul masuk atas stage atau terduduk merintih?

Inilah yang dinamakan pertandingan.
Pertandingan menyanyi memerlukan seorang penyanyi menjiwai emosinya ketika menyampaikan lagu. Begitu juga peserta imam muda, wajib bagi mereka untuk menjiwai cerita yang disampaikan untuk 'membeli' undi penonton. Dan akhirnya, siapa yang lebih hebat dalam memberi persembahan akan mendapat undi tertinggi dari penonton dan juri.  

Juri-juri di Imam Muda mengulas tentang persembahan peserta peserta bergelar ustaz-ustaz ni. Itu tak kena, tak sampai punch line lah. Jangan harap mereka nak beri kamu pencerahan dan membuka pintu pintu keilmuan . Mereka juga tidak mengajak penonton-penonton untuk ghairah merungkai ruang ruang berfikir. Tidak, program ini tidak bertujuan untuk itu. Program ini tidak ubah seperti program-program realiti hiburan yang lain. Dan jangalah kita menipu diri kita sendiri dengan mengatakan ustaz ustaz ini tidak bersaing untuk merebut title johan ' imam muda'. 

Asas program realiti TV adalah mencari keuntungan. Menganjurkan apa yang kita panggil sebagai 'populariti' . Membawa kita untuk bersama sama menghabiskan kredit memberi undi dengan harapan pemenang nanti akan hidup bersama kita sehingga hujung hayat. Juga mengkhayalkan kita dengan figura-figura penghibur di atas pentas pada setiap hujung minggu. Memati pucukkan hak-hak otak kita untuk bergerak, berfikir untuk terus hidup dalam lautan ilmu. 

Dan Astro berjaya memanipulasikan para-para ustaz,ustazah dan kita, penonton penonton yang perasan 'islamik' dengan program agama anjuran mereka.

Kalau dulu, makcik pakcik semua nak bermenantukan Mawi, kini, mereka lebih banyak pilihan untuk menjodohkan anak-anak mereka dengan para ustaz-ustazah yang segak bergaya di atas pentas realiti TV.

Apalah yang kita harapkan sebenarnya dari rancangan seperti ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak