Jumaat, 4 September 2015

ALYAN DAN GALIP TENANGLAH KALIAN DI SYURGA



Jika ditanya bagaimana manusia menzahirkan erti kemanusiaan? Harus macam mana jawapannya? Lagi-lagi pada zaman yang diperintah si barbarik yang mengajurkan dunia beragamakan kapital dan perang dilihat sebagai jalan mulia untuk menghapuskan terrorisme.

Alyan dan Galip adalah seperti kanak-kanak Syria yang lain - entah ke berapa juta kali memberi signal kepada dunia yang manusia sedang mengalami krisis kemanusiaan. Manusia tidak peduli akan persaudaraan, cinta hanya dilihat sebagai entiti palsu merayakan nafsu dan sifat pentingkan diri dimartabatkan setinggi-tingginya.

Sudah berapa tahun perang berlaku di Syria?
Dari Mac 2011 sehingga sekarang sila berikan tanda-tanda di mana perang akan berakhir.

Mercycorps.org dalam artikelnya yang baru dikemaskini pada 3 Sept 2015 menyatakan, 

"More than 4 years after it began, the full-blown civil war has killed over 220,000 people, half of whom are believed to be civilians. Bombings are destroying crowded cities and horrific human rights violations are widespread. Basic necessities like foo and medical care are sparse.

The UN estimates that 7.6 million people are internally displaced. When you also consider refugees, more than half of the country pre-war population of 23 million is in need of urgent humanitarian assistance, whether they still remain in the country or have escaped  across the boarders."

Alyan, kanak-kanak comel Syria sudah naik ke langit, dijemput tuhan yang esa bersama sama abangnya Galip, ibunya Rihanna dan "teman-teman pelarian" yang lain ketika mereka dalam usaha merentas lautan Aegean.

Mereka terkandas apabila laut dihembus ombak dan pergelutan mereka berakhir di dalam air. 

Alyan langsung dikenali dunia kerana jasadnya yang terbaring di atas pasir.

Soalnya sekarang, berapa lama masa diperlukan manusia untuk meratapi pemergian Alyan dan Galip?
Sehari? Semiggu? Sebulan?

Dunia sepatutnya meratapi sifat kemanusiaan manusia yang menyedihkan.
Apalagi yang dunia boleh perlakukan selain dari berkongsi gambar Alyan, meraung-meraung kasihkan anak kecil itu dan kemudian keadaan menjadi apa?

Negara-begara kaya Arab nampaknya sibuk dengan persiapan mereka menghuni syurga. Kesatuan Eropah juga dilihat hanya besar pada makna "demokrasi dan human-rights" tetapi naampaknya tidak bersungguh untuk memerangi perang. Amerika? itu kerajaan celaka.

Laman web usuncut.com melaporkan ada 8 negara yang sejak 2011 memberi dana untuk keperluan senjata kepada Syria.

"Combined, the 8 countries that sent the most weapons to Syria since 2011 only accepted 2 percent of the refugees Germany has taken in. This $16 billion in so called “military aid” has been entering Syria since the beginning of the civil war in 2011, providing support for various warring factions within Syria. Yet, the destruction these countries are waging on Syria comes not only in the form of war, but also in the callousness with which they treat those most affected by the war. Many of these same countries fueling the slaughter have also been some of the least willing to grant amnesty to Syria’s refugees."



Dalam konteks "sembang kedai kopi" aku melihat ramai di kalangan kita seolah pro kepada perang.

Sentimen-sentimen agama seperti syiah mesti diperangi, syiah menindas sunni syria, terlalu menebal membuatkan ramai yang buta kepada permasalahan politik dunia. 

Aku berada dalam level yang paling bawah. Berfikir, sehingga bila perang di dunia ini khususnya di Syria akan berlarutan?

Sudah ramai yang mati. Sudah ramai yang kehilangan keluarga, tempat tinggal, punca pendapatan, terpaksa menggadai nyawa mencari tempat perlindungan. Anakanak kecil comel mesti membesar dalam keamanan agar mereka percaya cinta dan kasih sayang itu masih wujud.

Tetapi bagaimana mungkin ia berlaku, kalau dalam kepala otak kamu masih melihat perang akan menyelesaikan masalah. Dah nak perang sangat, kamu ikut pergi sana, biar cinta menyelamatkan manusia. 

Untuk Alyan, Galip, Rihanna dan jutaaan nyawa yang telah naik ke langit, kami mohon maaf, kerana kami hanya mampu berkongsi gambar dan meratapi darah yang mengalir di bumi kalian untuk seminit dua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak