Merujuk kepada sekeping imej yang diterima di aplkasi Whatsapp; salinan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat bertarikh 19 oktober 2015 bersamaan 6 Muharam 1437 Hijrah.
Surat yang dikeluarkan Pejabat Agama itu merupakan satu jemputan ke Seminar Bicara Ad-Din bertajuk "Manisnya Poligami". Di dalam surat berkenaan dinyatakan keperluan jabatan-jabatan yang dijemput pejabat agama untuk menghantar 10 orang kakitangan untuk menghadiri program "Manisnya Poligami".
Di akhir perenggan tersebut tertulis
" sekian dimaklumkan.
BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
dan ditandatangani oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Agama/Unit Dakwah."
Seminar tersebut sebenarnya sudah berlangsung pada beberapa hari lepas (27 Oktober 2015). Besar kemungkinan seminar ini disambut meriah. Masakan tidak keriuhan dapat dilihat dalam mesej aplikasi Whatsapp yang aku terima. Bergempitalah sorak riang ajakan kepada ahli grup yang lain untuk menghadiri program ilmiah anjuran pejabat agama.
Untuk apa program sebegini dianjurkan?
Adakah kerana untuk mengajak sekalian umat lelaki untuk berbondong bondong berpoligami?
Atau untuk menyatakan "hei kaum wanita, lihatlah betapa manisnya kamu hidup bermadu"
Atau objektif daripada seminar manisnya poligam paling tidaki memberi kebaikkan kepada kaum majoriti di Malaysia?
Entahlah.
Wallahhuallam!
Andai kata program sebegini dianjurkan untuk memberi kesedaran dan anadi benarlah ia memberi kebaikkan kepada kaum majoriti, kenapa Pejabat Agama hanya "bermain main" dengan isu poligami sahaja?
Apakah slogan "Berkhidmat untuk agama demi negara" yang seperti yang tertulis di akhir perenggan surat hanya berkisar kepada hal polgami, kahwin cerai, zakat dan puasa, solat semata?
Bagaimana dengan nasib kira kira 20 juta rakyat Malaysia yang kini sedang bergelut dengan kepayahan hidup? Cukai GST selepas 6 bulan perlaksanaannya, harga barangan yang semakin mahal, kadar tol yang semakin meninggi, gaji pekerja yang masih belum mampu menanggung perbelanjaan (walau semasa tulisan ini ditulis, Perdana Menteri telah membentangkan standard gaji minima terkini), isu isu tanah orang asli yang dirampas fasis pemodal, eksploitasi terhadap kaum pekerja samada lokal dan imigran, isu alam sekitar yang saban hari dikikis maruahnya juga dari tangan tangan kapital, isu harga rumah yang melampau, krisis gelandangan - namakan saja, ternyata banyak sekali perkara yang boleh dibawa, diorganisasi, untuk mendidik, menyedarkan kelas pekerja, rakyat bawahan akan perihal kondisi yang menghimpit masyarakat. Secara tidak langsung publik melihat bahawa agama adalah agen berpihak kepada masyarakat, gologan majoriti, gologan tertindas.
Ironinya, di tengah tengah kacau bilau yang meribut, kelas bangsawan dan pemerintah enak berpeluk kehidupan mewah, kita dinyamankan pula dengan program "manisnya berpoligami".
Perenggan-perenggan disini tidak langsung bermotifkan untuk melihat perubahan pejabat agama. Mereka secara jelas berkhidmat keras untuk tuan-tuan mereka, "orang orang atas" di singgahsana.
Oleh itu,marilah kita kalungkan mereka bukan sekalung, tetapi kita rantaikan jutaan kalungan tahniah buat pejabat agama diatas usaha dan khidmat mereka untuk masyarakat.
Sekian dimaklumkan,
Aku yang tidak menurut perintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak