Biar berhabuk dan berkeladak. Biar reput pun takpa.
Dari membiarkannya meribut dalam jiwa.
Setelah itu baru aku lipat baju-seluar mana yang sesuai, ambil kamera, buku catatan (kononnya nak kaptur setiap yang terjadi supaya bila balik esok boleh terbit buku travelog,podah!), masukkan dalam beg galas deuter cap vietnam sebelum berpeleseran ke daerah daerah yang tak menjanjikan pertukaran awek baru disebabkan awek lama mintak putus kerana ditinggalkan.
Tapi itulah ceritanya.
Aku tidak bertegas langsung.
Tengoklah apa yang jadi.
perasaan perasaan gundah gulana, risau, takut, kecut, malas dan perasaan sedih meninggalkan awek ni yang menapau aku. Tak diberikan seinci pun simpati. Jauh sekali demokrasi untuk aku membela diri sendiri.
Sudahnya,aku yang disumbat ke dalam kotak dibungkus kemas disimpan di bawah katil.
Biar berhabuk dan berkeladak. Biar reput pun takpa kata mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak