Jumaat, 13 November 2015

GOLF, SHOPPING, MELANCONG DAN PERANGAI MANUSIA BERJAWATAN TINGGI AGAMA

"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya.

Akmal mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perbelanjaan menteri bersama isteri serta rombongan itu dianggarkan RM410,978.56.

"Walaupun perjalanan tersebut untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan' Kelab Santun Yapeim, namun ia bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah," katanya.

Akmal pada sidang media itu mendedahkan antara aktiviti rombongan tersebut termasuk majlis keraian menteri (golf), jamuan promosi (keraian VVIP) dan lawatan 4 hari pada 22, 23, 26 dan 27 Mei 2014 ke Leesburg Outlet + OT." - sumber The Malaysian Insider.


Jikalau kita bertanya kepada manusia manusia yang bekerja di kementerian / jabatan agama islam di Malaysia, apakah misi dan objektif kementerian, paling kurang pun mereka akan menjawab "untuk membawa islam sebagai rahmat seluruh alam"

Juga sama seperti individu individu yang berimej "suci" dalam beragama, mereka terlalu sibuk memberi motivasi kepada kelas masyarakat betapa penting dan besarnya makna bersyukur setelah "tuan tuan" mereka di Putrajaya meningkatkan kos sara hidup berlapikkan alasan yang tidak munasabah.

Apa yang membuatkannya lucu ialah - yang memberi motivasi dan yang berimej suci inilah yang tinggal di rumah rumah mewah,dan memiliki harta yang tidak luak luak.

Laporan dan dakwaan NOW yang melibatkan skandal terbaru Yapeim dan orang penting dalam jabatan agama Jamil Khir mungkin menjadi satu lagi siri kisah pilu kepada anak anak miskin / anak anak yatim. 

Siapa yang hatinya keras untuk memberitahu kepada anak anak miskin/yatim  bahawa duit mereka telah dijahanamkan orang orang berkopiah yang sering masuk televisyen itu?

Persoalan yang paling penting sekarang - sampai bila siasatan ini akan berlangsung? Adakah skandal ini akan turut mendapat nasib yang sama seperti skandal rasuah/salah guna kuasa yang lain di mana ianya akan berbunyi sepi selepas seminggu berita mengenainya panas dilaporkan? 

Atau kita benar benar mahukan manusia yang terlibat ditumpaskan?

Takkanlah kes seorang yang datang dari kelas masyarakat biasa dipenjara kerana mencuri untuk membeli susu untuk anaknya kita boleh redha, tetapi yang merembat duit anak yatim/miskin kita boleh pandang sebelah mata?

Barangkali, islam versi di malaysia dilihat dari penampilan yang acah acah warak (berjubah dan sebagainya) atau seleski produk perbankan islam (walau begitu ketara wajah kapitalisnya : bertopeng agama), program program zikir,selawat perdana dan juga kecenderungan untuk mengkafir, memwahabi atau mensyiahkan manusia manusia lain.

Bagaimana pula islam versi asal, risalah mulia bawaan Nabi Muhammad saw?

Menurut Munir Che Annam, penulis Marx dan Muhammad SAW, risalah Muhammad dilihat sebagai ancaman kepada kaum Quraisy kerana resistensi kerasnya terhadap salah guna kuasa, penindasan , kebatilan yang dilakukan orang orang Quraisy.

Hari ini media memberitakan kepada kita yang Jamil Khir si Menteri di jabatan agama beserta isteri dan rombongannya telah ke Amerika Syarikat, May 2014 untuk bermain golf, bershopping sakan, berjalan jalan di Washington, Minnesota dan Iowa atas tujuan kelakar kelab santun Yapiem ( Pemantapan dan Pemerkasaan, What?) dengan merembat duit anak yatim tetapi kita yang menerima berita masih membelai hati kecil dengan berkata "bersangka baiklah wahai hati?"

Kawan kawan sekalian,

Yang busuk tetap busuk. Walau bau busuk itu sebenarnya datang dari pejabat agama.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak