Khamis, 18 Februari 2016

HARI HARI TERAKHIR SEORANG BANKER

Aku pernah makan tengahari (hari bekerja) di Nandos sepanjang 8 tahun sebanyak 2 kali.

Kali pertama aku betul-betul terkena. Masa tu ada fire drill selama 2jam, jadi semua yang bekerja dalam menara diarah keluar untuk bersama sama melatih diri kalau kebenaran sebenar berlaku.

Aku terus turun entah macam mana terjumpak geng "makan tengahari mahal-mahal"ajak pi klcc.
Sekonyong konyong aku pun pi la ikut. Tak guna betul depa pi terjah Nandos.
Orang macam aku yang selalu makan paling mahal masa lunch rm7 memanglah terkebil kebil nak bayar untuk lunch di Nandos.

Ayam nandos takdaklah sedap sangat pun. 

Habis makan di Nandos, selama 3 hari aku dan kawan aku yang sejenis berduka lara sembang tak habis apa yang kami boleh lakukan dengan jumlah duit yang dah dihulur kepada Nandos tempoh hari.
Berkaca jugaklah air mata bila bukak mulut cerita hal Nandos.

Itu entah berapa tahun yang lepas. Aku dah tak cari pasal lagi makan di Nandos.
Tapi tengahari tadi, bos dan unit aku ajak makan sekali sebab minggu depan aku dah nak resign.

Kali ni rasa ayam nandos lain sangat. Sedap, rasa lain macam.
Aku order berger chicken breast dengan nandos chips, air fanta strawberry.

Habis makan kami semua balik opis. Bersembang macam macam hal dan buat lawak gelak kuat kuat.

Dan aku tersedar sesuatu,
Jiwa aku tak meronta ronta pun. Tangan pula tak payah terketar ketar nak cek dompet ada berapa ringgit. Aku bukak ipad karang cerita ni dengan hati yang gembira.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak