Itulah sikap Jones.
Dari kecik sehingga ke hari ini, yakni hari kelahiran semulanya, Jones masih yang dulu. Seorang yang lalai.
Dompet, kad pengenalan, henfon, buku, kertas kerja sehinggalah ke barang peribadi seperti stoking dan spender Jones tak pandai uruskan.
Diletaknya buku di sini, esok pagi dia terhegeh-hegeh cari bukunya di tempat lain. Duit yang sepatutnya disimpan dalam tabung sang kancil diletaknya merata membuatkan duit itu kemudian hilang, ghaib diculik si saka.
Tetapi petang semalam adalah kemuncak kelalaian Jones.
Tiada apa yang dapat dibandingkan tahap kelalaian Jones yang sebelum sebelum dengan apa yang telah berpaku petang semalam.
Hati Jones telah dicuri, petang semalam di stesen lrt gombak.
Selepas keluar dari tren sebelum menuju ke parkir, Jones baru perasan yang hatinya telah hilang.
Dia percaya hatinya telah dicuri. Bukan tercicir di ampang park, bukan tertinggal di dalam laci pejabat dan bukan juga digilis mat moto setelah hatinya terpelanting jatuh ke jalan.
Jones lalai. Dia sibuk sangat membaca buku karya Jack Kerouac "Heaven" sehingga dia tak perasan ada sepasang mata bergelora memerhatikan hatinya, dan "zasss"! Sepantas kilat sepasang mata bergelora tadi meragut hatinya tanpa Jones sedari. Dia keluar rileks di stesen wangsa maju tersenyum puas mencuri hati milik seorang yang lalai seperti Jones.
Manakala Jones terduduk, merintih tak tentu hala dan berdoa agar hatinya dikembalikan.
Manusia yang lalu lalang cuma mampu memerhati dan kemudian mereka melakukan ritual menulis di tweeter masing-masing akan kelibat seorang yang bertali leher, berkemeja putih terduduk longlai bercakap keseorangan di platform stsesen lrt gombak.
Padan muka kamu Jones.
Padan muka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak