Sabtu, 12 Mac 2016

DAERAH KASTA

Tak patutlah baru sekarang aku nak cerita filem Elysium. Filem tu dah ditayang pada tahun 2013. Sekarang dah tahun 2016 kot.

Apa jadah baru nak sembang kan?

Aku bukanlah individu yang sentiasa tertunggu tunggu akan filem baru. Tapi aku juga seorang yang menggemari menontom filem. Terlalu banyak filem, lagu, buku buku yang hebat yang perlu didengar, dihayati dan dibaca. Terlalu luas untuk difikir, difahami dan dimengerti. 

Itulah bezanya antara hasil seni yang mulia dengan hasil terkini yang dihidangkan kepada masyarakat sekarang. Masyarakat lebih suka memilih untuk menonton, mendengar dan membaca benda benda tak bermaruah. Mereka merelakan jiwa mereka ditalkinkan dengan "seni" yang lucah, "seni" yang memporak perandakan fikiran dan perasaan yang seharusnya dipunyai oleh seorang manusia.

Itu sebab kita lebih suka menonton "tumpaskan playboy itu", baca amran fans dan dengar lagu geli yang dinyanyikan artis murahan.

Baik, 
Takmau menghina depa banyak-banyak. 

Kita sepatutnya bersependapat. Tak perlu tunggu tahun 2154. Tahun dimana Max De Costa, watak penting dalam filem Elysium hidup. Dunia ketika itu sudah menghampiri neraka. Atmosfera dunia berbau chaos. Pencemaran, kemusnahan alam, kemiskinan,manusia hidup tunggang terbalik, penindasan dan kasta adalah kiblat dunia.

Yang kaya akan menghuni daerah Elysium. Daerah immortal, si kaya yang berstatus elit politikus, kerajaan, kaum bangsawan, bangsa kapitalis hidup bersenang senang di dunia yang mereka ciptakan jauh dari jutaan masyarakat yang mereka anggap seperti anjing kurap.

Apa beza tahun sekarang denga tahun 2154?

Tidak ada bezanya, kawan. 

Bumi sekarang sedang menuju kehancuran. Tamadun manusia yang dibangga banggakan tidak bernilai, beerti apa apa. Kemanusian seperti yang ditulis di dalam buku "Berlari ke Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana" - hanyalah perkara arkaik, tradisional dan pra sejarah. Modal disini ialah agama-menyembah si tuan dan memperhambakan masyarakat lemah.

Selama ini, tidakkah kita tahu berapa juta manusia yang keluar berpagi pagian menjaja kederat untuk sekian jam untuk satu tukaran demi meneruskan kelangsungan hidup telah diekploitasi dan dizalimi?

Berapa juta tenaga anak anak yang sepatutnya bersekolah tetapi ditempatkan di ladang, kilang dan kawasan galian untuk mengkayakan fasis korporat?

Sukar sangatlah untuk masyarakat kita memahami tangan yang membakar hutan untuk mendirikan ladang buat si tuan yang kerjanya melipatkali gandakan keuntungan adalah tangan-tangan manusia yang mahu sediakan sedikit makanan untuk anak isteri di rumah? 

Lalu, kemiskinan, keadan sosial yang menyedihakan mengheret umat dunia terkambus dalam kesengsaraan. Kerajaan, orang politik dan pemodal mengkhianati manusia. Mereka tipu kita untuk sekian lama. Mereka pecah belahkan kita hanya kerana antara kita berbeza warna kulit dan berlainan agama. Mereka kikis bumi ini dan mereka gunakan kita untuk dirikan mahligai mahligai mewah di lereng bukit sedang anak kita sejuk dipeluk lantai jalanan.

Dunia terbelah kepada daerah kasta. Yang menindas akan sentiasa di atas, yang ditindas lemah terkubur di bawah. 

Ketika Max De Costa masih kecil, dia bertanya kepada seorang "sister" gereja. 
"Kenapa kita tidak boleh tinggal di Elysium?"

Jawapan sister tersangatlah mengecewakan aku. 

Dan aku tahu, bukan saja Max, malah orang orang di Los Angeles pada di tahun itu akan turut merasa kecewa dengan jawapan yang sebegitu rupa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak