Sabtu, 12 Mac 2016

GERHANA 9 MAC

Pagi ni, Kuala Lumpur suram. Di atas tanah, suasana kelam kerana dipayungi bangunan-bangunan beraroma keanguhan. Sinar matahari sedaya upaya menyelit di celah celah bangunan yang tidak mahu mengalah. 

Ada gagak di atas tiang lampu, manusia di bawah ada yang berselfie berlatarbelakangkan 2 tongkol jagung besi, ada yang bertali leher, berskirt pendek berjalan menuju ke kaki tuan dan ada yang bermonolog, berkeluh kesah tentang kehidupan yang tak pasti.

Kuala Lumpur, kota plastik dihuni si hamba untuk mengemis sekeping dua kertas bernot untuk diguna membeli mimpi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak