Tidur pun awal semalam. Kalau tak salah pukul 930 aku dah landing sebelah qudus, Pari pari polka dot pulak tengah layan popcorntime.aku tak tahu bila lena menjemputku. Sedar-sedar dah pukul 530 pagi.
Dah lama aku tak sampai awal ke tempat kerja.
Hari ni aku sampai pukul 830 pagi.
Aku tak tahu berapa lama aku mampu bertahan kali ni.
Kalaulah cukup 2 tahun selepas tamat "bonding" dengan bank islam, aku nak buat benda lain. Masak spageti jual milkshake misalnya. Lagi bagus, ada kedai kecil. Di situ aku dan pari pari polka dot menguruskan perniagaan kecil kami. Ada spageti meat ball, ada kopi dan teh, ada milkshake dan ada sepinggan meatball ala ikea.
Aku putuskan untuk keluar dari citibank kerana aku mahu mencabar diri sendiri. Tak dapat berimigrasi ke daerah 4 musim, sekurang kurangnya aku dapat berjumpa orang baru, jalan di kawasan baru untuk sampai ke pejabat. Bukannya senang beb, hang nak keluar dari satu tempat yang hang dah rasa terlalu selesa untuk ke satu tempat yang macam mengharap sejuta harapan.
Jiwa aku ada rasa kecamuk. Aku cuba mengkontrolnya. Aku tak mahu ia terbakar. Marak kemudian menjadi bara yang tak padam-padam. Aroma aroma chaos berasap. Aku cuba padamkan.
Setakat ini p, macam okie.
Dan setakat ini, aku duduk berjam jam atas kerusi korporat.
Tak kenal siapa-siapa. Bos pun tak sampai-sampai.
Bosan woih,
Harap harap aku tak perlu kerja di sini bertahun-tahun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak