Petang semalam aku hantar emel kat CEO, suruh dia dan bank dia bayaq gaji aku cepat-cepat. Dan aku cc emel tu kepada angkatan Rejim HR. Aku tahu depa akan tetap dengan pendirian dan prosedur haram jadah yang depa tulis sendiri.
Tapi aku harap selepas menerima emel macam tu, depa mencarut dan asap-asap kebengangan akan mula berkepul kepul keluar dari kepala depa.
Adakah aku menaruh harapan pada CEO?
Oh kamon, jangan begitu naif!
Petang nanti aku kena jumpa HR untuk standard prosedur terakhir.
Antara barang yang aku kena serahkan balik salah satunya; kad akses bangunan. Untuk pengetahuan semua aku dah hilangkan setahun yang lalu.
Oh satu lagi. Medikal kad pari pari polka dot dan sang quds pun aku tak bawak untuk diserahkan pada rejim.
Boleh jadi aku situasi di bilik HR petang nanti akan menjadi kurang nais.
Aku dah bersedia untuk segala kemungkinan dengan t-shirt Rage Against The Machine.
Semoga aku selamat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak