Sabtu, 12 Mac 2016

HARI HARI SEORANG BANKER (4)

Macam biasa, aku memang lengai. Keluar rumah pukul 830 pagi. Masuk pejabat pukul 9. 
Total jam nak sampai ke pejabat adalah sejam. Jadi congak sendirilah pukul berapa aku sampai opis.

Di mrr2 dekat dengan taman layang layang, aku bawak kereta berkelajuan lengai.
Bosan. Bukan bosan mana pun, tapi ye la ayat bosan paling sesuai digunakan dalam situasi macam tu.

Entah macam mana, motor di hadapan aku terpelanting. 
Aku tekan brek mengejut, dengan kekalutan aku belok terus ke bahu jalan sementara penunggang yang terpelanting masih terpelanting beberapa kali di tengah jalan.

Aku berlari ke arah mangsa. Aku seluk poket capai henpon dan terus dial 999. Aku pesan kat orang ramai yang berdiri mengelilingi mangsa untuk bercakap dengannya. 

Budak yang terpelanting tu pada mulanya tak bermaya terbaring. Kemudian pelan pelan dia semakin sedar, orang ramai papah dia  ke bahu jalan.aku seluk beg mamat yang terpelanting cari henpon dia dan cari nombor ahli keluarga. Kebetulan nombor terakhir dia dial ialah ibunya. Aku khabarkan pada ibunya dan minta depa anak beranak untuk pergi ke hospital selayang kerana ambulan akan bawak mamat tu ke sana.

Aku dah tak tahu nak tulis apa dah.
Kepala tengah pening ni, rasa macam nak demam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak