Aku jawab "belum rasa-apa, cuma sedikit nervous. Lagipun, kalau berhenti terus dan sudah tak kerja, barulah rasa ya tuhan seronok. Tapi, berhenti disini dan kerja di tempat lain"
Cuma di minggu terakhir ni aku rasa multi-kebimbangan muncul memanjat manjat dinding jiwa.
Aku takkan menerima gaji pada 25hb ni, sehari sebelum hari terakhir melainkan majikan baru membayar tetapi dengan satu kondisi yakni,
Jika bayaran dibuat sebelum 11mac, maka gaji untuk bukan februari akan dilangsaikan pada 25mac
Tetapi jika bayaran dibuat selepas tarikh 11mac, gaji untuk februari akan dibayarada 25april.
Faktab kan?
Polisi ditulis oleh majikan, disokong undang-undang walaupun polisi itu tidak etikal.
Aku sudah bekerja 26 hari di bulan terakhir aku disini. Tetapi disebabkan majikan sekarang dan majikan baru masing-masing mahu menjauh dari risiko (di sini poinnya ialah mereka mengambil jalan selamat, andai kata aku tidak pergi ke tempat kerja baru, maka mereka berhak untuk tidak membayar gaji aku).
Aku tak mengalah, walaupun aku tahu mereka takkan bayar pada 25hb, aku sudah menyerang dan membiarkan hari hari mereka menjawab soalan soalan dan demand aku terhadapa gaji yang sepatutnya aku peroleh.
Hal gaji sebenarnya tidaklah membimbangkan jika dibangdingkan dengan kondisi keluarga aku.
Mungkin aku yang sengaja berfikir bukan-bukan. Membayangkan kesengsaraan yang entah mungkin mencekik entah mungkin akan berlalu begitu sahaja.
Bila aku berdiri berqiyam, hati selali berbisik, hanyasaja yang disembah dapat melangsaikan segalanya. Dari awal hingga titik terakhir. Dari kepedihan kepada kelegaan. Dari kacau bilau mendarat keamanan.
Semalam, ada bulan purnama yang begitu jelas dan besar dapat dilihat.
Aku tunjukkan pada quds dan pari pari polka dot.
Jika bulan tidak pernah sunyi dari ditemani malam,
Aku yakin satu hari nanti, jiwa yang tenggelam dalam kesuh kesah ini jugak akan didamaikan ketenangan.
Bukankah itu yang semua dari kita doa-doakan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak