Dulu, rumah Aman selalu jadi pot "study group". Bahkan lebih daripada itu, rumahnya ialah bapak segala pot ; pot karaoke, pot layan vcd cetak rompak, pot mendalami ilmu skateboard melalui video dan pot pomen BMX dan pasang griptape skateboard.
Selalunya bila time study group,kami semua masuk dalam bilik Aman. Bapaknya yang kami panggil sebagai Pakcik Ishaq selalu goreng keropok ikan dan menyediakan Nescafe panas kepada budak-budak study group.
Jauh di sudut dapur, aku tahu yang Pakcik Ishaq selalu mendoakan kecemerlangan akademik anaknya, aku, Udi, Payan, Tariq, Emon, Dikmon dan Amet sambil menggoreng keropok.
Terharu, bukan?
Padahal kat dalam bilik, aku langsung tak baca buku teks yang dibawa atau menangis sambil bersungguh sungguh menyelesaikan latihan matematik.
Yang sebenarnya, aku khusyuk menelaah fanzine fanzine yang kebanyakkan berkisarkan scene Punk/Hardcore. Sekurang-kurangnya hingga saat ini, fanzine (atau zine) banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikiran aku. Paling tidak aku kenal siapa tu Henry Rollins dan Ian Mckaye bersama sumbangan-sumbangan depa. Buku teks sekolah, Jadual berkala Kimia dan Persoalan Kuadratik tak pernah membantu aku pun di saat-saat merimaskan ketika tersekat dalam trafik jem yang setiap hari aku hadapi.
Aman? Dia kan tuan rumah. Tak elok aku cerita hal lama. Dia dah ada 2 orang yang comel sekarang. Lagipun nanti kalau pakcik Ishaq terbaca tulisan ni nanti macam mana? Habis terburai kisah berbelas tahun dahulu. Tak pasal-pasal kena one to one session karang.
Aku dah tak berapa ingat nama-nama zine yang pernah aku baca. Tapi isi kandungannya banyak berkisar pasal ideologi, tulisan-tulisan pendek berkaitan falsafah kehidupan/isu-isu ketidakadilan, perjuangan, musik, filem yang bersangkutan dengan arena Punk/Hardcore.
Satu yang paling aku ingat, banyak zine yang aku baca itu sangat intim dengan ideologi Straight Edge.
Walaupun aku sangat terpesona dengan pembawakan kaum Straight Edge yang suci; anti dadah, anti seks bebas,bersih dari sikap jalang sex,drug & rock & roll, etc - satu perkara yang aku tak berapa nak setuju ialah, kebanyakkan dari depa ialah Vegan, kaum yang tak makan daging.
Kalaulah aku sebahagian dari kaum ini, maka kebulurlah aku atau meleleh deraslah air liur aku tatkala mama selesai memasak daging goreng kicap, atau adik aku menayang berger KFC yang dia tengah makan atau bila raya melopoglah mulut aku bila mak payan hidang legenda rendang daging ayam carik-carik. Ini belum lagi cerita member nak belanja beef steak, lamb chop apa jadah semua tu.
Lagipun, makan daging kan bagus? Zat, segala nutrisi, protein yang terkandung dalam sumber makanan berasaskan daging bertindak sebagai zat pengatur. Ia membantu mengatur hormon-hormon yang memiliki fungsi dalam sistem pencernaan. Daging membekalkan energi dalam tubuh selain dari membina jaringan otot.
Aku menjadi lagi skeptikal dengan pemikiran vegan selepas kejadian kapal terbang terhempas melibatkan Travis Barker (drummer Blink 182) dan DJ AM beberapa tahun dahulu. Travis seorang vegan dan kerana badannya melecur teruk walaupun terselamat dalam pengalaman ngeri itu, dia terpaksa mengambil semula diet berasaskan protein - sudah tentulah pemakanan daging diperlukan untuk membantu proses membaik pulih kecederaannya.
Setelah berbelas tahun lamanya,aku masih membaca rasional Vegan bertindak menolak pemakanan daging. Aku mungkin menjadi pendengar setia Fugazi dan pengkagum Ian Mckaye tapi kalau abah masak sup daging/tulang,aku akan kata "pergi jahanamlah makan sayur!"
Tetapi apabila pembacaan semakin meluas,fikiran aku mula berubah. Menolak pengambilan protein dari sudut pemakanan daging bukanlah kerana program diet menyihatkan semata. Kalaulah Ian Mckaye kenal tempe, konfirm tempe akan menjadi sebahagian dari dietnya menggantikan daging.Kerana kandungan soya dalam tempe juga adalah penyumbang protein dalam tubuh badan manusia.
Menjadi vegan bagi aku bermaksud menyatakan solidariti terhadap ketidakadilan, kezaliman,penindasan terhadap kaum haiwan. Ia merupakan satu sifat mulia kerana sanggup menolak untuk menyuap seketul daging hanya kerana daging yang dijual di pasar datang dari proses menzalimi haiwan.
Lama ASPCA melaporkan,
"Modern factory-farmed chickens look very little like their wild chicken ancestors. Thanks to selective breeding—combined with low-dose antibiotics, excessive feeding and inadequate exercise—factory-farmed meat chickens grow unnaturally quickly and disproportionately. While their breasts grow large to meet market demand, their skeletons and organs lag behind. Many suffer heart failure, trouble breathing, leg weakness and chronic pain. Some cannot support their own weight and become crippled, unable to reach food and water"
Last Chance Animal pula memberitahu,
"Dairy cows live in crowded pens or barns with concrete floors. Milking machines often cut them and cause other injuries. Some give them electrical shocks which cause extreme pain and even death. Dairy cows are forced to produce 10 times more milk than they would produce in nature. As a result, they experience numerous health problems"
Dan mengapa semua kezaliman terhadap haiwan ini berterusan tuan-tuan?
Tidak lain dan tidak bukan ia berkaitan dengan keuntungan besar produksi yang dipegang syarikat-syarikat besar yang menghasilkan daging yang tidak berkualiti dengan cara penindasan terhadap pekerja ladang, haiwan seperti lembu, babi, ayam untuk pasaran supaya dapat dikomsumsi kebanyakkan kelas masyarakat biasa.
Apabila pasaran sudah besar,produksi juga mestilah besar. Apa lagi cara untuk mempercepatkan produksi dalam masa yang sama memaksimakan keuntungan, meminimalkan perbelanjaan? Itu matematik yang sepatutnya kita belajar kat sekolah dulu.
Itulah aku cakap tadi, menjadi Vegan adalah sifat mulia. Dari sudut ekonomi, kelas pekerja, persekitaran, malah perihal haiwan itu sendiri menjadi punca kelangsungan resisten dari mengambil daging. Tak semua dari kita mampu nak berfikir dan bertindak macam ni. Setakat tak makan Mcburger Cheese jangan sembanglah. Boikot pasal Palestin kena bom konon.
Kita nak jadi macam tu cukup payah. Esok hari jumaat. Selesai solat tak sah kalau member tak ajak pi makan nasik beriyani kambing depan Menara Tabung haji. Cubalah tengok kalau mampu bertahan.
Banyak lagi sebenarnya esei-esei, artikel berkaitan yang boleh dibaca. Tinggal lagi hang nak cari dan baca ke tidak.
Lainlah kalau hang pelayar setia HarianMetro Online.
Pasal tu-aku maafkan saja hang. Patutlah perangai hang macam tu pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak