Kadang kala kita mesti berterima kasih kepada penulis.
Di saat kita berkeadaan haru biru, tersasar dari paksi, penulis datang memberi idea, membawa pencerahan dan membasuh kita dari selut-selut kedunguan.
Itulah fungsi penulis. Masa kita berebut-rebut merancang rumah siapa kita nak serbu beraya sekaligus merembat ketupat rendang nanti, penulis datang menyelit bawak cerita cerita off-topic, suruh kita fikir sejenak.
Tapi selalunya adalah setengah jam kita fikir, paling lama sehari lepas baca tulisan sang penulis. Lepas tu, kita kalut semula dengan perancangan, cerita-cerita sensasi murahan yang kita lagi suka nak baca.
Begitulah yang dibuat Muhammad Reza Hilmawan, penulis artikel Indoprogress. Baru-baru ni, Reza, anggota Perhimpunan Muda juga lebih dikenali sebagai vokal/pemain drum kugiran Punk Rock Torpedoest menulis sesuatu yang menyedarkan pembaca mengenai kaitan antara makanan, teori marxist dan ekonomi politik.
Reza membuktikan punkrocker bukanlah makhluk makan sampah atau setakat ber-t-shirt 'kita semua penghasut' berselfie di instagram, tetapi menjadi punkrocker adalah sama ertinya menjadi bahagian-bahagian penting dalam mendidik masyarakat dengan penulisan, idea dan sikap kritis terhadap kiblat sosial ekonomi zaman sekarang.
Tulisan berjela-jela Reza bertajuk "Makanan, Racun & Ekonomi-Politik" adalah satu platform baginya menerangkan kepada kita mengenai kaitan limpahan makanan di pasar dan bahan kimia yang disalut ketika proses produksi bahan makanan serta kesan terhadap tubuh manusia.
Makanan yang kita dok suap bertalu talu ke dalam mulut kita panggil sebagai 'benda' yang dikomsusikan demi pemenuhan nutrisi dalam tubuh manusia. Makanan terbahagi kepada dua unsur ; biologis dan kultural.
Biologis bermaksud makanan yang mengandungi unsur nutrisi. Meski anjing boleh jadi membekal nutrisi kepada tubuh badan, tetapi anjing tidak dianggap makanan melainkan baru baru ini berjuta umat menjadi tak keruan tatkala dikejutkan dengan berita satu daerah di pedalaman China yang makan anjing disebabkan merayakan perayaan budaya tahunan. Memakan anjing disini dianggap depa sebagai satu perayaan, sekaligus menerangkan bahawa makanan juga mengandungi unsur kultural.
Tak cukup dengan itu, makanan juga mempunyai unsur hieraki.
Ada jenis organik - mesejnya ialah makanan sejenis ini bebas dari malapetaka kimia dan juga jenis bukan organik, bahan makanan yang diproduksi secara besar-besaran hasil jajaan program Revolusi Hijau tajaan kapitalis World Bank, Ford Foundation,United Nations etc.
Perbezaan antara organik dan bukan organik cukup besar dari segi harga barangannya serta jumlah produksi di mana bahan makanan bukan organik jauh lebih murah, produksi yang lebih besar dan tentu sekali kualitinya. Kimia dan pestisida adalah elemen yag terkandung dalam makanan bukan organik menjadi punca kerosakan tubuh badan.
Pasal apa pulak aku cakap makanan sudah mempunyai unsur hieraki?
Dah sah-sah makanan konon organik berharga lebih mahal, sering dibeli oleh orang-orang berada sedangkan kita yang sekerat mati tanggung Viva free downpayment tetiap bulan terpaksa mengkomsumsi bahan-bahan makanan yang lebih murah semestinya yang telah dicemari kimia.
Zaman tok-nenek kita dulu tak ada benda-benda ni semua. Kangkung melingkar di parit-parit, bela ayam tanpa kena cucuk, sayur-sayuran ditanam tanpa disimbah racun. Organik mesti dilihat dari segi cara menanam / cara membela bukan "branding" semata. Dan disebabkan label "organik" ia sudah berbau elit, layak buat orang-orang tertentu saja.
Brader, mesti hang tertanya-tanya sebab apa kimia/pestisida digunakan? Dan apa yang aku nak terang sebenarnya?
Reza menjelaskan dalam tulisannya ;
"Penggunaan pestisida dan pupuk kimiawi mulai digalakkan dalam program ini guna peningkatan produksi bahan pangan dari pertanian (Husodo. 2013). Dipengaruhi oleh konsep agung “supplydemand” dalam kerangka ekonomi kapital, bahan makanan organik yang lebih sehat tentu diminati orang banyak, namun kelangkaannya dibanding dengan bahan makanan non organik akibat jumlah panen yang lebih sedikit dalam rentang waktu tertentu mengakibatkan harganya lebih mahal. Akibatnya, sebagian besar orang yang tidak dapat mengaksesnya harus memilih makanan yang biasabiasa saja (non organik), yang penting bisa makan untuk hidup."
Kemudian Reza menyambung lagi,
"Sebagai penentu nilai (dan kemudian harga), makanan harus diproduksi banyak dan murah agar nilai lebih tercipta. Upaya dari pemenuhan kondisi ini dilaksanakan dengan program Revolusi Hijau dengan menggunakan bahan bahan kimia seperti pestisida dan pupuk kimia dalam produksi bahan pangan guna mencapai harga murah dan produksi melimpah"
Gila betul kan?
Maknanya, untuk memenuhi perut-perut kelas masyarakat, kapitalisme memainkan peranan dalam menentukan jumlah produksi yang banyak dengan cara penggunaan barangan kimia. Matematik mudahnya ialah lebih banyak penggunaan bahan kimia lebih cepat barang makanan terhasil maka lebih banyak nilai lebih diperoleh.
Fuhh. Bila fikir-fikir balik,semua jenis barang makanan samada dari tumbuhan haiwan ternakan yang kita dok beli hari-hari di NSK, Tesco semua tu, payah benarlah kita tolak. Boleh kata semua darinya hasil dari "mass production".
Itu belum lagi cerita bahana mass production yang mengakibatkan child labor, cheap labor, kemiskinan dan perdagangan berat sebelah seperti yang dilawan gerakan 'Fair Trade' semua tu. Boleh jadi meracau tak pasal-pasal lepas baca bila tau semua benda dalam dunia ni dah rosak.
Betul jugak si Reza cakap, yang perlu ditekankan ialah suatu cara produksi makanan dalam suatu masyarakat bersifat sosial, bukan individual. Yang perlu diubah ialah sistem, cara memproduksi makanan tersebut.
Hujung minggu nanti bila pi beraya rumah member, jangan pulak hang dok gatai mulut tanya bini dia "rendang ni pakai daging organik ke?"
Kecik hati tuan rumah. Tahun depan jangan harap dia nak jemput hang lagi.
Najib buat open house kat kediaman rasmi Putrajaya pun belum tentu hidang semua yang organik.
Inikan pulak kita yang gaji asyik habis pasal bayar hutang tiap-tiap bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak