Isnin, 1 Ogos 2016

HARI NI AKU DIBELANJA MAKAN

Saja nak bercerita,
Semalam, masa Pakya cerita ada staf kepada satu kompeni ni dibayar rm1,100 sebagai upah kerja, jiwa aku mula berterabur atas lantai.

Depa tu semua kerja kuat sungguh. Bukan aku nak tipu, ya depa semua masih muda, biasalah perangai main-main tu ada, tapi depa betul betul buat kerja. Kalau pihak pengurusan kompeni suruh stayback, depa stayback. Adalah berapa ringgit kompeni bayar sebagai OT. Tapi, mana cukup. Aku buat matematik cincai, masuk duit OT, insentif yang tak seberapa, adalah elaun sana sini sikit, jumlah gaji baru cecah rm1,700. Itupun bukan konsisten. Jarang jarang sangat nak dapat.

Bang,
Rm1700 ni boleh buat apa bang? Boleh buat apa di kota plastik KL ni? 
Jangan pulak bila aku tanya soalan macam ni hang nak bersyarah "budak budak tu kena pandai cari peluang, jual tudung neelofa, jual insurans, jual itu dan ini"

Harini, aku lagi la rasa macam nak pengsan.
Staf kompeni tu buat makan-makan (potluck), raikan kawan-kawan yang sambut hari lahir. Kebetulan aku dan Pakya ada di pejabat depa, jadi depa jemput kami.

Banyak kemain yang depa masak, tak cukup dengan makanan, ada pulak belon depa beli. Meriah la. Orang muda, umur baru belasan nak masuk 20an, depa pun nak enjoi. Tapi tidaklah enjoi macam budak budak Damansara  perasan Beverly Hills. Buat party kat rumah ada kolam renang dua kali besar dari ruang tamu rumah sewa hang, merambu naik bmw makpak beli lepas tu bukak bisnes butik kafe, poyo beriya cakap dia kerja keras untuk  kejayaan yang dia nikmati sekarang.

Dari rasa sayu, mai plak rasa terharu. Budak budak ni tak makan sebelum PakYa dan aku rasmikan makanan. Depa kata makanlah cik shah, jangan malu sangat. Aku ajak depa ambik makanan sekali, aku ikut kemudian. Lagipun aku tak keluarkan duit sekupang pun untuk majlis ni. Segan. Tapi jiwa depa lagi besar dari rumah budak budak damansara, depa berjaya pujuk aku jamah dulu. 

Aku raikan saja permintaan depa. 
Gila betul aku fikir balik. Upah gaji yang kompeni bagi pun tak pernah buatkan depa kedekut apalagi nak berkira. Memang kerja yang dibuat macam nak mati, belum lagi masuk bab kompeni layan depa macam setan.

Selesai makan sedap, aku pi solat jumaat. Tak dengar pun khutbah-tidur punya pasal. 
Boring betul, berkhutbah suruh buat benda itu ini, tapi perempuan rohingya dengan anak kecil mintak sedekah depan masjid terpaksa ditembak ekuinoks pun depa payah nak pujuk duduk berteduh dalam masjid. Apa cerita ni, Tok imam?

Dah 3 minggu aku perati perempuan rohingya dan anak kecil tu. Minggu lepas, aku ajak dia masuk, duduk dalam kawasan masjid sebab berbumbung, dia cakap depa tak bagi. Berpanas la dia-duduk pulak atas jalan tar tengah hari buta sambil peluk erat anak kecil dia.

Percayalah banyak lagi golongan pekerja dari pelbagai sektor -kilang, perbankan, kaum petani, peladang, guru, pekerja imigran, yang dimanipulasi, ditindas, dipijak pijak -dijadikan sebagai mesin mencetak keuntungan kepada bangsa kapitalis, tapi tak ada seorang pun orang alim nak bela kelas masyarakat sebegini. 

Yang dia tau cakap "gaji sikit tak apa yang penting berkat."

Dia mai kuliah pun nak kereta besar, parkir dah tersedia kemas.
Habis kuliah dok buat tanya ajk masjid, "ana dengar enta bayar penceramah minggu lepas lebih, kenapa bahagian ana sikit ya akhi?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak