Sebelum depa balik, suami kepada Profesor UM yang selalu menyertai kami bertanya satu soalan,
"Hadri,what do you think about the masjid and these people?"
Aku jawab terenyih renyih,
"Orang dalam masjid tu bermasalah".
Selain tuhan, aku tak rasa kita boleh mengharapkan apa apa lagi daripada kerajaan, politikus, institusi agama yang dibiayai pemerintah, elitis atau golongan bangsawan.
Kita sebagai anggota masyarakat mesti bergerak dan berfungsi kepada unit masyarakat yang lain, walau kontribusi yang amat sedikit. Manusia memang dicipta untuk saling berhubungan, bertumbuh untuk mengasihi, membantu dan berfungsi antara satu sama lain.
Setakat itu saja yang aku nak cakap.
Tapi tak tahulah kalau hang masih mengharapkan bulan dan bintang dari depa tu semua.
Cerita sebenarnya, hari sabtu nanti #buburborjuis X #happybank akan bersarapan bersama sama teman-teman di dataran Masjid Negara, Chowkit, Central Market, Segi Kolej dan sekitar Kotaraya.
Minggu ni ada individu yang hadiahkan 50pax sleeping bag, ada seorang makcik yang nak masak panas-panas untuk semua teman-teman.
Aku ucapkan terima kasih banyak banyak in advance kepada yang menyalur bantuan. Dan kalau ada yang mahukan pekerja, datanglah bertegur sapa kami di dataran Masjid Negara lepas subuh sabtu nanti. Ada la 2,3 orang pemuda di sana masih mencari pekerjaan, depa juga mahu kontribut sesuatu dan menjadi sebahagian dari masyarakat. Aku tunggu hang kat sana.
Atau kalau nak bertanya apa apa silalah pm orang kuat happybank dan buburborjuis Nurainie Haziqah, Pendekar Mustar, Al Najiv, Yaser Johari, Shahrul Ahmad, Tarique Syahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak