Isnin, 1 Ogos 2016

HARI JUMAAT

Teks khutbah harini bertajuk "Pekerja Berkemahiran Meningkat Ekonomi" bersempena Hari Pekerja yang bakal disambut dua hari lagi.

kalini aku tak terbabas. Aku tekun mendengar apa yang khatib nak sampaikan sebab kalau nak diikutkan dah berapa kali syaitan nirrojim dok ketuk kepala aku ajak berdengkur.

Macam biasa, jangan kata khutbah, ceramah atau kuliah biasa sering  memberi mesej pentingnya pekerja manggalas amanah, mesti produktif, mesti berintegeriti, jujur dan berakhlak baik. Kata khatib, hari pekerja disambut untuk meraikan kesungguhan dan sumbangan kaum pekerja. Justeru, pekerja yang berkualiti akan menjana produksi yang bermutu bukan sahaja untuk kebaikkan majikan tapi menyumbang kepada kebaikkan negara. Inilah yang selalu sangat dicakapkan pak khatib dan ustaz ustazah yang lain.

Aku setuju. Tak guna seduit pun (lagi-lagi) kalau kamu tu ahli kesatuan pekerja, tapi selalu datang kerja lambat, bagi macam macam alasan kat bos bila disuruh buat kerja, malas piang, berehat berjam jam kat kafeteria, balik awal darimorang lain, akhir sekali kerja yang diberi tak pernah siap. Di hujung tahun kamulah yang paling beriya bawak sepanduk kehulu ke hilir menuntut kenaikkan gaji atas nama "hak pekerja". 
Abah kamu!

Namun, disebalik pesan pesan lazim untuk bekerja dengan amanah dan blablabla, tak pernah dengar lagi ustaz ustazah, penulis teks khutbah berpesan pesan akan kezaliman ,ketidakadillan pemilik produksi ke atas kaum pekerja.

Belum lagi kita mendengar depa bercerita tentang anak anak bawah umur dipaksa bekerja untuk ratusan jam seminggu demi keuntungan raksa syarikat besar. Belum lagi  kita dicelikkan tentang isu pekerja imigran yang ditindas. Belum lagi kita diajak depa berdiskusi tentang gaji minima yang memberi pengaruh besar ke atas ekonomi kaum pekerja. Belum lagi kita tekun bertalaqi syarahan depa tentang polisi majikan yang tidak bertanggungjawab membayar upah gaji/gajilebih masa . Belum lagi kita diberitahu depa, pada setiap jam kuasa kapital melepas tanggungjawab menyediakan jaminan keselamatan pada buruh binaan, misalnya. Belum lagi depa menyeru tentang pentingnya bekerja di dalam ruang kerja yang demokratik. Belum lagi kita diajak memberontak, menuntut dunia yang lebih adil.

Dan belum lagi mereka, ustaz ustazah, mufti, agamawan dan penulis teks khutbah duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama kita-kelas pekerja,kerana depa semua terlalu risau tertinggal menyebut nama monarki dalam doa muluk-muluk depa sebelum khutbah ditamatkan.

Semua itu buat masa sekarang belum kita dengarkan lagi, wahai kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak