DANGDUT MERAH
3 hari lepas rasanya aku buka channel 705 astro.
Ingatkan boleh la tengok klip video untuk segmen alt-hitz, nak layan Circa Waves. Rupanya depa tayang rancangan lama, Jozan Show. Aku pun layankan saja sebab rasa remote control tu jauh benar untuk dicapai.
Untuk episod tu, Jozan jemput Ramli Sarip sebagai tetamu. Aku takmau la nak cerita lawak merepek yang dua orang tu dok buat depan Ramli Sarip. Bila tengok balik zaman depa baru habis raja lawak, rasa nak tergelak pun ada, Johan kurus melidi, rambut straighten macam rempit. Kalau nak tengok talkshow, aku rasa ini bukanlah talkshow yang bagus, selain kalau hang macam aku - remote control tu rasa jauh, sejauh KL-Perlis.
Tapi ada satu soalan bagus yang ditanya Johan kepada Ramli Sarip,dia tanya "perjuangan jenis apa yang muzik rock bawakan"?
Jawapan Ramli Sarip memang epik. Kata Papa Rock, tak mestinya muzik rock sahaja yang membawa mesej perjuangan. Perjuangan sejenis apa sekalipun boleh diterjemah dalam pelbagai metod,platform atau terpulang kepada cara pembawakan masing masing. Begitu juga muzik rock, ia ada ruang untuk mengibar ngibarkan mesej perjuangan.
Betul sangat tu.
Makna perjuangan itu sendiri sangat luas. Berjuang untuk 'survival' diri sendiri pun dikira sebagai perjuangan, apalagi kalau berjuang itu untuk kemanusiaan, masyarakat, berpolitik dan sebagainya.
Ada orang berjuang tentang manusia tertindas dengan puisinya. Ada pula yang berjuang demi anak anak yatim dengan cara menulis artikel. Dan ada juga yang konsisten dengan isu kemasyarakatan dengan muzik. Macam macam caralah. Kadang kadang hang tengok penyanyi tu nyanyi lagu pop, tapi liriknya kental bermesej konflik perang sebagai contoh. Terpulanglah. Perjuangan tak semestinya dicurah ke dalam format yang spesifik.
Jadi jangan rasa geli kalau kalau ada penyanyi dangdut membawa mesej perjuangan kelas buruh. Bayangkan Inul Daratista a.k.a Goyang Gerudi menyanyi lagu dangdut tapi liriknya berkisar hal "internasional", "class struggle" atau Mas Idayu cipta lagu "Senggol Senggolan Cubit Cubitan Kapitalisma".
Manalah tahu satu hari nanti genre dangdut semacam ni dipecahkan menjadi sub genre "dangdut komunis" atau "dangdut merah. Masa tu baru hang tau betapa subversifnya muzik dangdut. Silap haribulan si Inul dan Kak Mas Idayu kita tu tu boleh kena penjara sebab bawak fahaman komunisme.
Bunyi memang macam tak logik.
Tapi, kalau Inul atau Mas Idayu nak buat, apa ada hal?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak