Isnin, 1 Ogos 2016

BERLETER SEBELUM BERSARAPAN

Siapa cakap kerja sediakan makanan untuk gelandangan kerja susah? 
Brader, itulah kerja paling senang. Hang boleh pilih samada masak sendiri atau beli makanan di kedai, kemudian bungkuskan, letak dalam bakul lepas tu berjalanlah di lorong lorong belakang bangunan di kota besar atau cari depa di sekitar kaki lima premis rumah kedai misalnya di Segi Kolej KL atau sekitar kawasan Puduraya.

Oh jangan lupa kamera smart phone dan sepotong hati dag dip dup nak upload gambar selfie masa mengagih makanan nanti.

Brader, oleh sebab kerja macam ni ya rabbi senang, hang saksikanlah sendiri berapa banyak individu,grup soup kitchen,NGO tumbuh segar? Punyalah banyak sampai ke satu tahap,depa sendiri bersaing sesama sendiri merebut "kawasan" supaya makanan yang dibawa habis diagihkan. 

Tapi, berapa ramai sebenarnya boleh bertahan lama buat kerja ni? 

Berapa ramai menganggap kerja begini bukan sekadar "charity suka-suka" atau retorik "amal jariah,saham akhirat" semata? Berapa ramai yang betu-betul ikhlas memikul beban kerana merasa bertanggungjawab terhadap masyarakat, persekitaran sosialnya? Berapa ramai pula membawa jiwa bersama saat mengagihkan makanan kepada pakcik-makcik, ibu tunggal,anak-anak kecil, pemuda yang putus harapan menjadikan jalanan sebagai tempat tinggal?

Dan paling penting, sampai bila kerja berkongsi makanan dengan gelandangan mesti berlangsung?

Jangan sembang kencang sangat brader. Sebulan,dua semangat konfirm berapi rapi, meletup letup sampai mengalirkan larva nafsu nak turun ke jalanan kalau boleh setiap hari. Semua rancangan siap disusun rapi ; Area mana nak cover, duit berapa banyak nak pakai, menu makanan, sudu garfu plastik, cawan, berapa ramai kawan nak join etc.

Bila dah masuk bulan ketiga, keempat, mulalah rasa boring. Kerja senang macam tulah, cepat sangat rasa bosan. Rutin sama berulang ulang makan minggu dan bulan - bungkus makanan dalam bakul, jalan di belakang lorong tak sampai sejam dah habis balik lepak mamak makan roti canai. Tambah pulak awek memanjang tarik muka sebab lebihkan kerja "charity" dari luang masa berkualiti dengan dia. Semangat yang dulunya berkobar kobar kini luntur dibasuh klorox. Nak selfie pun dah rasa meluat.

Akhirnya kerja macam tu tak ubah seperti mengikut "trend", tipikal dan tidak bermakna.

Jadi, apa kejadahnya buburborjuis X happybank merayau rayau pagi buta tiap,tiap bulan bawak bakul berisi nasik lemak ayam, teh "o" dan pisang ke sekitar Pasar Seni, Kotaraya, lorong belakang Chowkit dan terpacak di dataran masjid negara kalau kerja konon konon kemanusiaan tahap gaban ni hanyalah aktiviti tipikal dan mengikut trend?

Bulan lepas budak UPM mai menebual #buburborjuis X happybank. Salah satu soalan depa, "apakah target buburborjuis/happybank dalam mengendalikan kerja menyediakan makanan untuk gelandangan?"

Lepas penat bergasak,tolak menolak ,tonyoh menonyoh muka masing-masing; siapa yang patut jawab soalan depan kamera, aku mengalah dan raikannya dengan sebuah jawapan (juga jawapan tambahan untuk post ni), 

"3 tahun lepas, buburborjuis tak pernah ada target besar, tak pernah berangan berangan nak jadi 'big' - nak selamatkan dunia, nak beli tanah buat rumah untuk gelandangan, nak tendang Ku Nan, nak itu nak ini. 

Kami cuma nak jadi konsisten dengan apa yang kami buat. Datang dan beri makanan memang nampak mudah, tapi untuk meneruskannya dalam tempoh sepuluh tahun mendatang, kami perlukan komitmen, semangat setiakawan yang menggila dan seketul jiwa yang besar. Itulah yang buburborjuis dan happybank usahakan."

Biar kawan kawan lain membantu dengan cara yang lebih efisyen, yang tolong cari kerja untuk depa, yang bukak kelas kemahiran, yang mengajar tuisyen free untuk anak-anak, yang bukak foodbank, yang pasang perpustakaan untuk anak-anak yatim. Bab menyediakan makanan , beri bahagian kecil tu kepada kami.

Jadi brader malam ni, bila hang bangun tahajjud, jangan lupa doakan buburborjuis X happybank. Doakan kami supaya kami tak lupa diri, tak membazir, tak jadi trendy dan sentiasa  bersemangat sebagaimana bersemangatnya kami ketika kali pertama kami masak sendiri bubur gandum, roti dan air untuk berkongsi dengan kawan-kawan gelandangan di Kuala Lumpur.

Makanan tak mampu mendamaikan anak anak gelandangan dari dingin lantai yang menggigit. Bukanlah peranan makanan untuk melawan hegemoni sistem yang memperluaskan jurang kelas ;kaya dan miskin. Makanan juga bukan batu bata yang  membina dinding rumah, tidak bertukar menjadi not not ringgit dan tak mungkin menjadi pintu keluar dari keresahan bagi kaum gelandangan/miskin tertindas.

Tetapi kami percaya makanan adalah penghubung, medium mencurahkan rasa perikemanusiaan, rasa kebersamaan, berkongsi apa sahaja yang kita ada dengan sesiapa saja yang memerlukan.

Pagi Sabtu ni, merupakan sesi bersarapan terakhir sebelum menyambut ramadhan. Datanglah ya. Kita rayakan pagi sabtu dengan bersarapan bersama, bersembang, bergelak ketawa dan bertukar tukar pendapat bersama kawan kawan di dataran masjid negara, sekitar chowkit, kotaraya dan pasar seni.

Buat pengetahuan semua, Buburborjuis X Happybank datang dari pelbagai latar belakang - ada peguam super power, ada Ted Mosby jual kuah rojak, ada abam tukang jual insurans (part-time), ada punk-rocker menunggang Surly. Kami juga terdiri dari Pendekar handal memanah, Vokalis kugiran Metalcore cum AJK Surau Menara Citibank, bekas Otai Grunge Ampang yang dah bertaubat, fans arsenal dari gombak dan Tokey Tupperware.

Yang takdaknya admin dan likers amranfans. 

Okie, sampai jumpa lusa nanti. Bai.

p/s besar kemungkinan buburborjuis X happybank tidak beroperasi sepanjang ramadhan, kami memberi laluan kepada mereka-mereka yang mahu mengumpul pahala sampai terlajak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak