Isnin, 1 Ogos 2016

PEKERJA KILANG AIS, MARALAH KAMU KE HADAPAN!

Selama 20 tahun ditipu majikan, cuba kamu bayangkan berapa juta syarikat besar seperti Atlas mengaut keuntungan dengan cara menafikan hak pekerjanya? 

Kelmarin, pekerja kilang ais Atlas membuktikan sesuatu kepada kita;
Tanpa union, kelas pekerja, apabila bersatu dapat menunjukkan sikap. Tanpa union sekalipun,kelas pekerja mampu bersatu, mengorganisasi, beraksi, memberontak dan berani menuntut hak walau berhadapan dengan autoriti.

Melihat keadaan begini, mari kita bertanya khabar pada kesatuan pekerja di Malaysia.

Berapa banyak kesatuan pekerja yang masih hidup tapi sudah hilang sengatnya? Berapa ramai ahli kesatuan sedar peri pentingnya berpersatuan? Berapa ramai pemimpin kesatuan yang menunjukkan sikap keras, tidak berlembut dengan sistem, mempamer jatidiri yang jelas? Berapa ramai ahli kesatuan mempunyai prinsip dan benar-benar ikhlas serta sanggup memperjuangkan kelas pekerja secara menyeluruh? 

Adakah kesatuan berjuang untuk tembolok ahli-ahli atau bercita cita untuk menukar sistem, membina dunia yang lebih adil?

Kawan, mengapa perlu kita kalut mendaftar menjadi ahli persatuan?

Adakah kerana nak melindungi diri kamu dari majikan kerana kamu malas bekerja, selalu datang lambat, kerja tak pernah siap? Atau kamu rasa bila kamu berpersatuan, pimpinan kamu akan buat kerja untuk kamu - tuntut kenaikkan gaji tiap tahun, tuntut segala faedah untuk manfaat diri kamu sendiri?  Atau kerana, kamu rasa  kepala kamu semakin membesar bila bergelar ahli kesatuan pekerja -  sebab siapa pun tak boleh tegur kamu, siapa pun tak boleh persoal kamu, kamu mahu merasai perasaan itu ;rasa "untouchable". 

Atau kamu nampak pimpinan kamu dah mula berjinak jinak dengan elit politik membuatkan kamu rasa selamat , sekurang kurangnya sudah ada orang "besar" kononnya akan bela kamu?

Tapi yang tragisnya kawan, bila sampai seru untuk berpiket/berprotes, kamu tiba tiba jadi malas, rasa takdak faedah, rasa lebih baik duduk rumah main lego dengan anak - kerana protes yang dianjurkan nanti bukan untuk kebaikkan poket kamu, tapi untuk bersolidariti bersama pekerja industri lain yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan kamu. 

Lagipula, kamu tak pernah belajar erti "kebersamaan" membuatkan kamu tak peduli apa yang sedang berlaku terhadap pekerja bawah umur di afrika, kaum pekerja yang diperah kederatnya dengan upah kecil di kebanyakkan negara asia, kaum petani,peladang yang hidup melarat kerana tekanan sistem pasaran apalagi mempunyai kesedaran pentingnya ruang demokratik di tempat kerja. 

Bertambah malu, kamu tak baca pun artikel Oxfam pada awal tahun mengenai 62 orang terkaya di dunia mendominasi separuh dari kekayaan bumi menyebabkan jurang kelas semakin melebar. Kalau baca pun, kamu tanya "apa kejadahnya jurang kelas tu?"

Walau rasa malas amat sangat, walau rasa tak berfaedah, membuang masa dan kalau diberi pilihan kamu pilih duduk di rumah main lego dengan anak, dengan berat hati kamu sarung t-shirt yang diberi kesatuan lalu dengan lemah longlainya menuju ke tempat protes. Ini semua disebabkan awal-awal lagi ketua kamu dah bagi warning. Kalau kamu tak datang, tak tandatangan kedatangan, kalau apa apa terjadi kat kamu, jangan harap kesatuan akan fight untuk kamu. 

Jadi kamu kecut perut. Dah la kerja malas nak mampus. Besok bila bos marah kamu, kesatuan takmau datang tolong. Dari menahan leteran ketua pimpinan, kamu ke sana cuma nak tunjuk muka, menyorak benda yang kamu sendiri pun tak paham, lepas tandatangan kamu curi curi balik rumah.

Kalau perangai macam tulah kamu terhegeh sangat nak jadi ahli persatuan, malu la dekat pekerja kilang Atlas.

Depa lagi berprinsip dan bermaruah nak dibandingkan kamu dan kesatuan kamu tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak