Memang kamu yang bermasalah. Patutnya kamu salahkan diri sendiri.
Masa orang lain berpeluh peluh menyedarkan kamu akan jijiknya perang, kamu di mana?
Orang lain berpenat-lelah membantah "occupation" zionis ke atas tanah Palestin bukan sehari dua. Zaman kawan Hisham Rais lagi dah ada melayu ke Palestin angkat senjata. Ni cerita Syria, kamu tahu tak dianggarkan 2,500 atau lebih yang dah menghembuskan nafas terakhir dalam air masin? Dan berjuta pelarian, anak anak kecil, perempuan dan laki laki makan makanan ntah apa apa, hidup serupa dalam neraka. Kamu kat mana waktu tu? Tengah kongsi gambar neelofa kat fesbuk atau upload gambar makanan di instagram?
Cerita Rakhein, bangsa rohingya yang rumahnya dibakar fundementalis agama melarikan diri naik bot sampai minum air kencing sendiri kamu tahu tak?
Kemain lagi hari ni kamu tiba tiba #pray for beirut, banghdad semua tu. Kamu tengah buat apa masa dunia tengah mengecam perang di atas nama agama? Yemen kamu tak mahu hashtag jugak? Negara yang dibakar Arab Saudi tempat kamu nak pergi sampai potong duit EPF daftar haji. Macam mana pula dengan masyrakat Kurdis, Rojava yang ditindas puluhan tahun? Orang-orang Kashmir yang sampai sekarang hidup tak ketahuan lagi tu nak letak mana?
Lagi dahsyat kamu sembang bab Somalia sehari dua ni. Untuk pengetahuan, kamu peduli ke buruh kanak-kanak di Afrika bekerja selama 80-100 jam seminggu untuk kompeni cokelat lagi hina dari babi seperti, Mars dan Nestle? Dari tahun 2001 hingga sekarang, pertumbuhan penggunaan buruh kanak-kanak sudah mencapai 50% dan ke atas dan dijangka akan bertambah.
Ahh. Kamu mana ambil pusing. Kamu sibuk baca siakap keli dan post ayat acah acah motivasi Prof Muhaya .
Tapi bila harini kamu tengok kawan kamu bersolidariti untuk 120++ mangsa tembakan di Paris, kamu tak senang duduk. Kamu pertikai itu ini. Kamu capai mafla Palestin yang dah berhabuk tu dan kamu duduk depan laptop, kondem berita Paris dan tetiba kamu berintifadah hashtag sana sini. Kamu tunjukkan pada dunia, kamulah paling islamik.
Mustahil kamu tak tahu perangai media arus perdana macam mana. Tapi tanggungjawab kamu sebagai manusia lebih dari itu. Ambillah sikap peduli kepada keamanan. Semai kebencian pada perang, kezaliman atau apa saja bentuk terrorisma.
Kita bercakap soal 120+ orang publik yang mati. Jutaan yang hidup sengsara di timur tengah dan merata ceruk di dunia. Kita tak bercakap hal kenegaraan. Memang Perancis, Amerika, UK, Israel blabla tu semuanya setan. Tapi bila melibatkan nyawa tak berdosa, apa salahnya kita beri penghormatan, kebersamaan pada nyawa yang diragut walau berlainan agama dan bangsa?
Ini tidak. Habis sangat kamu kata perang Syria semua tu relevan sebab sunni wajib lawan syiah. Sebab syiah zalim. Kawin mutaah dan blabla. Refugees bagi kamu adalah manusia munafik yang lari dari medan perang.
Apa punya perangai kamu ni hah?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak