Rabu, 19 Oktober 2016

TAZKIRAH PETANG

Tiap-tiap kali selesai solat Asar berjemaah, Tok Imam surau akan bangun bertakzkirah pendek.
Dah lama aku tak nampak dia, rupanya dia eksiden beberapa bulan lepas. 

Hari isnin minggu ni dia baru masuk kerja. Jadi dari isnin lepas dia asyik bercerita hal eksiden dia diselitkan dengan unsur-unsur keagamaan (sabar, redho, sekian dan sekian).

Aku tak pernah dengar pun apa yang dia tazkirahkan. Cuma masa aku bangun nak keluar, terdengar la sikit-sikit cerita dia, tapi tak pernah habis. 

Hari ni lain sikit. Selesai solat, aku tak 'chow' macam biasa, aku tunggu nak dengar tazkirah. 

Dia pun bangun dan mula bercakap.
Tok Imam ni muda lagi kalau hang nak tau. Orang muda, ada rupa, ada kelayakkan, pandai bercakap - semua orang suka, tambah ada gelaran 'tok imam',  maka ramailah jemaah yang tak sabar menunggu tazkirah. Yang keluar masa tazkirah setiap petang mungkin  curi-curi masa minum teh kat food court sebelah sebelum masuk pejabat semula. Aku tidak termasuk dalam jenis golongan macam tu.

Tok Iman pun mulakan tazkirah. Dia bagitau jemaah pengalaman dia pergi check-up di hospital Selayang. Hari tu dia pergi check-up awal, pukul 8 pagi dah ada kat sana. Dia memegang nombor giliran ke-125. Kata dia, keadaan di hospital waktu tu sungguh tak selesa - dengan keadaannya yang berkerusi roda dan sesak dengan beratus pesakit menunggu giliran masing-masing.  Terasa seksa benar. Ada seorang pesakit wanita tua yang dok di sebelah Tok Imam mengeluh 'allah, bila nak sampai giliran ni?'

Tiba-tiba dia kata, dia terfikir, macam mana lah keadaan nanti kat akhirat kelak.
Kalau sekarang pun di hospital punyalah seksa, macam mana di sana nanti?

Aku pulak dok harap ustaz tu bagi idea macam mana nak permudahkan urusan rawatan kepada pesakit. Ramai pesakit satu hal, keadaan yang sesak kelam kelibut, urusan nak merawat pesakit ni kan semua memerlukan aturan sistem yang bagus?

Bukankah lebih bagus walaupun beratus atau beribu pesakit yang datang untuk check-up dapat disempurnakan dengan lebih pantas dan berkualiti?

Bukankah lebih bagus kalau semua pesakit dapat menunggu sementara dirawat menunggu dalam keadaan yang jauh lebih selesa?

Bukankah ia lebih melegakan apabila urusan parkir di kawasan hospital lebih teratur-pesakit/pelawat dapat parkir dalam kawasan hospital dengan senang? (hang pergilah sendiri tengok kereta parkir macam mana kat hospital selayang)

Jadi apa sebabnya nak sangkut cerita hal akhirat ni?
Ya, memang kesabaran diperlukan pada ketika dan saat yang memerlukan.

Tapi bukankah bila Tok Imam bukak cerita yang kurang selesa pada persekitaran hospital berkait rapat dengan sistem/cara pengendalian rawatan di hospital?
Sistem, cara urus tadbir kan boleh diubah, dimansuh atau diganti dengan sistem baru-yang lebih baik, efisyen dan lebih memudahkan.

Tak bolehlah semua benda kita tenangkan dengan perkara yang kurang patut.
Itu sebabnya bila ada rasuah kita husnuzon, bila ada makhluk celaka rampas tanah adat orang asal kita bertenang, bila seorang isteri diperlakukan kasar oleh suami kita bagi nasihat supaya si isteri bersabar kerana ganjaran syurga, bila ada masalah kemiskinan kita bukak cerita perlepasan Allah beri kepada mereka yang miskin, bila pemimpin makin kaya dan kelas masyarakat makin susah kita kata ini ujian, jadi macam mana dan bila kita nak selesaikan aktual permasalahan?

Petang tadi walaupun awal niat aku nak tunggu tazkirah Tok Imam sampai habis tak menjadi.
Tak sempat dia habiskan, aku dah bangkit berjalan keluar dari surau. Aku gagal lagi nampaknya.  

Esok kalau hang tak keberatan doakan aku supaya aku dapat tunggu tazkirah dia sampai habis.Kalau tak, tak tahulah bila aku akan berjaya duduk sebentar mendengar tazkirah tanpa mempersoal macam-macam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak