Khamis, 13 Oktober 2016

KHUTBAH ORANG ASAL KELANTAN (bukan teks tulisan MAIWP)

Ellen L. Lutz menulis dalam portal www.culturalsurvival.org 
"Fourth, indigenous peoples want to enjoy their rights to the lands, territories, and resources that they have traditionally owned, occupied, or otherwise used. Where such rights conflict with the needs of the state or other peoples, they want to participate as equals in an impartial and transparent process for resolving the conflict in a fair and respectful way"

Apa yag berlaku di Kelantan sebenarnya pernah terjadi kepada kaum-orang asal di Borneo, Sarawak dan Sabah, di setiap ceruk perkampungan orang asli di semenanjung, malah di serata dunia.

Mengapa jarang-jarang orang kita yang berstatus kelas masyarakat biasa selalu memandang remeh soal hak kaum orang asal?

Nak dibandingkan dengan apa yang terjadi nun jauh di Timur Tengah, aku dapati kawan-kawan dalam facebook aku ada lah dua tiga kerat yang kerjannya hari-hari menulis pasal kecelakaan yang sedang berlaku di Gua Musang. Yang lain masih rileks, tulis pasal nak makan apa sarapan nanti, cerita pasal hal maknenek dia, kongsi pasal kepentingan bersyukur - ini menunjukkan depa semua masih tenang kerana ciri ciri orang beriman itu kan tenang ketika orang lain diduga musibah?

Di serata dunia, ada lebih lima ribu etnik kaum asal merangkumi empat ribu jenis bahasa. Orang asal mempunyai kultur, cara hidup yang beragam tetapi mereka berkongsi realiti hidup yang menyedihkan; tanah mereka yang dirampas, penafian terhadap cara hidup-budaya mereka, diserang secara fisikal dan tentunya dianggap sebagai warga negara kelas kedua. (amnesty.org)

Orang asal Kelantan seperti kebanyakkan kaum asal di dunia adalah kaum marginal yang terpaksa bertarung dengan kuasa wang. Mereka bukan sahaja terpaksa mempertahankan diri dari segala instrumen seperti jentera, mesin penebang balak, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan raksasa kapital (baca: pemerintah/kaum pemodal) yang memanipulasi legal sistem unuk merampas kawasan mereka yang begitu bernilai.

Di dalam portal amnesty.org ada dinyatakan,
"Indigenous people often share a key value – the close association between their identity, their way of life and their land. They act as “guardians” or “custodians” of the land for the next generation. Losing it means a loss of identity"

Sebelum ni, aku ada menulis bagaimana kuasa modal mudah melingkupkan rumah orang asal dan kaitannya dengan kemusnahan alam yang mengakibatkan perubahan iklim dan malapetaka yang sedang mempengaruhi kondisi bumi. 

Siri-siri serangan kaum pemodal ke atas tempat tinggal orang asal bukan sahaja memusnahkan alam, tetapi ia juga mempengaruhi struktur sosial-budaya orang asal. 

"The lands on which Indigenous Peoples live are often rich in resources and have been appropriated, sold, leased or simply plundered and polluted by governments and private companies. Many have been uprooted from their land through discriminatory government policies or armed conflict. Indigenous rights activists face violence and even murder when they seek to defend their communities and their lands.

In many countries more than 50% of Indigenous people live in cities. Over the last three decades Indigenous people have moved from their traditional lands towards urban areas. Some seeking opportunities for education and employment. While others are escaping human rights abuses, particularly related to their land rights and the survival of their culture.


Cut off from resources and traditions vital to their welfare and survival, many Indigenous Peoples are unable to fully enjoy their human rights. Instead they face marginalization, poverty, disease and violence – in some instances extinction as a people." (amnesty.org)

Ini bukanlah perkara mustahil. 

Awal bulan lima tahun ini, aku berkesempatan mengembara ke Perth. Di sana aku sendiri meyaksikan betapa sedihnya kaum Aboriginal hidup. Selepas tanah mereka dirampas imperialis Inggeris, mereka telah hilang pedoman hidup. Kebanyakkan yang aku jumpa hidup dalam kemiskinan, hidup bergelandangan. Pakaian mereka sudah berubah, paling ketara, mereka sudah tidak lagi bercakap dalam bahasa mereka sendiri; mereka bercakap dalam bahasa penjajah. Ini semua kerana kesan imperialis-merampas tanah, budaya dan identiti.

"500 languages have been lost since Europeans arrived in #Australia. Now many languages around the world face a similar fate."(amnesty.org)


Apa yang terjadi Australia, (antara negara yang terkenal dengan kondisi hidup yang terbagus di dunia) bakal terjadi di Gua Musang. 

Kebimbangan orang kita terhadap orang Palestin kerana antara salah satunya, rejim fasis Zionis menafikan hak beragama (solat di Masjid Al-Aqsa). 

Mengapa kebimbangan seperti itu tidak kita pamerkan apabila orang asal di Kelantan dirampas haknya oleh Kerajaan Negeri yang memberi laluan kepada bangsa kapitalis?

Bukankah tanah mereka dirampas seperti mana yang berlaku di Gaza? Bukankah cara hidup-budaya mereka terkesan sepertimana yang berlaku di Gaza? Bukankah orang asal di seluruh dunia mempunyai hak yang sama seperti kita semua?

Sampai bila kita mesti hidup dalam ketimpangan atas dasar perbezaan agama dan bangsa? 

Mengapa susah benar kita faham, yang diperangi ialah Kerajaan Kelantan dan saf-saf pembalak yang gelojoh? Kita tidak berperang kepada anutan, akidah mereka, kita menyerang tindak tanduk mereka yang angkuh dan brutal. 

Ramai orang selalu berkata/bertanya dengan sinis, 
apalah sangat yang boleh diubah, setakat membebel di fesbuk?
kalau bagus sangat pergilah ke Gua Musang, lawan di sana, barulah real,
habis tu apa konklusinya? solusinya?
panjangnya tulis, bagi rumusan boleh? 

Lagi sadis, ada yang cakap tunggu PRU lah kita ubah.

Manusia jenis apa ya macam ni?

Masyarakat yang bergelut dengan akidah feudal, salah satu kesundalan yang selalu mereka pamerkan ialah tiadanya kepercayaan dalam diri sendiri. Mereka hanya tersusik apabila guni beras mereka ditarik, bekalan air di rumah dipotong, hal-ehwal keperluan peribadi dinafi.

Selain itu, mereka tidak mahu hidup mereka terganggu memikirkan hal-hal dunia yang lain.

Saat ini, mana mana tulisan, pandangan, kritikan berkaitan orang asal Kelantan khususnya perlu disebar, dikongsi agar semua yang hidup mazam zombie dalam Malaysia ni sedar, penafian ke atas orang asal di Kelantan adalah jenayah berat. 

Kita sudah tidak boleh lagi mengharapkan kepada barisan pemerintah, orang agama, Pencetus Ummah, Daei, Yahanana, Azizan Osman, orang orang elit - manusia asal fungsinya tercipta untuk tidak berpaut pada dagu-dagu mereka, tetapi hidup atas semangat perpaduan, atas semangat tolong menolong saling memerlukan antara satu sama lain. 

Dan begitulah yang diharapkan orang asal Kelantan saat ini, kebersamaan kita kepada mereka, kepada orang asal yang lain dan kepada seluruh mereka yang tertindas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak