Zaman sekarang kita tahu duit dah tak ada nilai.
Rumah harga sejuta tu perkara biasa. Kereta cecah seratus ribu pun perkara biasa. Sekali mengadap makan di kedai mau kena keluar duit beratus-itupun perkara biasa. Pergi beli barang runcit bawak lima puluh ringgit tu apa sangatlah yang hang dapat?
Tapi, dengan duit yang kita simpan, ada benda yang tinggi rasa nilainya kita beli.
Tahun 2000, masa aku di tingkatan tiga, aku kumpul duit sekolah seringgit yang makpak aku bagi untuk beli backpack outdoor jenama Nikko. Berbulan aku teguhkan diri dari melantak makan nasik lemak di kantin sekolah mergong demi sebuah backpack yang mampus budak sekolah aku tak pakai lagi pada zaman tu.
Cukup saja duit simpanan, Udi teman aku pergi beli. Tak silap aku hari tu ialah hari khamis. Lepas balik sekolah, kami mandi dan bersiap mana yang patut. Kami kayuh basikal dari rumah ke kedai yang jauhnya lebih kurang berbelas-belas kilometer. Masa tu kami tak tahu lagi maksud "critical mass", kalau tidak, mau panjang berjela aku tulis pengalaman critical mass aku berkayuh ke Gunung Keriang.
Kedai yang jual backpack tu dekat bawah stadium darul aman, apa ntah nama kedai tu. Masa aku pergi beli, dah tak banyak warna pilihan yang tinggal. Jadi aku pilih warna merah-warna paling garang, paling punk dan paling rage against the machine.
Lepas bayar, aku pakai terus backpack tu sambung kayuhan kami ke Pacific Loqstaq untuk merambu dan tentunya untuk bergaya sakan dengan backpack baru.
Nak habaq kat hang, beg tu harga lima puluh ringgit sahaja.
Tapi punyalah sayang, sampai sekarang aku pakai.
Aku rasa macam aku kumpul duit seribu tahun nak beli. Feel masa menyimpan duit tu gila punya thrill. Masa nak beli pulak rasa sayang pulak ke duit tu, tapi bila dah dapat barang yang kita idam-idamkan , kita rasa fuhh, berbaloi gila. Feel dia takboleh nak terang secara detail. Rasa macam Brandon Boyd tulis dalam lagu Incubus " miss you" - "is a Three-fold utopian dream."
Itu cerita belasan tahun dulu. Zaman makpak bagi duit belanja sekolah. Zaman di mana hang menghargai duit yang hang simpan.
Sekarang, kita semua dah kerja. Cukup 22 haribulan duit penuh dalam akaun yang sebelumnya ada sepuluh ringgit. Dah boleh beli macam-macam. Semua kedai makan kita dah try, semua jenis butik baju kita dah pernah beli, semua benda yang diingini dah hampir kesemua dimiliki. Siap dah boleh bawak keluar duit hantaran lagi nak meminang anak orang ,nak dijadikan pasangan hidup sampai bila-bila.
Dah kawin hang kata kena ada kereta bagus, rumah besar. Kalau tak nanti, tak cukup sempurnalah hidup hang seperti manusia normal yang lain. Semua tu pulak mana la mampu nak beli secara tunai jadi hang pun berhutang kat bank. Sama perangai macam manusia normal lain jugak.
Jadi selain berfoya foya beli itu ini selepas dapat gaji, tiap-tiap bulan hang kena bayar hutang bank, tiap-tiap hari hang bayar tambang naik elarti yang macam jahanam tu, topup kad touch & go dan merelakan diri terperosok dalam jem dan bayar cukai untuk Najib dan Sultan - hang dah tak merasa thrill menerima wang hasil penat bekerja.
Yang sebenarnya, hang rasa nak mencarut lepas duit gaji yang diterima sejam yang lalu sudah ditransfer bayar itu dan ini semua. Kan?
Eleh, aku tahu tu.
p/s catatan di tengah bulan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak