Jumaat, 21 September 2012

BACKPACK DI UNITED KINGDOM (11 hari bekpekking bersama pari-pari polka dot); episod 2


SOUTH CLAPHAM-CARDIFF CITY
Assalamualaikum.
Sebenarnya, kembara kami ni bukanlah nak pi tengok tempat tempat yang femes kat United Kingdom ni. Tujuan utamanya ialah nak observe tempat orang. Kami pi jugak tempat-tempat femes, cumanya itu bukanlah tujuan asal. Kami lebihkan lagi nak tinjau suasana/budaya/perangai mt-mat saleh kat sini.
Berhampiran south clapham stesen. Dari sini dah tak jauh dengan hotel.
Hotel South Clapham ni bersebelahan dengan Euro Hotels Clapham
Kat Victoria Coach Station. Kami dah booked ticket naik Mega Bus untuk ke Cardiff
Okie, bila sampai di Gatwick, kami amik Easy Bus untuk ke West Bromton yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. So, bila dah sampai di West Bromton kami terus amik London Tube untuk ke South Clapham untuk bermalam di sana. Kat sinilah kami jadi tak ketahuan. Gila apa London Tube ni, berselirat tak ingat. Kami dok naik pusing merata tak sampai-sampai jugak kat South Clapham. Aku dok tengok jugak local people kat sini, ada few yang sesat jugak. hahahah, pelik. Cumanya, aku tak teringat kat stesen mana ntah, ada announcement yang mengatakan ada satu laluan tube ditutup. Kena la study balik Map London Tube tu, ahamdulillah, kami sampai jugak di South Clapham. Baru pukul 7/8 lebih rasanya, tapi gelapnya macam pukui 11 malam. Sejuk pulak tu. Oh, kami backpack di United Kingdom ni time early Spring. So memang sejuk la angin dia. Hotel yang kami booking tak jauh dari stesen South Clapham. Jalan kaki ada la dalam 10 minit . Mamat yang jaga kaunter kat South Clapham Hotel ni muslim. Ramah jugak la. Kami stay semalam di South Clapham. Esok pagi, terus backpack ke Cardiff plak.

Ini pekan Cardiff City

Dari London ke Cardiff mengambil masa selama 2 jam lebih jugak la.Plan kami di sini hanyalah selama semalam saja. Kami punya backpack ni singgah satu-satu tempat untuk semalam dua ja. Sebab masa tak cukup beb. Kalau nak ikutkan nak bakpack sampai summer. Tapi al-maklumlah, kerja makan gaji tak sama dengan menjadi boss di kompani sendiri okie.
Mula-mula perjalanan nak pi Cardiff ni aku memang takmau tidoq. Tapi makin lama , makin syahdu pulak terasa. Semalam time sampai South Clapham, aku ngan pari-pari polka dot tidoq sat ja. Pukul 4 pagi dah bangkit, layan megi sambil tengok TV cerita The Reaper and Beverly Hills. Ceh, aku tak suka sangat tenok teens movie budak-budak kaya ni (Beverly Hills), tapi sepanjang aku travel, memang pukoi 4 pagi, inilah cerita kegemaran aku.
Balik cerita tidoq ataih bus tadi ni, aku ngan pari-pari polka dot terjaga bila dah nak masuk Cardif. Sepanjang travel ni bagi aku Cardiff City yang paling cantik. Tempat ni kampung ja.Kawasan perumahan depa ni tersusun, dan ada satu tempat tu, tepi highway - ada padang rumput sangat luas dan berselerak dengan kambing biri-biri. Subhanallah, memang cantik.
Cardiff tak macam tempat lain, tempat lain nampak ketara depa suka bola sepak. Tapi di Cardiff , rugby lebih merembat hati rakyatnya sebab banyak baju rugby dijuai dari juai baju team bola Cardiff City. Maybe sebab orang kat Cardiff @ Wales ni besaq badak kot, tak sesuai nak sepak bola .

Jumpa student Malaysia kat sini, namanya Mia. Pari-pari ajak mai umah makan laksa kalau balik Malaysia nanti. Kami dok tanya dia kat mana Travelodge Hotel (di Queen Street)

Di kawasan pekan Cardiff, hari Isnin pagi. Aku dok heran macam mana orang kat sini tak kalut nak pi kerja?  Kami bangkit pagi sikit punya awai nak tengok orang sini pi kerja, haram depa tak bangkit lagi.

Gambaq ala posing untuk cover album band ni kat St Carves Street kot.

Salah satu patung hero-hero Cardiff la, tak ingat dah nama tempat ni.
Di Cardiff, kami perhatikan orang ramai lagi suka berjalan  berbasikal dari berkenderaan berat. Mungkin disebabkan cuaca, boleh jadi sebab atas kesederan pencemaran alam jika banyak pengangkutan bermotor ataupun sebab musabab yang lain. Bagi aku memang cool la berjalan kaki ke sana sini. Alasan panas di Malaysia an tak selesa berjalan kaki adalah alasan mamat-mamat / minah senget yang 24 jam keja dalam aircond office.
 Yang paling best aku rasa, kawasan pekan dia banyak tempat duduk. Hahah, sambil berjalan boleh berhenti duduk, chill sambil tengok orang lalu lalang. Sebenaqnya, gambaq kat atas ni adalah tempat stop Mega Bus. Maksudnya-bila kami sampai di Cardiff, bus stop kat sini. Dari sini nak ke Travelodge Hotel adalah lebih kurang 10-15minit berjalan. Tak jauh kan? Tapi kami punya berjalan adala dekat 2 jam lebih kot dok cari hotel budget tu. Sambil sesat, sambil discover Cardiff City ni. Kami berharap dapat jumpa Safee Sali, tapi yang kami jumpa adalah Mia - Malaysian Student kat sini yang sudi memberi direction ke Travelodge.
Bila dah sampai Travelodge setelah berhempas pulas mencari Travelodge, kami lepak sambil makan soup campbell dan tiba-tiba terlelap. Kami sampai Travelodge dalam pukul 4. Kami tidoq sampai pukoi 2 pagi keesokkan hari! Ini semua salah Jetlag! Kami bangkit tidoq, solat dan layan megi bersama siri "kegemaran " Beverly Hills lagi!
Ni dia Tavelodge Cardiff. Ada dua Travelodge kat sini , satu di Queen Street, satu lagi kat mana taktau (tapi dekat dengan Cardiff Library)


Di tengah pekan kat Queen Street, banyak kedai / banyak tempat duduk , tapi  orang pi kerja sikit, tak bangkit lagi kot.Hari Isnin- disebabkan dah terjaga seawai 2 pagi dan tak boleh tidoq, kami bersiap nak turun and observe macam mana orang-orang kat Cardiff pi kerja / daily activity during weekdays. Memang pelik, depa pukul 9 pagi pun do berlenggang kankung, tak terghegeh-hegeh nak pi kerja pun.  Daily activity depa memang slow sikit. Tak sama macam di Malaysia, semuanya laju sangat. Sini sangat rilek, setiap aktiviti dijalankan dengan slow & steady. Hari ni actually last day kat Cardiff before travel ke Birmingham pulak. Kami dah request untuk late check out. Kena tambah duit sikit. Sepanjang travel ni, kami dah booked everything dari urusan hostel/hotel budget & transportation, so bila dah sampai takdak la kalut sangat & plus, save budget & masa. Why save? sebab, booking online akan lebih murah dari walk in sendiri, okie..
Merata jugak kami berjalan. Sempat beli sikit souvenir kat The Wales Center, jalan-jalan kat Cardiff Central Market  (tengok Cardiff Castle dari luaq je la. nak masuk kena bayaq yo.) Lalu dekat kedai Jamie Oliver & Cardiff Library Center.Aa, satu lagi pi Tesco, hahaha, tapi Tesco ni macam kedai runcit la Banyak tesco macam ni kat United Kingdom ni. beli sekotak susu 50 penny and sarung tangan pun 50 penny :)


Di Cardiff Central Market
Abang Jamie takdak, dia tak bangkit tidoq lagi
Walaupun sejuk, otak orang Cardiff tak beku sebab depa galak masuk dalam tempat ni

Sesi Mengkopak duit untuk episod pertama, Thank you so much  The Wales Center!
Inilah Castle Cardiff. besaq gila, kami tak masuk beb jangan tanya pasaipa. Tapi kalau nak jawab jugak, pasai backpackers duit cukup-cukup ja hahahah.




Jadi, sebelum pukul 2 , kami balik hotel untuk berkemas + jama'. Tepat pukul 2, kami check out and tunggu Mega Bus untuk ke Birmingham pulak. Oooo yeah! Oh, terlupa pulak nak cerita, masa dok tunggu Mega Bus ke Birmingham, ada sorang mamat arab tanya aku, "are you Malaysian?" aku jawab, "yeah man",sambil terenyih. Dia balas dengan renyih jugak and terangguk-angguk. 
Opps, bus dah sampai. Nanti aku cerita lain ya geng!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak