Ahad, 23 September 2012

BACKPACK DI UNITED KINGDOM (11 hari bekpekking bersama pari-pari polka dot); episod 3


Dari Cardiff Ke Birmingham
Pandangan dari bilik Birmingham Travelodge
Geng, satu yang pasti - bila tiba di tempat asing yang sejuk + gelap - perasaan itu memang tak cool langsung.! Dan itulah yang terjadi kepada aku dan pari-pari polka dot. Tiba di Birm,pada pukul lebih kurang 7 petang lebih. Macam biasa, dah macam pukul 11 malam. Orang-orang kat sini semuanya jalan cepat-cepat nak balik rumah. Kami pula macam orang ketakutan diburu dingin malam yang tersangatlah alien!
Malam di Birm sangat sejuk. Polis kat sini yang bagi direction kat kami pun cakap terketaq-ketaq. Dengan loghatnya yang tersangatlah "Birm" ditambah kesejukan, sepatah haram kami tak paham. Nasib baik ada seorang Negro Muslim yang menolong tunjukkan Travelodge Hotel kat Bull Ring. Lagi sekali, tekaan dia  tepat, Yup Mr, we're Malaysian. Aku tanya dia , " We look obviousl like a Malaysian, right"? Dia gelak dan kata, "i can tell" dengan macho sekali. Aku senyum, sebab dah sampai hotel.

Orait, Birm menjadi tempat kami discover untuk sehari semalam sahaja. Malam di Birm syahdu ditambah teman yang bernama Soup Campbell & Megi Tom Yam, tak lupa juga selimut yang tak jemu-jemu memeluk malam kami. Tema malam tu ialah, Sleep Tight, (pinjam motto Travelodge Hotel).
FYI, kami pilih Travelodge Hotel ni sebab dia banyak cawangan di serata UK. Dekat Edinburgh pun ada tak silap aku. Kalau booking online, timing cantik mesti dapat murah. Bab booking memang pari-pari polka dot pandai. Dia yang manage semua hotel budget kami. Salut pari-pari polka dot!

Esok pagi, macam biasa, kami bangun pagi (dalam 4 pagi, untuk solat Subuh), tunggu agak-agak dalam pukul 8 pagi, kami turun bawah untuk mengenali pekan Bull Ring dengan lebih intim.
Birmingham is totally different with Cardiff. Dia ni bandar perindustrian lah. And one more thing, the largest muslims people in UK is in Birmingham! Waa, cool kan?
 Bila kami pandang bawah (dari tingkap hotel), banyak gila muslimah yang berhijab, serious! Walaupun baru 4 hari , pari-pari polka dot ngan aku memang lapaq nasi. So, pagi-pagi lagi kami dah riki line, ada satu kedai afghanistan kat sini yang provide makanan arab. Depa bukak dalam pukoi9 pagi. Sementara menunggu, kami pi jalan-jalan dekat pasar pagi Bull Ring. Macam-macam depa juai, dari kain sampai lah susu. Aku observe, barang-barng di UK secara ammnya, memang murah. So kalau  kita kerja biasa-biasa pun, kita boleh afford untuk beli rumah, kereta, groceries, baju dll. This is one thing that i cant stop thinking, why Malaysia can't apply the same way? We have been merdeka for 55 years, yet i dont see the total of " kesejahteraan". This is something that can open our eyes! Berjalan kat sinibuat aku pikiaq macam-macam dari segi komuniti muslims (yang aku believe memang lebih rapat, rata-rata yang berjumpa akan memberi salam), ekonomi, people behaviour and etc etc. Setiap satunya yang aku capture, aku tulis dalam buku nota yang aku bawak.

Okie, forget bout that issue. Jom patah balik kat kedai afghanistan tu. Kami kiranya First customer depa pagi tu. Mamat Afghan ni dok gelak kat aku sebab ada jambang macam depa. Dia kata tak ramai orang malaysia berjambang. Maybe sebab tu, makanan kami pagi tu spesial sikit, according tu dia la. Kami order fries, nasi beriyani + ayaq. All served with big portion! Oh Yeah! Kami sembang jugak ngan mat afghanistan ni. Mat ni memang merapu sikit, hahahah,cool.
Then, kami sambung jalan-jalan di sekitar Bull Ring. Sebelum balik, kami singgah di Birmingham Art Museum. Kawasan ni bukan Bull ring dah, tapi apa namanya aku dah lupa. Dekat Museu tu ada pameran 1o lukisan-lukisan terbaik Leornado Da Vinci. Rare! Sempatlah kami teliti lukisan-lukisan dia yang rare tu.

Ni pasar pagi Birmingham. Susu segaq dalam kotak tinggi HL juai 1pound. tak hairan la  clockwork orange dok ketagih  minum susu ja dari minum wine.

Lembu jantan 
Bull Ring Mall, aku baru-baru ni tengok Paradigm Mall pun design macam ni, style jugak. Pelik macam UFO
Sebagai seorang skater pencen, wording macam ni memng offensive!
Kawasan pekan Birmingham, ramai orang kat sini sebenaqnya. maksud aku, compare dengan Cardiff, kawasan Birmingham lebih padat, cumanya persamaannya, orang pi kerja tak kalut. Jalan tak jam. Kita nampak daily activity bergerak, cumanya tak kalut + jem. Semuanya rilek-rilek aja!
Haa, sinilah Birmingham Art Museum. Banyak hasil-hasil seni dari painting/sculpture  yang terhasil dari zaman-zaman dulu sampai sekarang. banyak orang-orag tua kat sini. Depa dok melangut panjang tengok painting-painting kat sini. Aku rasa kan depa dok mengkaji kot. Di UK, secara khususnya, arts dirayakan di merata-rata. Dari graffiti di bangunan, lukisan-lukisan mural, memang ianya satu perayaan bagi setiap mata yang memandang.

Lukisan ni dilukiskan oleh seorang pelukis europe (kot) yang bermusafir dekat Mesir. Dia  lukis  pemandangan ni base emerhatian dia di sana. Muslim tengah solat. Peukis ni, kemudian balik negara dia & habiskan lukisan ni. Memang salut! Salut sebab, inilah realiti muslim yang berpegang teguh dengan agama Allah. Ia dizahirkan dalam bentuk lukisan, the fact is, kat mana-mana pun - solat tetap solat!
Santapan untuk manusia-manusia yang hilang arah di bumi asing
Inilah Mega Bus yang paling hampeh. Sebab, satu tak double decker, satu lagi aku kena dok beakang sekali, dok sebelah mamat india kot yang tak abih-abih bersembang dalam phone dari Birm ke manchesther, satu lagi belakang aku jamban pecah. Bauan jamban pecah membuatkan otak aku berkabut,"oh, jamban di negeri orang tidak seindah jamban di rumahku"
 Geng, tambah 2 jam nak pi manchesther dari birmingham. Next time aku update entry lagi. Kalau ditanya, best dak Birmingham, aku lebih suka jawab, awat tak best pulak. Walaupun kami stay sehari semalam ja, tempat baru membuatkan aku ngan pari-pari polka dot berpikaq lebih banyak lagi tentang tempat asing yang kami teroka. kami tak pi tempat-tempat femes, kami mai nak obsevrve the culture/people & mengagungkan ciptaan Allah SWT.
Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak