Jika dalam masa seminit Allah mencabut walau hanya salah satu nikmat yang diberi kepada hambaNya,
nikmat iman
nikmat ketaqwaan
nikmat perasaan kasih sayang
nikmat berkeluarga
nikmat beribu bapa
nikmat adik beradik
nikmat beristeri
nikmat anak-anak
nikmat kesihatan
nikmat bersahabat
nikmat kesabaran
nikmat rezeki
nikmat dunia
Nescaya seseorang yang bergelar hamba itu tempang umpama seekor kuda yang galak berlari lalu tersadung kaki pada akar pokok. Lalu dia jatuh, tersasar jauh dari destinasi yang dia carikan.
Ya Allah, sebagai hamba yang hina-yang sentiasa berhajat padaMu, kami mohon jangan engkau rentapkan nikmat iman dan ketaqwaan dari kami. Kerana jika tercabutnya nikmat itu, maka kami akan sesak, kami akan fakir, dan kami akan hilang arah dalam menghadapi dugaanMu, kehilangan nikmat-nikmat dunia yang lain, yang kenyataannya adalh satu pinjaman sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak