Khamis, 4 Oktober 2012

BACKPACK DI UNITED KINGDOM (11 hari bekpekking bersama pari-pari polka dot); episod 4


oh manchesther, megi tomyam kami sudah running out stock!


Manchester Yo..
Entry episod ini didedikasian khas kepada abg najib dan abg wan saf yag dok hari-hari tanya bila episod 4. Dah macam taksub tengok cerita sinetron popular pulak, hari-hari dok tanya bila nak ada.

Okie geng, ingat lagi macam mana perasaan bila sesat di territori asing dalam keadaan kelam lagi sejuk?
Ya, perasaannya tidak lain tidak bukan adalah sangat tidak kool.
Kami tiba di pekan manchesther pada lewat petang, dalam pukoi 7 lebih jugak setelah 2 jam ++ journey dari Birmingham. Selalunya MegaBus akan stop di kawasan tengah-tengah pekan, yakni tepi jalan. Tapi di Manchesther, dia stop dekat stesen bus ala-ala Shahab Perdana (kat aloqstaq). Nama stesen ni Shudenhill.

MegaBus yang kami naik dari Birmingham ni sangatlah tidak best berbanding tempat lain yang kami dah travel. Sebabnya, free seat & aku terpaksa duduk di belakang sekali, bersebelahan seorang mamat India yang surat beranaknya menyatakan dia adalah warga England yang tak abih-abih bersembang selama 2 jam. Apa yang dia sembang aku pun taktau, maybe sebab belakang seat aku ada toilet yang dah di ambush dengan teruk sekali. Bau-bauan atom-atom menusuk rongga hidung. Disamaping itu, ada lah adik beradik berbangsa Wales kot yang dok melawak ala WWF tepi aku. Au sebagai warga asing mampu buat-buat pejam mata sambi mereling depa punya perangai. pari-pari polka dot terselamat sikit sebab dia dok seat kat depan sekali.

Bila sampai, aku ngan pari-pari polka dot berjalan mencari hotel yang dah dibook sehari sebelum fly dari KL dalam keadaan yang seram. Kawasan pekan Manchester pada malam hari bolehlah dikategorikan semacam dengan pekan Gotham City. Betoi, ini kenyataannya!
Depan sikit dari stesen Shudenhill, baru nampak ada satu hotel. Tapi namanya agak lain dari hotel yang aku dah book hari tu. Lagipun, aku tak sangka sebab hotel ni nampak agak mewah, sedangkan aku book budget hotel ja. Pari-pari polka dot masuk kedalam sebab nak check. aku dok kat luaq dalam kesejukan sambil tengok Manchesther Folks yang berjalan cepat-cepat nak balik rumah. Tudia la, suruh dok Malaysia takmau. Kalau dak time-time camni mesti lepak kat Pelita.

Tengok-tengok memang sah hotel ni. nama hotel ni Sachas Hotel. Dalam dia bercirikan English. aku rasa bangunan dah bertahun dulu. Bilik dia macam bilik orang-orang English dulu. Malam tu kami bersembang-sembang dan mengekpresikan emosi bila bakpack tengah-tengah lewat petang buta!

Di Manchester  plan awalnya nak duduk semalam ja kat hotel sebab nak tumpang rumah kazen kat Hallworth, tapi disebabkan ada hal sikit, kami stay dekat hotel dalam 4 malam jugak. Hari kelima, kami dijemput abg Fairuz (kazen)  untuk ke rumahnya. Jumpa la wifenya Kak Thirah and Superstar Manchester iaitu, Batrisya. Umurnya baru 3 tahun, tapi nyanyiannya (lagu twinkle2 little star memang Hot!).

Petang sebelum Athletico Madrid VS Man U. Belakang tu semuanya mai dari Spain. Depa dok tunggu trem nak pi Old Trafford. geng2 ni dok nyanyi, melompat tak ketahuan sementara nak tunggu game berlangsung. Memang happening tak ingat. Riuh pasai geng depa ja. Aku tak nampak pun geng Man U melainkan ada soraang mamat ni yang dok mencarut sorang-sorang. hahahah. Bangang pun ada gak, lagi panaih sebab Man U kalah malam tu.
Ini jalan on the way nak pi Old trafford stadium. Aku pi sini dengan hati yang empti. hehehe . Pi dengan satu tujuan - beli merchandise kat Bru Lee (tokey kedai gambaq kat ampang park). Jalan tak jem kan, seronok oi kalau pi kerja lagu ni.
Nama-nama hero Man U dari zaman klasik. Aku pun tak paham, samada tanda hormat ataupun tanda meluat sebab dia cetak atas jalan. So bagi haters, aku rasa ni tempat yang sesuai untuk melempiasan rasa amarah hahahahah.
Geng Manchester Folks tengah shoting. Aku & pari-pari polka dot dijemput untuk enterfraame sekali, betui aku tak bohong! ada la krew dia mai approach kami. Aku rasa depa tengah shooting untuk advertisement yang ala-ala "Sayangi Manchester". Tajuk nya, "we are Manchester  tak silap aku. Ada sorang atuk mat saleh mai sembang dengan kami,, dia tanya, geng-geng tu dok buat apa pasai depa dok menari sakan. aku kata depa ni tengah shooting. Lalu atuk tu pun kata dia pun boleh menari, dia pun buat tarian free show depan kami. Kami renggah gelak la! nasib baik tak rekod video, kalau tak atuk tu akan jadi hot dalam youtube.
Gambaq kami depan Queen Victoria. Kepala dia tak nampak. Ada mamat mat saleh ni offer nak amikkan gambaq kami.  Kredit untuk dia (harap-harap dia penyokong tegar Man City)
Depan Piccadilly Gardens. Belakang yang ada khemag tu sebenaqnya pasar pagi AKA pasar tani versi Manchester la. ada juai macam-macam, yang kami beli buah ja. itupun pari-pari polka dot yang ngap.
Tempat parking. Aku pun taktau pasaipa aku amik gambaq ni, maybe sebab tak ramai yang parking kot. Parking bayaq murah sekitar 2 pound for the whole day. Lagipun who want to drive car if the Public Transportation is heavenly convenience! (ayat bias)
Before sampai umah kazen aku abg fairuz, kami lepak +solat kat Trafford Mall. Aku rasa tempat ni boleh kalah dengan Mid Valley / KLCC takpun City Point Aloq Staq biasa la tempat shoppping, tak berapa best sangat.
Ini lah primadona Manchester  namanya Batrisya, dia suka menyanyi dan tak suka tidoq. Kepakarannya selain menyanyi ialah bersembang tak sudah-sudah.
With abang fairuz &  wifey, kak thirah


Ni dia Hotelnya, memang didirikan tengah - tengah pekan Manchester  Depan sikit ada Primark  (gedung clothing yng bapak murah bagi orang sana), ada Tram (tren yang jalan atas jalan, boleh pi Old Trafford) ada macam-macam lagilah.

Ni kiranya kedai pertama kami makan kat Manchester (kedai arab). Otai-otai ja masak (maksudnya pakcik-pakci tua la). satu yang pelik kat UK, kedaai depa operaes lambat. pukoi 11 baru bukak, perut  mana yang tidak menjerit? toksah kata kedai makan, segala kedai bukak lambat, tapi tutup awai, pukoi5 dah tutup. Kedai ni nama Al-Faisal. di Manchester kedai halal/arab memang bersepah. Kami pi setiap kedaai yaang ada. Lamb Burger memang terbaik. Di sini, angpa jangan dok buat loqlaq time order makan. Sebab lepaih order angpa kena ambik sendiri makanan tadi &  kena buang sisa2 makan daalm tong yag disediakan. Lagi sekali aku terpikiaq, awat kat Malaysia tak diaplikasikan benda yang sama? 
Senyuman seorang yang pertama pada hari itu sampai di Etihad. Yup geng, kami memang orang pertama yang sampai sini. Pekerja kat sini pun tak sampai lagi. In Fact, bila pekerja kat Kedai Merchandise City bukak, dia nampak muka kami buat pertama kali dalam hidupnya. hahaha. nampak macam tipu sebab kat dalam gambaq ada banyak keta kat parking lot. Tapi kami antara yang terawal lah.  Kami ke sini naik bus, tambangnya 2pound tak silap. Dekat ja dari pekan Manchesther.  Etihad memang cantik, sophistikated dan champion! Inilah kelab buat masyarakat Manchester. 
We are the CITIZENS!

Gambaq ni aku tak berkenan sikit. bukan sebab pari-pari polka dot tapi sebab Man U, caish! time aku pi ni, depa baru abih kalah ngan Athletico Madrid first round dalam EUropa League. Hahahaha. Banyak gila matmat siam kat dalam shop ni,nampak gaya depa mai dengan rombongan. aku ada sembang ngan pakcik dari singapore. dia dok cerita dia fan Man U. Dia mai ngan bini dia and depa impress dengan backpack kami. Dia kata kami muda lagi boleh lah...

Kalau di observe betui2, di Manchesther, art diraikan. Di sini ada musik yang bergelumang sakan menari-nari di atmosfera, seni lukis, graffiti di simbah di merata rata bangunan, dan sculpture didirkan bersama masyarakat. Aku suka benda-benda ni secara semula jadi kerana Islam ada tempat untuk seni. Cuba angpa tengok kat belakang aku dan kiri aku tu. Nak kata macam scorpene pun ada gak kan, hahahaha. Art exist untuk diamati dan diraikan.



ini disekitar pekan Manchester  Belakang bangunan ni ada masjid Manchester  Sini tempat dakwa, pusat pemikiran, segala yang berkaitan dengan Islam. Mulsims di sini menyewa bangunan tu untuk kegiatan Islam. Tak silap aku dia dekat Tibb Street.

Yang ni kat salah satu kedai rekod di picadilly Manchester  ada macam-macam bentuk musik yang dirayakan di sini. rekod-rekod old skool/new skool, semua ada. Satu yang pasti The Smith adalah raja di Manchester  aku and pari-pari polka dot mengutip free stuff kat sini such as zines, flyers gigs. benda murah patut diambil kan? benda yang kena beli patut diteliti. kikikiki




Haa, inilah masjid di Manchester  Alhamdulillah, aku sempat solat Jumaat di sini. Sepatutnya, pada hari jumaat tu kami travel ke Leeds, cuma aku dropkan plan tu sebab takut-takut di Leeds aku tak jumpak masjid. Lagipun, aku and pari-pari polka dot tak boleh jama' di sini sebab kami dah lepak sini lebih dari 5 hari. Solat jumaat di UK memang antara acara yang aku harap sangat. Solat Jumaat di sini ada 2 sesi, ianya untuk memudahkan muslims muslims di sini. Ini kerana depa buak macam Malaysia dapat off 2jam untuk pi solat, jadi sapa yang dari 12-1pm akan solat untuk first session, 1-2pm akan solat untuk 2nd session. 
Aku suka berkumpul dengan musims-muslims yang berbangsa lain. Kalau angpa dok baca entry-entry backpack aku kat UK ni, aku kerapa jugak cerita pasai muslims. Di UK secara amnya, aku nampak, ukhwah di antara muslims tu lagi hebat dari Malaysia. Sebabnya, setiap kali berjumpa depa akan bagi salam. Cool kan? Ni bagi salam kat orang tak kenai beb. Kat Malaysia jarang-jarang. Khutbah jumaat ni memang best, antara isi khutbah ialah hubungan hamba dengan Allah. Khatib tak baca text okie, dia berkhutbah secara langsung. 
Selepas solat, AJK masjid umumkan ada seorang remaja kulit hitam yang baru peluk Islam seminggu lepas. Dia ajak jemaah lain untuk bersalam dengan saudara baru ni.  Aku ambik kesempatan untuk ucap tahniah dan kami berpelukan. Brader muallaf ni muda lagi, pakai sweater The Ramones lagi. Rocking habis!
 Jemaah lain pun buat benda yang sama. Aku nampak macam-macam bangsa ada dalam masjid. Korea pun ada, dengan janggut panjang, berjubah putih. Aku bahagia di sini. Ya bahagia sebagai seorang musilim yang bertemu saudaranya yang lain. Aku percaya ini adalah rahmat Allah buat aku yang berkesempatan ni.


Di Manchester  aku boleh kelaskannya sebagai bandar yang tak berapa bandar sangatlah, Suburban lebih tepat. According to abg fairuz, sapa yang duduk sebelah north adalah orang yang tak kaya. senang cerita lagi north, lagi miskin. lagi south, lagi kaya. Alex Ferguson duduk belah south la, katanya,

Aku tak penah tidoq lewat sebelum ni, tapi bila sampai di rumah abg fairuz, aku tidoq lambat, 2 pagi kot. Aku bersembang banyak ngan abg fairuz. Dia ni kazen aku yang paling rapat dengan aku. Dulu waktu aku kecik2, kami kerap main bola sama-sama, main game bola sekali sampai tengah malam, main bola tepuk la. Sekolah rendah pun di tempat sekolah yang sama. Kami punya favorite pun memang bola. Cumanya dia Man U. Hahahaha. Further study di UK memang dia punya impian, aku pun tumpang hepi bila tau dia dapat sambung mengaji sini.
Aku bersembang tentang banyak topik, antaranya hal-hal orang melayu, muslims/agama, bola, politik. Aku kata padanya, sepangjang backpacking aku, aku tengok orang melayu kat sini sama sahaja seperti di Malaysia, sombong. Memang tak semua, tapi yang mana jumpa kebanyakkan masih berperangai melayu. Abg Fairuz membenarkan pendapat aku.  Dia sendiri tak berkawan rapat sangat dengan budak2 melayu. Dia tinggal pun di kejiranan muslim yang kebanyakkannya arab/pakistan. 

Tapi satu kata abg fairuz, " mesti ada sebab kenapa Malaysian yang ada di sini, tak mahu balik Malaysia. 
Aku dah nampak banyak sebabnya kenapa.

Jumpa lagi di entry episod finale backpack kami. Assalamualaikum :)






























































































2 ulasan:

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak