29 september 2012,bersamaan13 zulkaedah 1433 hijrah,pukul 140 pagi, gua diberi peluang oleh Allah untuk menggalas tanggungjawab yang besar. Hidup gua sudah bertukar dan akan terus berkembang secara total tatkala ada figura kecil yang terbit dari rahim ibunya. Figura kecil ini gua azankan dengan kalimah-kalimah kebesaran Allah yang Maha Pencipta. Gua tahnikkan figura kecil ini, dan dia beriya-iya menghisap jari telunjuk gua yang berselaput kurma.
Gua dan isteri gembira direzeki oleh Allah. Setelah cukup 38 minggu, kini title 'parent' tercetak di dalam dada kami. Gua masih bingung bila nurse memanggil gua dan dia berkata " cik, ni bayi cik".
Oh, suara teriakan itu baby gua. Dulu, gua sering memanggil dan bersembang dengannya semasa dia berada di dalam perut ibunya. Pagi itu, di waktu sepertiga malam, ketika manusia beriman sUjud bertahajjud kepada Ilahi, gua pula menerima hadiah dariNya.
Di sana ada kota Al-Quds yang dirindui seluruh muslim. Di sana kota yang sentiasa menunggu berbillion muslim untuk datang berjemaah di Al-Aqsa, membebaskannya dari kezaliman Zionis (semoga hancurnya mereka dilaknat Allah Kelak). Gua memasang niat untuk sama membebaskan Al-Quds. Ya, mungkin apa yang gua lakukan sekarang hanya multi kecil, tetapi itulah tanggungjawab gua terhadap saudara gua di sana, moga Allah memberkati.
Di sini pula ada figura kecil yang namanya Quds. Yang akan gua pangku, gua belai dan besarkan dia menjadi muslim yang baik. Agar menjadi hamba Allah yang taat, umat Nabi Muhammad SAW yang hebat, anak yang soleh dan muslim yang sejati.
Jika gua tak berkesempatan ke sana, gua berdoa Quds akan berjemaah di sana. Membebaskan kota yang penuh dengan barakah. Syahid di jalan Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak