Semoga tulisan ini menjadi satu pandangan yang boleh diambil kira oleh masyarakat. Kira-kiranya boleh dibincang dengan ilmiah. Agar ia tidak menjadi sia-sia, mahupun menjadi satu polemik yang membuat ada antara kita berpecah belah. Mohon jangan dianggap tulisan ini satu penghinaan atau penderhakaan bagi mana mana individu yang dikenali sebagai pemerintah (sultan, raja, perdana menteri hatta seorang suami ).
Sesiapa pun yag memegang title pemerintah sebenarnya menggalas suatu amanah yang tersangatlah besar. Ini dapat di lihat dari tanggungjawab ataupun bebanan yang dia pikul untuk memberi servis yang terbaik buat rakyat. Dan tidak semestinya apa yang di minta rakyat, dan seringkali itulah disuap pemerintah. Pemerintah yang baik sebenarnya adalah pemerintah yang berjaya memberi outome yang adil untuk rakyatnya.
Dari aku kecil, aku pernah berfikiran derhaka dengan bertanya diri sendiri, apa yang Sultan buat? Apa yang YB aku buat? Aku tak pernah nampak, jauh sekali merasa mereka-mereka ini dekat dengan aku. Seringkali bila aku terbaca bahan-bahan bacaan tertentu yang berkaitan pemerintah yang baik, aku selalu channelkan balik situasi yang telah aku baca dengan keadaan realiti sekarang.
Dahulu, orang kerap bercerita yang mereka sayangkan pemerintah mereka kerana pemerintah bersama-sama mereka turun ke medan perang. Malah mereka ini (pemerintah) berada di saf hadapan sekali. Mereka juga (pemerintah) tempat rujukan untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang rumit. Ini fakta yang jelas. Kerana apa, kasih dan sayangnya rakyat pada pemerintah.
Realiti sekarang, aku rasa di mana mana sahaja pun terjadi. Tiket menjadi pemerintah adalah tiket memegang kuasa dan membolot kekayaan untuk entah berapa lamanya. Semakin lama, semakin kaya. Tak hairan bila orang berkata, " jika engkau menjadi sang pembesar suatu hari nanti, hidup engkau akan senang".
Lagi menyakitkan hati aku bila aku terdengar orang berkata " biaq pi la, dia kan CEO/Raja etc, memang la padan dengan gaji dia"
Aku tak dapat terima. Menggalas beban bukannya sesuatu yang menyeronokkan. Tambah lagi ini adalah amanah Allah SWT. Umar Abdul Aziz selalu menangis kerana takutkan dia rip off amanah yang Allah beri.
Kerana taatnya Umar Abdul Aziz pada Allah, dia menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali walaupun pemerintahannya hanyalah 2 tahun setengah.
Humurzan, seorang raja parsi yang telah tewas di tangan Umar Al Khattab (dengan bantuan Allah) begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya bila pertama kali bertemu Umar. Sangkanya Umar memiliki istana yang hebat, pakaian yang dahsyat. Tapi apa yang dilihatnya adalah seorang Umar yang zuhud peribadinya. Tertidur pula di sebatang tiang dalam masjid.
Apa yang kita nampak adalah begitu kontra. Raja/Sultan/pemerintah yang lain miliki mahligai yang dahsyat.
Apa yang rakyat dapat? kemiskinan menjadi topik yang tak sudah-sudah. Dan setiap kali menjelang pilihanraya, rakyat disuap seketika, kemudian dirompak semula.
Rumah harganya berjuta-juta, rakyat biasa mampu menyewa malah ada yang menduduki di rumah yang tak serupa rumah. Harga barang naik, walaupun 20 sen impaknya sangat besar. Rakyat terduduk lagi. Tapi mereka (pemerintah) tak pernah peduli, paling lucu isu harga barang naik menjadi satu nasihat untuk menjagakesihatan.
Aku secara jujur tiada masalah jika di Malaysia dikekalkan kesultanannya. Selagi mana, mereka di atas singgahsana memberi manfaat / mengambil peduli mereka yang di bawah. Ataupun kerajaan yang telus menjalankan tanggungjawab mereka kerana taatnya pada Allah. Kesempurnaan itu sukar diisi. Tetapi menuju kesempurnaan itulah yang di cari.
Aku tak nampak rasionalnya seseorang itu dihina dengan panggilan derhaka hanya kerana memberi teguran pada pemerintah. Pada aku,yang berkuasa merasa tergugat. Hati kecil mereka sendiri membisik merekalah regim. Tidak suka pada teguran yang dianggap ancaman kepada terhapusnya kuasa mereka. Sama jugaklah dengan yang pro kepada regim. Tidak boleh menerima dengan terbuka walaupun yang terhidang itu kenyataan.
Jangan berang jika mereka di bawah bangkit bersuara, kerana kami taat pada pemerintah/pemimpin yang adil,tetapi kami bantah pemerintah/pemimpin yang zalim!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak