Sabtu, 1 Disember 2012

Jika gua berkesempatan dan ada rezeki, gua teringin untuk bermusafir lagi di negara Eropah. Dan jika boleh, gua teringin untuk menetap di sana buat beberapa tahun. Gua pasti hidup perlukan perubahan dan jika kita menolak diri kita untuk ke satu stage tertentu, ianya akan membuka satu pengalaman baru. Pandangan kita akan lebih terbuka, imu kehidupan terbentang luas. Ilmu Allah itu luas. Gua sukakan pemandangan baru. Rasa takjub dengan penciptaan Allah adalah salah satu sebab gua mahu travelling.

Banyak benda yang gua fikirkan sekarang.
Baru-baru ni selepas gua mengikuti protest terhadap kekejaman Israel di US Embassy,gua ke mesin ATM Citibank. Gua lilitkan selendang Palestine di leher gua. Di sebelah gua ada mamat korporat (dari cara pakainannya), dengan sut kotnya, dia usha gua atas bawah atas bawah. Selepas dia withdrawl, dia kata kat gua " bro, ini bank Yahudi ni" sambil gelak. Gua jawab, "aa, ni nak withdrawl bagi habis ni".
Dia gelak lagi. Dalam hati , gua amat terkesan dengan katanya tadi. Bukan sebab gua anggap katanya itu sinis, tapi ya memang gua kerja dengan salah satu bank kapitalis di dunia. Bank yang terbesar di Amerika. Gua benci kekejaman consumerim tetapi gua bekerja dengan agen kapitalisnya.
Gua tak pasti samada bank yang gua kerja ni ada contribute fund untuk Zionis Israel. Memang secara tak langsung gua adalah contributor untuk kapitalist dunia ni. Setelah gua beralih ke pihak management, gua memang nampka bagaiman capitalist dunia ni operates. Pilu beb, bila gua baca ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang riba. Ancaman azab Allah pada  yang melakukan riba ni besar ! Jika gua boleh pilih, gua memang nak keluar dari sini. Tapi macam gua cakap, banyak benda yang gua fikir. Mungkin pasal fikiran ni, gua lupa yang rezeki adalah hak Allah. bukan hak gua, lu ataupun yang lain-lain. Ada usaha, suburkanlah tawakkal selepas itu.

Backpacking atau bermusafir  berhenti dari bekerja dengan capitalist, isteri gua dapat membesarkan Quds tanpa bekerja, memperoleh pendapatan yang lebih baik, dapat menyambung pengajian adalah acara-acara yang gua tengah fikirkan sekarang. Semoga Allah memberikan kebaikkan terhadap gua sepertimana yang diberikanNya pada orang-orang yang beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak