Sabtu, 1 Disember 2012

Kembara Zombie John Mencari Cinta

Zombie yang bernama John sedang memandu kereta kenarinya menelusuri lebuhraya yang tiada penghujungnya. Dia memandu tanpa arah, hanya berhenti seketika di beberapa RNR untuk tidur selama 10 minit, kemudian beli cool blog dan sambung memandu semula.
Memang boring. Seorang zombie sepatutnya mencari otak manusia, bukannya memandu di sepanjang highway tanpa tujuan. Menghabiskan duit bayar tol je! Duit dah tinggal sekerat, mata lebam sebab tak cukup tidur dan paling syahdu, radio kereta tak berbunyi. Maka zombie John bersiul-siul keseorangan menghibur diri berteman sejuk ekon kereta dalam roadtrip yang lelah ini,

Biarkan, kerana zombie John punya cerita sendiri kenapa dia memandu sorang-sorang. Ceritanya, zombie John terkena panahan cinta seorang gadis di daerah Melekek. Zombie John jumpa profil gadis itu di majalah Mangga keluaran May 2012. Sejak dari itu, stok otak - otak manusia yang dimilikinya di jual di E-Bay. Ramailah zombie-zombie yang pemalas nak cari otak manusia membeli dari zombie John dengan harga yang berpatutan. Zombie sekarang dah malas, asyik baca blog ja dan upload gambaq berfoya-foya di instagram. nak cari otak malas! Memang betul la, teknologi ni membunuh! Okie, balik semula kisah zombie John.
 Bila duit sudah terkumpul, zombie John memulakan kembaranya untuk mencari gadis itu.
Sayang seribu kali sayang, zombie John buta google map! Ilmu geografinya hancus. Daerah Melekek di cari dengan sesusah payahnya. Tak jumpa-jumpa. Bila zombie John berhenti untuk bertanya dengan manusia, mereka semua lari lintang pukang. Jadinya, yang dicari semakin sukar. Muka zombie John sudah berminyak, badan sengal-sengal, asyik rasa nak terkencing ja sebab banyak minum cool blog. Hati zombienya berkecamuk.

Tiba-tiba radio kereta yang rosak berbunyi dan terpasang sebuah lagu yang uptodate. Lagu kumpulan Sleeq feat Najwa Latiff bertajuk "Untuk Dia" berkumandang. Zombie John keriangan, dia turut bersama menyanyi lagu tu. Dan secara tidak langsung, semacam magis, ada papan tanda "Welcome To Melekek" di simpang hadapan. Zombie John menjerit keriangan. Jodohnya dengan gadis Melekek hampir pasti. Dia keluar dari kereta, dan menjerit " GADIS MELEKEK, I LOVE YOUUUUUU"

Diberitakan daerah Melekek sunyi dengan penghuninya berhijrah beramai-ramai ke Kuala Lumpur kerana takut terdengar suara hantu yang terjerit-jerit kata cinta setiap hari. Kanak-kanak menangis , ibu bapa ketakutan memeluk anank-anak mereka, dan gadis-gadis lari menyelamatkan dara masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak