logikkah bila manusia itu berjanji itu dan ini untuk mengambil hati?
atau dia saja mengambil hati tanpa memulangkannya balik bila sudah menabur janji?
dan aku pula memandang manusia ini sebagai penyelamat umat dan aku dapat merasakan dia akan berdiri di barisan hadapan sekali untuk melindungi kami bila si polan jahanam itu melancarkan roket.
dari hari satu sampai rabu, 4 november, aku masih menunggu. tapi saat-saat yang berdetik ini mulai basi.aku sendiri merasakan semuanya palsu.
aku kini lebih mendengar kepada seseorang yang lebih mengingatkan tentang sesuatu yang telah ditetapkan.
dan rasanya kini dan detik yang sebenar-benar ini, engkau (seperti yang aku harapkan-berdiri di barisan hadapan sekali) akan melindungi.
malang sekali, engkau memang di barisan hadapan tapi engkaulah si jahanam yang melancarkan roket ke barisan kami!
Hati itu mudah tertarik,mana permata disitulah ia.. Sesuatu yang "ditetapkan" adalah sesuatu yang ada kesudahan dan jalan cerita... maka kalau itulah "ketetapan" yang dimaksudkan maka dialah watak utama dan ko watak sampingan yang tidak bernilai kerana ko sendiri mengatakan ianya tetap.. Engkau hanya melihat dan tunggu dijahanamkan kerna itulah "ketetapan" yang ko sendiri tak mahu bubarkan
BalasPadam