Jumaat, 1 Januari 2010

beberapa langkah yang melangkah tapi tak berubah

urat saraf tegang. badan semakin letih. kaki lemah melangkah menuju stesen LRT. gerabak sesak. jasad-jasad berfesyen 100 darjah celcius menuju ke KLCC untuk berpesta. neon-neon menyiram keseronokan ke dalam jasad-jasad tandus.

urat saraf kendur seketika. buat sedetik dua, rambut basah dan mata kutu menonton pesta siaran langsung dipancar dalam kotak teevee. pengacara terpekik-pekik teruja.
"it's crazy here. look at thes people. we're having a very good time. and it is time to say goodbye to __ and say hi to __!!""

atmosfera bergaris merah jambu kelabu memayungi pancaindera.
bising. hiruk pikuk. tak tentu arah. menyampah!

pekat langit berwarna warni. bunga api berpercikan diselangi teriak jasad-jasad tandus. cantik la percikan bunga api tahun ni. cantik dari tahun lepas. lenguh leher dongak ke atas. sambung teriak teriak yang berpanjangan. berpelukan dan melompat.

hari ini haru baru dalam kalendar, tidak boleh dinafikan. tarikh baru. namun segalanya masih vintej. masam dan kelam. dari minda ke hati. hati ke perut. perut ke saraf tapak kaki. semuanya lama. tak pernah berubah, dan takkan berubah.

bunga api saja yang baru, cantik , em, satu lagi makin ramai orang suka bersesak tahun ini mengikut statistik .

3 ulasan:

  1. aku akan jd pngikut stia tulisan hg.

    BalasPadam
  2. titipan jari ke papan kekunci bagaikan sepakan bola ke gawang lawan..tepat tapi tampanan goal keeper sesejuk salju di awan..teruskan bro..sepaklah lagi..

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak