berbeza sekali dengan kemahuan kendiri seorang manusia, namun Mat Jebon berkeras- kerasnya mahu kehendaknya dituruti. Mat Jebon memohon Tok Penghulu Leman melempang mukanya sebanyak 11 kali sebagai hukuman atas kesalahan besar Mat Jebon. (maaf, kesalahan itu perlu dirahsiakan di sini).
jika dikumpul mulut-mulut yang berkumandang pelbagai pendapat berkenaan tuntutan Mat Jebon, nescaya ruang vakum akan bergema yang mengakibatkan berderai cakerawala- cakerawala.
ramai penduduk kampung berpendapat Mat Jebon pura-pura tunjuk baik (nak tunjuk insaf la tu, kata Mak Kiah) takpun gila publisiti ( sengaja cari perhatian kata Pak Halim pada teman-temannya yang dari pagi tadi duduk melepak kat kedai kopi Wak Sarip).
barangkali, mulut-mulut ini lupa bahawasanya jika dihitung berapa sangatkah kerat manusia yang mahukan hukuman dijatuhkan ke atasnya atas kesalahan yang dilakukan?
Mat Jebon hairan. dulu masa dia dicekup mengendap Minah tengah mandi, di pernah di tanya kenapa melakukan perbuatan keji itu? Mat Jebon ketika itu menjawab, apakah suatu kesalahan melihat sesuatu kejadian yang indah?
tiada jawapan bagi soalan Mat Jebon itu. tetapi dijawab dengan beberapa tumbukan tepat di perut kempisnya dan pelempang yang hebat berbagai saiz tangan hinggap di pipi.
tetapi bila sekarang Mat Jebon mahukan hukuman dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahannya, semua penduduk kampung menggeleng-gelengkan kepala dan menyembur dengan provokasi.
Mat Jebon mahu bertaubat, mahu berubah ke arah kebaikkan dan mahu sekali hukuman itu supaya menjadi teladan baginya dan orang-orang lain supaya menjauhkan diri dari dosa-dosa. sebolehnya dia mahukan hukuman di sini meski masih menunggu hukaman di sana.
tolonglah Tok Penghulu Leman, tologlah jatuhkan hukuman.
Mat Jebon merayu sangat-sangat bukan perlu di rayu menarik rayuan untuk mendapat hukuman...
Sari bila nak kena sebat..tak kena sebat lagi pun dah famous masok galaksi dan melodi kt stesen tv 3 dan 9..
BalasPadamAwal shaari(Fuhhh) kena tangkap kat Lot10..
tak kena tibai pon..hahaha
lagi bkn sorang Sari ja patut kna tibai..
berduyun tunggang kt club takda pon nak menyerap..Jebon betui!
buat la.time xbagi buat,nk buat sngat.time bagi buat,xmo buat plak.gila ka apa.maksud mudah paham apa.
BalasPadam-nak buat,sila buat trus-