Sabtu, 3 April 2010

apa tu?

ini, blender. emak cakap, blender ni fungsinya adalah untuk mengisar, melumatkan dan mencampur benda2 yang dah dikisar sekali seperti cili padi, belacan, cabai, bawang dan sedikit garam dan gula secukup rasa untuk dihidangkan semangkuk sambal belacan.
tetapi, Leha bukanlah seorang perempuan yang mengidam daging arnab bakar sambil mencicah sambal belacan tadi.

Leha gunakan blender untuk mengisar dan melumatkan hati dan perasaan supaya menjadi hancur dan dipek kemas dalam bekas tuperwer dan diekspot ke negara orang makan orang.

hati dan perasaan siapa yang Leha blend?
tak kisahlah siapa-siapa pun.
asalkan mereka2 itu secara teknikalnya mempunyai hati dan perasaan dan bila Leha menjelajah ke dalam hati dan perasaan mereka tu, strukturnya dah berhabuk dan usang.
jadi Leha akan pikat lelaki2 yang mahukan keseronokkan satu malam dengan pahanya yang gebu manakala perempuan perempuan whatever pula digoda dengan pil2 kurus/kecantikkan yang kesannya dalam tempoh 2 hari atau wang akan digantikan.

sesudah digoda dan lelaki2 dan perempuan ini mula merasakan terperangkap dan terbit rasa menyesal, Leha akan mencabut hati dan perasaan mereka dengan sopan dan berhati hati. semuanya digumpal dahulu sebelum dimasukkan ke dalam blender.
cuma 10minit diperlukan untuk melumatkan bahan2 tadi.
selepas siap, Leha tuangkan ke dalam bekas2 tuperwer dan dibekukan sebelum diekspot.
jangan risau,
kerana,
lelaki2 dan perempuan tadi sehat. cuma,
kesan2 sementara seperti perlakuan mereka menjadi lembab sedikit.
tapi apa kisah?
mereka tu kan tak ada hati dan perasaan walaupun secara semula jadinya, ada - cuma mereka dahulunya tak pakai pun.
Leha pula hanya menolong membuang hati dan perasaan mereka2 tu sahaja.
dah tak pakai, buat apa simpan.kan?

2 ulasan:

  1. Great piece. Leha patut belajar adab moral.

    BalasPadam
  2. the others lelaki and perempuan tu pun ptut blajar menggunakan adab, hati dan perasaan mereka juga..

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak