Isnin, 30 Disember 2013

TULISAN DARI LUAHAN IKHLAS DARI HATI YANG BENGANG SETELAH SEHARIAN BEKERJA DI KUBIKEL PEJABAT.

Tegas Karl Marx, apa yang diinginkan oleh sang kapitalis ialah buruh-buruh melakukan pekerjaan secara lebih masa (to perform surplus labor) - dengan kata lain ialah, pekerjaan yang dilakukan oleh sang buruh melebihi masa bekerja yang sepatutnya untuk terus bertahan hidup. Rasionalnya, tambah Marx lagi ialah sebagai satu fasa meningkatkan exploitasi terhadap kaum buruh.

Itu kata Marx. Cuba dengaq apa yang Ex-Head Department aku kata pulak,

Pejabat kita ini ialah rumah kedua kita. Sebahagian besar hidup kita dihabiskan di pejabat ini dan tidak mustahil untuk itu kita mesti bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif yang diingini!

Aku rasa senak perut setiap kali ayat-ayat semacam ni diulang-ulang oleh para bos-bos berpangkat besar. Rumah kedua? Objektif yang kita ingini atau objektif orang atas?

Sewaktu aku mula-mula bekerja dulu, aku akui, aku memang sangat berdedikasi. Bukan nak angkat bakul sendiri. Aku pernah bekerja dalam masa sebulan, hanya dua hari sahaja aku aku tak datang kerja, yakni pada hari Sabtu dan Ahad. Selebihnya, dalam masa 28 hari aku datang kerja, termasuk overtime pada hari kerja ( 9pagi sehingga 9malam) dan hari minggu (9pagi-5 petang).

Bukan aku seorang saja, memang sudah menjadi kebiasaan bagi pekerja-pekerja yang lain jugak . Sebab semua nak mencapai target yang diingini dan berpeluang untuk enjoy insentif mencecah RM5K pada hujung bulan.
RM5K tu tak termasuk gaji pokok tau. Gaji pokok aku dan pengutip hutang yang lain ialah RM1K (sebelum dinaikkan ke RM1.5K dan insentif diturunkan).

Sebenarnya, skop pekerjaan yang berorientasikan target memang memerlukan pekerja untuk "bekerja keras". Insentif yang ditawarkan pihak pengurusan memang lumayan. Insentif, seringakali dijadikan modal serupa tulang emas pada anjing-anjing yang kelaparan. Untuk mendapatkan tulang emas ini, anjing-anjing dilanyak cukup-cukup sebelum di beri tulang emas tadi. Ayat  tipikal pihak pengurusan selalunya berbunyi sebegini, untuk mendapatkan duit lebih, kerja pun mesti lebih. Betul, aku tak nafikan. Tapi adakah apa yang aku buat setimpal dengan apa yang aku akan peroleh?

Betul ka apa yang aku cakapkan ni?

Okie, cuba lihat contoh ini. Aku ambik contoh apa yang telah aku alami.
Katakanlah, pada bulan Febuari, ada sebanyak 7000 akaun yang masih belum membayar hutang kad kredit yang berjumlah RM 3 juta. Jumlah hari bekerja ialah 20 hari. Target yang dikeluarkan mengkehendaki setiap pekerja mestilah mengutip sekurang-kurangnya RM 1 juta seorang untuk melayakkan dia mendapat insentif yang paling minimum. Dan target yang diberi ini berdasarkan purata pencapaian untuk 3 bulan yang lepas.

Persoalan pertama, adakah 3 bulan yang lepas mempunyai purata akaun kad kredit yang tertunggak yang lebih kurang sama? Adakah 3 bulan lepas iaitu Januari, Disember dan November mempunyai jumlah hari bekerja yang sama? Bagaimana kalau 3 bulan lepas, jumlah akaun adalah lebih kurang sama, tetapi dalam Febuari, jumlah akaun sangat berkurangan, maka apakah purata produksi pada 3 bulan lepas masih boleh dijadikan 'benchmark' untuk target bulan Febuari?

Dengan jumlah hari bekerja yang kurang, jumlah akaun kad kredit yang jauh berbeza dengan jumlah akaun pada 3 bulan lepas, macam mana target yang dikeluarkan pada bulan Febuari ini relevan pada pengutip hutang seperti aku?

Tak faham?

Macam ni, dalam erti kata yang lebih mudah, pihak pengurusan mestilah mengeluarkan target yang bersesuaian dengan jumlah akaun yang tertunggak pada sesuatu bulan dan juga jumlah hari bekerja pada bulan tersebut. Kalau hari bekerja sedikit, target diletak tinggi dan melampau, hang rasa-rasa hang kena stayback setiap hari tak? Atau hang rasa hang kena mengorbankan masa pada hari Sabtu dan Ahad dengan melepak depan TV menonton filem Hindustan dan terlepas gosip-gosip panas Melodi semata-mata untuk datang bekerja demi mencapai target yang diberikan?

Mungkin sebab aku bekerja dalam sektor perbankan,  contoh di atas berkait rapat dengan suasana pekerjaan aku. Namun begitu, aku pasti dalam sektor-sektor pekerjaan yang lain pun buruh-buruh menghadapi situasi yang sama.

Pekerja kilang disuruh untuk bekerja lebih masa demi memenuhi kehendak pengurusan kilang yang mahu melipat kali gandakan penghasilan produk. Bertambahnya penghasilan produk, bertambahlah hasil jualan dan menguntungkan kilang.  Demi memenuhi tuntutan kilang, walau secara paksa sekalipun, pekerja wajib bekerja lebih masa dan pada masa yang sama tidak mampu menanggung beban kerja yang berlebihan. Lagi sadis, duit 'over time' tak di bayar, cuma di beri sedikit insentif mengikut kerja-kerja tambahan yang memenuhi target. Ataupun, duit 'over time' di bayar tapi tidak setimpa dengan kerja yang dilakukan.

Inilah yang di mahukan Kapitalis. 'Membeli' tenaga buruh dengan murah dengan erti untuk menambah laba. Tiada 'over time' maksudnya tiada lebihan laba. Tenaga buruh secara jelas hanyalah alat untuk menambah kapital.

Pengurus aku pernah cakap sama aku, jika pihak pengurusan mahukan aku bekerja lebih masa, aku wajib mentaatinya. Kerana, yang memberi aku gaji adalah mereka (pihak bank). Jadi limpahan kerja yang seringkali mengkusutkan jiwa aku ini memang akan selalu menghalang aku dari pulang tepat pada jam enam petang. Begitu juga dengan rakan pejabat yang lain. Yang kami mampu buat ialah merungut. Selain menyelesaikan tugasan, merungut sudah  sebati dalam percakapan harian kami.  Ia umpama nyanyian lagu-lagu patah hati yang hampa dok dengaq dalam siaran radio RTM.

Yang pasti, pekerja yang kerja tungging terbalik dari pukul 9 pagi sampai lewat malam di kenal pasti sebagai pekerja rajin. Golongan ini akan selalu dapat pujian dari pihak pengurusan dan selalunya akan disebut sebut dalam Unit Meeting. Setakat itu sajalah, gaji banyak tu jugak. Kalau nasib baik, pangkat naik, tapi gaji belum tentu lagi naik. Sebab naik turun gaji adalah keputusan pihak pengurusan. Sebutlah untung tiap-tiap bulan pun, kalau pihak pengurusan membuat keputusan untuk tidak menaikkan gaji, hang hanya boleh balik rumah menangis atas bahu bini saja.

Aku dalam kategori yang lain. Kategori pemalas, yakni pekerja yang datang pukul 9 pagi dan balik tepat pukul 6. Suka melawan sikit-sikit bila di beri tugas tambahan. Merungut jangan ceritalah, itu kelebihan yang ada pada aku.

Jadi sebab apa aku tulis benda merapu ni?
Sebabnya, sejak dari dua bulan lepas lagi, aku sudah balik lambat dari waktu yang sepatutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak