Aku harapkan selepas kalian membaca tulisan ini, kalian mengerti
dan bersedia untuk melepaskan sesuatu
demi menunaikan kewajipan. Okie, sila baca cerita di bawah.
Tak sampai setahun, baru nak masuk tujuh bulan kerajaan
Barisan Nasional yang memerintah Malaysia untuk kesekian kali, menaikkan harga minyak
setelah menang dalam PRU ke13 yang lepas. Disebabkan itu, harga barangan yang
lain jugak telah dinaikkan harga. Harga gula pun tidak ketinggalan, turut
mendapat nasib yang sama.
Terima kasih
kepada Menteri yang bernama Bung Mukhtar, laki kepada si artis yang putih
melepak, Zizie Ezette, yang memberi penjelasan dan komen-komen ilmiah di atas
tindakan kerajaan itu. Esok, bila hampa rasa anak hampa tak berapa cerdik dan
gagal dalam SPM, jangan khuatir - masa depan depa masih lagi cerah dengan cara memohon
untuk menjadi menteri macam Bung Mukhtar.
Berpunca dari
kenaikkan harga minyak, rakyat Malaysia termasuk aku yang bekerja macam orang
gila ni terpaksa memikul beban yang semakin berat. Matematiknya mudah, kalau
minyak sudah naik, harga barangan yang lain akan turut sama terkesan. Ini sudah
menjadi satu kelaziman. Bermula Januari 2014, takrif elektrik pun akan
dinaikkan. Barang-barang keperluan yang lain jangan cakaplah. Misal kata, kalau
dulu berbelanja satu ratus ringgit untuk keperluan barang dapur, sekarang
mungkin boleh mencecah ke dua ratus ringgit walaupun dengan kuantiti yang lebih
kurang sama. Kalau gula naik harga, jangan beli gula. Kalau ayam naik harga,
jangan makan ayam. Kalau semua benda dah jadi mahal, boleh tak YB Bung Mukhtar
tolong jawab kami ni nak makan apa? Ka nak suruh bini YB jawab?
Aku sudah rasa macam nak pengsan bila setiap kali bayar
duit petrol. Dan setiap kali beli barang di pasar raya, mulut sentiasa aktif mencarut-carut.
Aku yang bekerja ni pun sudah penat dengan bebanan yang menggila ni, apalagi
orang-orang yang gajinya lebih rendah dari aku.
Untuk menenangkan rakyat kononnya, maka
berlumba-lumbalah menteri-menteri dan sesetengah agamawan yang memberi respon
dan nasihat atas tindakan mereka. Ada yang suruh bekerja lebih kuat, ada yang
suruh meniaga sambal tumis ikan bilis secara 'online' dan yang paling keji ada
yang suruh reset minda dan jadi positif!
Nak jadi positif pun kena bertempat jugak. Hang tak apa
lah, hidup senang, yang duduk di kampung kerjanya menoreh getah atau bercucuk
tanam nak positif macam mana kalau nak beli susu anak pun dah tak mampu. Kalau
ada yang bersetuju dengan kenaikkan harga barang kerana ianya salah satu cara
kerajaan nak memajukan ekonomi negara, aku ucapkan tahniah. Semoga hang dan
Barisan Nasional bersatu selamanya.
Tahun 2014 bakal menjadi tahun yang menyeksakan dengan
menyaksikan bebanan pada rakyat semakin bertambah. Kuasa membeli akan semakin
tenat dan kita semua hampir pasti menjadi hamba pada pemerintah yang rakus
bermaharajalela di singgahsana. Tak tahu setakat mana rakyat Malaysia mampu
bertahan di tahun baru kelak.
Baiklah, nak dijadikan cerita, lebih kurang dua minggu
sebelum melangkah ke tahun baru, aku ada terbaca di newsfeed fesbuk, NGO Turun
bersama NGO-NGO yang lain akan mengacarakan satu protest pada malam tahun baru
di Dataran Merdeka.
Protest ini bertujuan untuk membantah kenaikkan harga
barang dan mendesak kerajaan Barisan Nasional untuk menurunkan harga barang
secepat mungkin. Protest ini tidak ada kena mengena dengan dakwaan media
mainstream dan PDRM yang mengatakan ada
sebilangan rakyat dan NGO-NGO yang mahu gulingkan kerajaan sah Barisan
Nasional.
Apa-apa sajalah.
Bagi aku, ada relevannya untuk menganjurkan protest
sebegini walaupun, ia sebenarnya tak akan merubah apa-apa. Lainlah kalau
protest ni berlarutan berhari-hari dengan gerak kerja yang sangat radikal untuk
memberi tamparan hebat buat Barisan Nasional. Sekurang-kurangnya kita tidaklah
redha dengan apa yang akan terjadi sambil menonton konsert dan bawak anak bini tengok bunga api di malam
tahun baru. Esok pagi lepas tengok bunga api, kita ramai-ramai menangis sebab
harga gula dah jadi macam harga emas.
Aku sudah berkira kira untuk menyertainya. Bukan
disebabkan untuk menjadi agen NGO atau agen-agen para pembangkang. Tetapi di
atas sebab kesedaran diri sendiri. Aku, seperti yang lain juga terkesan dengan
kenaikkan harga barang. Tak salah untuk aku berada di sana untuk membantah
keputusan kerajaan yang 'sah' sangat tu.
Aku tak mahu ke
sana berseorangan jadi aku ajak beberapa member aku untuk turut serta. Barulah
meriah sikit nanti.
Mula-mula
kebanyakkan daripada mereka sedikit malas dan tidak menunjukkan tanda-tanda
untuk pergi . Ye lah, letih mungkin sebab selalu turun demo, tapi tak keadaan
masih sama. Lagi satu macam aku cakap lah, protest macam ni tak cukup impact
dan mungkin tak akan ada pertarungan dengan FRU. Anak muda, biasalah, sikit-sikit mesti nak
bertarung punya. Habis bertarung pakat balik rumah upload gambaq lawan dengan
FRU di wall fesbuk masing-masing.
Member aku Yaser
suruh kita tunggu dekat dekat PRU14 nanti, kita lawan balik. Aku cakap jangan,
malu nanti kalau anak hang tanya apa yang hang dah buat bila kerajaan Barisan
Nasional menaikkan harga barang? Selalunya, soalan yang berkait dengan anak ni
sentimental sikit, guna psikologi untuk
'memaksa' dalam diam untuk turut sama menyertai. Jadinya, si Yaser pun bersetuju setelah
mendengar hujah menggunakan modal "anak" tadi walaupun dia sendiri
baru nak kahwin tahun depan. Zamri dengan Shahrul pulak kata 'ON' tapi kena
balik awal sebab esok pagi nak hantar anak balik asrama. Itu tak jadi masalah.
Si Hidayat pulak kata tak confirm lagi. Dia ni jenis kena bukak hadith-hadith
yang berkaitan , berhujah 2,3 jam dulu,
kalau menang, baru dia akan pasrah ikut.
Nampaknya sudah cukup korum. Untuk itu, sebelum turun
protest, aku pesan kat member-member aku untuk siapkan sepanduk masing-masing.
Tulis lah mesej-mesej yang mencerminkan kehendak atau kemarahan kita. Nak turun
protest atau demo kena bawak sepanduk.. Kalau tidak, mesej kita kepada
pemerintah mungkin tak sampai. Tulislah kat manila kad ka, atau sebarang
material yang boleh di tulis. Nak lagi kemas, lekatkan sepanduk tadi dengan
kayu pemegang. Apa yang kita tuliskan
itu sebenarnya adalah satu signal dan simbolik atas apa yang kita perjuangkan.
Jadi pesan aku sekali lagi, janganlah melenggang kangkung turun protest. Nampak
sedikit cacat. Sebelum aku lupa, kalau
hang bawak sepanduk, hang akan nampak lagi kool dan segak bergaya bila berada di tengah-tengah medan protest ,
tak gitu Zach De La Rocha?
Betullah kata orang-orang tua, disangkakan panas
berpanjangan, tapi hujan di tengah hari. Brader-brader alim cakap, kita hanya
boleh merancang, tetapi sebaik-baik perancangan itu datang dari Allah.
Dan aku bukan nak beri alasan beralaskan agama setelah memungkiri
janji. Tetapi itu yang sudah terjadi. Aku dengan berat hatinya karang satu sms
dan hantar kepada member-member aku yang dah tak sabar nak turun protest malam
nanti.
Sms aku lebih kurang begini bunyinya;
"woi geng, aku ada berita tak berapa best sikit.
Aku tak jadi turun lah malam nanti. Mak mertua aku nak mai tidoq semalam kat rumah. Aku nak
bawak dia dan isteri aku jalan-jalan pi makan. Sorry woi. Hampa pi sana
elok-elok, kalau kena tangkap habaq, nanti aku pi jamin sorang-sorang".
Macam yang diduga, sejurus aku hantar sms tu, setiap
seorang reply balik sambil merungut dan mohon penjelasan dari aku. Depa mahukan
aku di sana. Aku faham sangat keadaan depa tu, depa mungkin gusar sebab
'kepala' yang nak lead protest ni tak hadir. Nanti jadi huru hara lah depa kan?
Macam pepatah kata, hilang tempat bergantung gitu.
Jadi aku
tenangkan depa dan beri penjelasan yang sebaik mungkin. Pertama sekali, aku
mintak maaf dan aku bagi depa semangat supaya tak kekok untuk berada bersama-sama
dengan rakyat yang lain. Depa boleh buat tanpa aku. Kena berani sikit. Lepas tu,
aku cucuk jarum lagi, aku kata tak eloklah kalau aku keluar malam-malam
sedangkan mak mertua datang jauh-jauh. Elok lah aku layan tetamu, lagi-lagi mak
mertua sendiri. Ini kan lebih wajib bagi diri aku?
Mungkin depa dah dapat menerima penjelasan tadi walaupun
aku tahu depa masih lagi rasa tak puas hati.
Sekurang-kurangnya aku tahu depa akan tetap sertai protest malam nanti.
Depa semua reply sms kata okie. Aku pun lega lah sikit, takdaklah rasa bersalah
sangat.
Tapi si Zamri
punya sms terakhir dia tu aku tak boleh lupa lah. Kalau hang baca sms tu hang
rasa macam mana?
"Okaylah. Revolusi tertangguh lagilah nampak
gayanya. Patutlah Che Guevara tak kahwin pun"
Angin ja aku baca sms macam tu. Takdak perasaan belas
kasihan langsung. Malas nak memanjangkan isu ni, aku delete sms Zamri, sambung
makan nasik putih dengan ikan siakap tiga rasa yang aku order untuk mak mertua
aku tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak