Rabu, 1 Januari 2014

Yang payahnya bila kita sendiri kena bertarung dengan kekalutan dalaman secara berseorangan. Untuk itu, kita dambakan ruang vakum yang sepi, bisu dari berbicara dan melarikan diri dalam satu perjalanan pemikiran yang panjang.

ah, nyata, setiap dari tindakan itu boleh jadi mengecilkan hati orang sekeliling. Orang yang paling dekat juga pasti rasa tersisih apalagi yang lain-lain.

Untuk itu, kemari kamu ke sini sebentar. Pandang aku. Dengar ya,

"aku tak mahu kau tahu ada sejenis bencana yang meribut dalam kendiri ini. Takut-takut ia akan membuat kamu berasa sedih dan sudah tak percayakan aku lagi. Dan jangan mula bertanya itu, ini kerana aku mungkin berikan jawapan yang tidak adil dan merobek suasana lagi.

Jangan bimbang, ya. aku rasa, aku sudah terbiasa dengan bencana semacam ini, cuma kali ini ia semakin memberat. Sedikit tenat. Sakit juga namun aku cuba bertahan. Mahu saja rasa nak meletup kadang-kadang."

Sudah lah. Bintang-bintang galak bersinar. Pergi tidur kamu. Moga kamu tenang bermanjaan dengan ranjang. Aku, tak bisa cerita lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak