Because in the end,
you won't remember the time you spent in the office
or mowing your lawn.
climb that goddamn mountain!
Jack Kerouac
Di dalam salah satu babak terakhir filem Terbaik Dari Langit, Berg melakonkan watak Sofia Jane, seorang sosok yang dicipta untuk filem bikinannya bersama sahabat-sahabat baik zaman persekolahannnya.
Sofia Jane pada shot terakhirnya berkata,
"Hidup bermula dari kesedaran,
bukan dari angan-angan
atau mimpi"
Kemudian, diakhir dialog Sofia Jane, Berg mengungkapkan satu falsafah epik,
"hidup sehidup hidupnya" yang ditujukan kepada rakan-rakannya sebelum watak Sofia Jane pergi meninggalkan mereka.
Berg, seorang lelaki yang memakai snow cap, berkemeja kotak dan berseluar jeans koyak mengajar kita untuk percaya kepada diri sendiri dan betapa pentingnya untuk menjadi diri sendiri didalam setiap perkara yang dilakukan dalam proses kehidupan.
Berg tidak ambil pusing dengan hidupnya yang tidak seperti dilalui oleh orang lain. Dia tidak mempunyai akaun KWSP. Dia tidak kisah dipandang sebagai seorang pengarah filem yang gagal. Filem filemnya dianggap merapu dan tidak menepati citarasa pasaran dunia perfileman. Dan dia tidak mempunyai masalah melihat dirinya masih 'having fun' di usia emas.
Berg juga dipotraitkan sebagai seorang yang bersikap keras kepada kehidupan tipikal, melawan arus dan menolak untuk bersama dengan sistem-sistem yang dicipta bagi mengkontrol kehidupan manusia.
Melalui Berg, definasi hidup dipapar dalam konteks yang "real" dan tidak dilambung mimipi. Sebetulnya, kehidupan manusia terlalu singkat untuk dikontrol. Menjadi diri sendiri memerlukan proses yang berpanjangan, merevolusi pada setiap fasa-fasa hidup. Benar, Berg tidak sempat menonton hasil eksperimen bodoh filem arahannya tetapi sekurang kurangnya Berg berjaya membuktikan kehidupan yang dipilih serta keghairahannya terhadap apa yang dimahukan mengatasi segala galanya.
Bukankah itu yang lebih penting?
Tamatnya filem Terbaik Dari Langit meninggalkan beberapa persoalan buat kita.
Adakah kita seberani Berg?
Apakah kita sanggup untuk menolak normaliti demi memperjuangkan kehendak kita?
Apakah kta sanggup berkorban untuk bebas dari cengkaman sistem yang membentuk kita untuk patuh dak menuruti arahan semata mata?
Apakah kita benar benar wujud?
Dunia sudah lama beriklimkan kapitalisma. Sejak dari itu,manusia semakin hari semakin tunduk pada sistem yang didesain untuk memberi keuntungan pada golongan pemerintah barbarik, pemodal-pemodal raksasa dan juga orang-orang yang menjual agamanya demi sebuah kehidupan yang mewah. Manusia mesti menjadi hamba kepada manusia yang berkuasa.
Materialisma menjadi kiblat hidup manusia. Berkembang tetapi pada masa yang sama mandul untuk berfikir, lemah untuk berdiri atas kemahuan diri dan dipijak pijak dari bangun untuk mengejar impian kehidupan.
Kita diajar untuk beriman dengan kitaran hidup ciptaan otoriti untuk sebuah kehidupan yang lestari. Kita ditakut takutkan dengan pengakhiran hidup di longkang jika kita bertindak untuk keluar berlari dari mengikuti sistem. Jadinya untuk menjadi seorang manusia, wajib bagi kita menuruti aturan cara hidup yang sudah digariskan. Dari hari pertama dilahirkan, kemudian bersekolah, seterusnya menyambung pengajian di universiti, mula bekerja, berhutang untuk memiliki kereta dan rumah dan akhirnya berkahwin untuk menyambung keturunan yang bakal mengikuti kitaran yang sama. Semua ini sudah ditetapkan dan kamu tidak boleh sama sekali untuk bersikap ingkar.
Manusia memerlukan kekuatan dan hati yang besar untuk melawan perbudakkan. Mesti berani mengancam normaliti. Mesti tabah dan yakin untuk keluar dari kemelut perhambaan. Kita semua punya pilihan. Tunggu saja samada untuk terus bersama dengan sistem sedia ada atau untuk mendaki mencari kepuasan diri. Memburu keghairahan dalam meneruskan impian dan hidup dengan kehidupan yang sebenar benar hidup.
Andai kata keberanian untuk keluar memburu sebuah romantis escapisme masih gagal, elok benar kita dengar akan pesan Buya Hamka,
jika hidup hanya sekadar hidup,
kera di rimba juga hidup.
aku seorang manusia,
bukannya seekor kera!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak